SM 34

6.7K 370 17
                                        

Rizky duduk termenung menghadap laptopnya .. fikirannya melayang entah ke mana.

Sesekali dia mengeluh.

Hujan di luar rumahnya semakin kuat. Bunyi guruh berdentum dan kilat memancar bagaikan langit sedang menangkap gambar dengan flash yang terang.

Dia berdiri lalu berjalan menuju ke balkoni. Sliding door balkoni itu dia tolak perlahan. Matanya sayu melihat Darren yang sedang bergayut di dahan pokok yang berada di hadapan balkoninya itu.

"DARREN?!!"

Rizky terus membuka matanya luas. Dia melihat siling putih di biliknya.

Dia mengusap dadanya yang terkejut.

"Mimpi rupanya." Ujarnya perlahan.

"Mimpi apa tadi?" Soal Darren.

"Mimpi buruk yang buruk sangat." Jawab Rizky lalu menoleh memandang Darren yang berbaring sebelahnya.

"DARREN?!!" Jeritnya terkejut.

Rizky terus berdiri terkejut. Kerusinya jatuh.

"Encik tak apa-apa?" Soal Ayna sambil memandang Rizky yang berpeluh-peluh di dalam pejabat yang memiliki aircond itu.

"Cik Ayna?" Soal Rizky terkejut. Dia melihat sekeliling.

Dia masih berada di pejabat dan tertidur semasa menyemak report dari pekerjanya.

"Ughh." Rizky meraup wajahnya.

"Encik mimpi buruk ke?" Soal Ayna bimbang.

Rizky memandang Ayna .. dia mengangguk. Dia masih tidak pasti apakah itu realiti atau mimpi.

"Oh .. Cik Ayna nak apa datang ke pejabat saya?" Soal Rizky lalu senyum.

"Oh .. sebelum balik saya nak bagi Encik sesuatu." Kata Ayna lalu mengeluarkan sesuatu dari begnya.

Rizky senyum teruja.

Ayna mengeluarkan sekeping sampul yang dihias cantik.

"Nah .. surat jemputan untuk perkahwinan saya. Encik datang tau kalau tak sibuk. Ajaklah kawan-kawan sekali." Kata Ayna lalu meletakkan surat jemputan itu diatas meja Rizky.

Rizky senyum kelat melihat kad jemputan itu.

"Cik Ayna dah nak kahwin rupanya ..." Ujar Rizky dengan nada terluka.

Hatinya bagaikan retak seribu melihat kad jemputan itu.

"Saya pulang dulu Encik." Kata Ayna lalu keluar dari situ.

Rizky berhenti senyum .. dia mendirikan kerusinya lalu duduk dengan tenang.

"Aku berharap semua ini mimpi." Rizky bersandar di kerusinya lalu memejamkan matanya.

Beberapa minit berlalu .. dia membuka matanya. Kad jemputan itu masih ada di hadapannya.

"Tch .. Realiti yang kejam." Gumamnya lalu melihat kad jemputan itu.

Dia meraup rambutnya.

"I guess I'll never get married." Ujarnya lalu mengambil kot dan kad jemputan itu .. dia keluar dari pejabat terus menuju ke rumahnya.





___




Hadden memandang Davean yang duduk di sebalik kaca di dalam penjara.

"Kau nak apa datang cari aku? Tak puas lagi ke apa yang kau dah buat dekat aku?" Kata Davean sinis.

Hadden senyum sinis.

"Tengoklah siapa yang cari pasal dulu." Kata Hadden dengan senyuman sinis.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang