Hadden duduk di luar Villa tepi pantai itu sendirian. Angin mula terasa sejuk di malam yang sunyi itu.
Bunyi tapak kaki kedengaran menghampirinya. Hadden menoleh kebelakang tapi tiada sesiapa selainnya di situ.
Hadden menoleh ke hadapan semula.
'Ada hantu ke?' getus hatinya seram.
"Kan sejuk ni kenapa duduk kat luar?"
"Arghhh!!" Hadden menjerit nyaring kerana terkejut.
Raisha kaku mendengar jeritan Hadden.
"Ehemm .. sorry terkejut." Hadden berdehem malu apabila melihat Raisha.
"Apa lah .. terkejut saya tau tak awak tiba-tiba je menjerit macam tu." Ujar Raisha lalu duduk di atas riba Hadden kemudian memakai selimut kecil untuk menutupi badan mereka.
"Kan banyak lagi kerusi kat sini kat sini juga awak nak duduk." Hadden meniup leher Raisha.
"Eeee .. jangan lah!" Raisha ketawa kerana merasa geli.
"Peluk saya nanti jatuh." Arah Raisha manja.
Hadden melingkari kan tangannya di perut Raisha.
"Mana Darren?" Soal Hadden.
"Tadi aku terdengar jeritan perempuan .. siapa tu?" Soal Darren yang baru tiba di sana.
"HeHeHe .." Raisha mendapat idea untuk mengusik Hadden.
"Jangan fikir yang bukan-bukan baby." Hadden berbisik di telinga Raisha.
"Tak de lah." Bisik Raisha semula.
"Aku tahu lah .. Hadden yang jerit kan." Teka Darren sambil senyum jahat memandang Hadden.
"Mana ada. Aku tak dengar apa-apa jeritan pun." Nafi Hadden.
"Yelah yelah .. sini tolong aku siapkan tempat panggang ni." Darren meletakkan besi untuk memanggang itu diatas meja.
"Kejap lagi lah." Hadden menarik Raisha untuk bersandar di dadanya.
"Jangan tidur pulak." Darren memasang tempat panggang itu sendiri.
"Okey." Balas Hadden.
Raisha bermain dengan telefonnya.
Hadden melihat skrin telefon Raisha.
"Best ke?" Soal Hadden melihat Raisha membaca novel di apps Wattpad itu.
"Best." Jawab Raisha.
"Berdiri jap .. ayang nak tolong Darren." Kata Hadden lalu menepuk peha Raisha.
Raisha berdiri. Matanya masih tertumpu pada Skrin telefon.
Hadden berdiri lalu menolak Raisha untuk duduk .. dia menyelimutkan badan Raisha.
"Kalau nak apa-apa panggil Ayang." Pesan Hadden lalu mengucup dahi Raisha.
Raisha mengangguk faham.
"Ain mana?" Soal Hadden kerana tidak melihat Ain di sana.
"Kat dalam bilik tadi." Jawab Darren.
Hadden menghidupkan api.
"Kau biarkan je dia sorang-sorang?" Soal Hadden.
"Kau pun sama juga kan tadi. Dah buat kerja kau cepat-cepat .. aku nak pergi ambil ayam dan Ain." Darren masuk ke dalam.
Mereka pun mula memanggang selepas Darren dan Ain datang.
___
![](https://img.wattpad.com/cover/271142001-288-k92995.jpg)
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...