Seminggu berlalu ..
Hadden duduk di balkoni biliknya termenung melihat ke pintu pagar yang tertutup rapat.
Semenjak kebelakangan ini Raisha kurang berpaut padanya. Selalunya Raisha akan datang untuk mengganggunya setiap hari.
Tapi di Universiti pun Raisha sibuk dengan urusannya.
"Hadden! Buat apa tu?" Soal Puan Arissa sambil mendongak memandang Hadden.
Hadden melihat Mamanya di bawah.
"Ambil angin .. Mama buat apa?" Soal Hadden lembut.
"Mama nak tanam bunga. Nak tolong?" Soal Arissa.
"Mama!! Darren nak tolong!" Darren berlari memeluk Arissa.
"Ehh!" Arissa memegang Darren takut jatuh kehilangan keseimbangan.
"Darren! Mama jatuh!" Arissa menepuk lengan Darren.
Darren senyum gembira.
"Macam mana Pelajaran kamu?" Soal Arissa.
Darren melingkarkan tangannya di bahu Arissa.
"Mama .. Cita-cita mama nak jadi apa dulu?" Soal Hadden.
"Hah? Kenapa tanya pasal tu pula?" Soal Arissa.
"Sebab Hadden tak pasti nak jadi apa." Kata Hadden.
"Darren pula? Dah ada cita-cita ke?" Soal Arissa.
"Tak tahu lah mama." Kata Darren.
Arissa menghelakan nafas.
"Dulu mama nak jadi Doktor supaya dapat rawat Ibu Ayah Mama sendiri. Mak cik Anissa kamu pun sama nak jadi doktor. Tapi Mama Kahwin dengan papa kamu dulu, lepas tu Mama berhenti sekolah .. dulu Papa kamu jahat tau. Kejam." Kata Arissa lalu senyum.
"Mama menyesal ke kahwin dengan papa?" Soal Hadden.
Darren dan Puan Arissa mendongak memandang Hadden.
"Tak lah. Sebab dia lah Ibu Ayah mama selamat. Mana boleh Mama menyesal. Lagi pun kalau Mama tak kahwin dengan Papa kamu dulu mama takkan dapat anak kembar macam kamu ni." Kata Arissa lalu menyentuh pipi Darren.
"Hmmm? Siapa ada penyesalan?" Soal Encik Adrian sambil bersandar di Sliding door itu.
"Oh Papa dah balik." Kata Darren sambil tersenyum.
Adrian menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Arissa dan Darren menghampiri Adrian.
"Selamat pulang abang." Sambut Arissa.
Darren salam Adrian dulu kemudian baru Arissa.
Adrian mengucup dahi Arissa seperti biasa.
"Bincang pasal apa di sini?" Soal Adrian lembut.
"Bincang pasal cita-cita Pa." Kata Hadden lalu keluar dari dalam rumah itu.
Hadden menyalami tangan Adrian.
"Hah .. jadi? Kenapa? Kamu tak ada cita-cita ke?" Soal Adrian.
Hadden menggeleng. Adrian memandang Darren pula. Darren turut menggeleng.
Adrian senyum.
"Senang .. Hadden jadi CEO syarikat Papa. Darren jadi CEO syarikat Nenek. Pilih lah .. Nenek dan Papa perlukan pewaris." Kata Adrian selamba.
"Ish abang ni. Tak tanya pun anak-anak awak nak jadi apa." Kata Arissa perlahan.
"Papa bagi pilihan saja. Lagipun walau apapun kerja kamu , kamu berdua tetap kena ambil alih syarikat-syarikat ni." Kata Adrian.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...