Raisha masuk ke dalam bilik mereka.
Hadden duduk bersandar di kepala katil sambil menyelesaikan kerjanya di dalam laptop.
Raisha masuk dengan diam supaya tidak mengganggu Hadden.
Raisha memakai losyen sebelum tidur .. dia naik ke atas katil perlahan-lahan lalu berbaring membelakangi Hadden.
Hadden mengerling Raisha sekilas.
"Raisha." Panggil Hadden.
"Hmmm?" Sahut Raisha.
"Tidur menghadap saya." Arah Hadden.
"Tak nak lah .. cahaya laptop awak tu terang sangat. Saya tak dapat tidur." Kata Raisha perlahan.
"Menghadap Saya." Kata Hadden tegas.
Raisha berpusing menghadap Hadden.
Hadden mengangguk puas hati.
"Good night." Ucap Hadden lalu mengucup dahi Raisha.
Raisha senyum dengan mata yang layu.
Raisha terlelap tidak lama kemudian.
___
Darren berjalan di hadapan gadis yang dia beli hari tu.
"Encik? Encik nak buat apa pada saya?" Soalnya.
"Nama kau siapa?" Soal Darren.
"Ain Afiyah." Jawabnya lembut.
Darren terus teringat pada Saffiyah selepas mendengar nama Ain Afiyah itu.
"Mulai hari ni kau akan jadi maid aku." Kata Darren lalu memasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya.
Ain mengangguk saja. Dia sudah menganggap Darren sebagai penyelamat.
"Umur kau berapa?" Soal Darren lagi.
"Erk 18 tahun." Jawab Ain.
Darren menoleh memandang wajah Ain yang kelihatan matang.
'hmm muda setahun je. Mesti dia hidup susah sebelum ni.' getus hati Darren.
"Hmmm .. jom ikut aku ke rumah aku. Kau pandai kemas-kemas rumah kan?" Soal Darren.
Ain mengangguk laju.
"Tapi kau tak dapat gaji .. sebab aku dah beli kau." Kata Darren selamba.
Ain angguk faham.
"Encik beli saya berapa?" Soal Ain.
"Satu juta. Kenapa? Kau nak bayar balik duit aku tu? Berusahalah cari duit." Kata Darren sinis.
Ain menundukkan kepalanya malu.
"And satu lagi jangan panggil aku Encik. Panggil aku Young Master." Kata Darren lalu senyum lebar.
Ain mengerutkan dahinya kagum dengan perangai keanak-anakan Darren itu.
"Baiklah Young Master." Kata Ain.
Darren memandang Ain.
"Hahh .. cepatlah jalan aku lapar ni." Kata Darren lalu berjalan keluar dari hospital itu.
Ain berdiri kagum di hadapan estate milik Darren.
"Be .. besarnya." Kata Ain kagum.
"Masuk cepat! Aku lapar ni!" Jerit Darren sambil berdiri di hadapan pintu masuk.
Ain berlari masuk ke dalam rumah Darren.
"Nak buka selipar ke kat dalam rumah ni?" Soal Ain.
Darren memandang selipar rumah yang dia pakai. Malangnya dia hanya memiliki satu selipar rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...