Raisha duduk di birai katil menunggu Hadden siap mandi.
Hadden keluar dari kamar mandi. Dia memandang Raisha yang kaku di birai katil mereka.
Hadden menghelakan nafas. Lalu memakai baju.
"Raisha."
Raisha terus berdiri memandang Hadden selepas mendengar namanya dipanggil.
Hadden melihat perut Raisha yang sudah mulw kelihatan.
"Sini." Panggil Hadden lembut.
Raisha berjalan menghampiri Hadden. Hadden mengusap kepala Raisha.
"Jadi apa yang baby nak?" Soal Hadden lembut.
Raisha memandang mata Hadden yang kini memandangnya redup.
"Maaf menyusahkan awak. Saya nak cari awak je." Ujar Raisha perlahan.
Hadden memeluk Raisha.
"Ayang pun minta maaf sebab keluar tak bagitahu baby." Kata Hadden.
Raisha rasa mahu menangis kerana Hadden melayannya baik lagi.
Raisha memeluk pinggang Hadden erat.
"Baby yang salah. Maafkan saya." Hadden mencempung tubuh Raisha ke atas katil. Raisha memeluk leher Hadden erat.
"Jadi kita sama-sama minta maaf." Hadden senyum lalu mengucup dahi Raisha.
Raisha turut senyum kemudian mengangguk laju.
___
Ammar menunggu Rizky di luar syarikat.
Rizky berpura-pura tidak melihat Ammar.
"Rizky! Aku nak cakap dengan kau kejap." Kata Ammar serius.
Rizky berhenti memandang Ammar.
"Kalau bukan pasal kerja aku tak nak. Aku sibuk." Balas Rizky serius.
Ammar diam kerana dia bukan mahu bercakap tentang kerja.
Rizky berjalan masuk ke dalam syarikat.
"Aku nak kau kahwin dengan Ameera." Jerit Ammar.
Rizky berpusing melihat Ammar yang berdiri jauh di belakangnya.
"Aku tak ada masa nak kahwin sekarang." Kata Rizky dengan nada sopan kerana Ammar lebih tua daripadanya.
"Kalau macam tu jumpa dia sekali je. Dah seminggu dia tak keluar dari bilik dia." Ammar berkata dengan nada sayu.
Rizky diam sejenak.
"Bawa dia keluar." Kata Ammar tanpa memandang mata Rizky.
"Aku dah tak nak masuk campur urusan keluarga korang." Rizky berjalan masuk ke dalam bangunan tanpa melihat kebelakang lagi.
Ammar menggenggam penumbuk.
"Tch!" Dia pun pergi dari sana dalam keadaan yang marah.
Rizky masuk ke dalam rumah Tengku Adam.
Semua anak-anak lelakinya berada di sana merenung Rizky tajam dan marah.
"Kau nak apa datang sini lagi? Tak puas ke kau hancurkan hati Ameera?! Aku ..." Ujar Amsyar marah.
"Amsyar! Jaga mulut tu." Marah Amran. Amsyar berhenti bercakap.
"Aku cuma datang nak buat apa Tengku Ammar suruh aku." Kata Rizky.
"Sila ikut aku ke bilik Meera." Amran menunjukkan jalan kepada Rizky.
'uish .. mati aku kalau macam ni. Aku just tak nak ada hubungan istimewa dengan keluarga ni. haihh.' Monolog Rizky gementar.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...