SM 42

5.8K 316 4
                                    

Raisha duduk di sisi meja.

Ameera terkejut melihat Rizky membawa perempuan lain saat bersama dengan dia.

Baru Ameera mahu menyoal Raisha sudah mula bercakap.

"Siapa ni?"

Ameera diam semula.

' Siapa pula dia ni? Rizky cakap dia tak ada girlfriend.'

"Ameera Putri. Anak Tengku Adam." Kata Rizky lalu memandang Ameera.

'eh? Dia kenal papa?' Ameera semakin penasaran.

"Kenalkan ini Nur Raisha isteri Sahabat aku dan juga sahabat aku sendiri." Kata Rizky.

"Hai." Sapa Raisha.

Ameera senyum janggal.

"Jadi? Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Rizky. Matanya fokus kepada Raisha.

"Awak tau tak .. kelmarin saya gaduh sikit dengan Hadden .. lepas tu tak saya sengaja tertendang laptop Hadden jatuh dari katil." Raisha diam .. dia membuat muka sedih.

"Lepas tu? Laptop dia rosak?" Soal Rizky.

Raisha mengangguk.

Rizky sengih dia sudah dapat agak apa yang berlaku.

Ameera berasa seperti batu di sana selepas Raisha mula bercakap. Rizky langsung tidak memandangnya.

Raisha menceritakan semua yang berlaku kelmarin kepada Rizky untuk meminta bantuan Rizky.

"Hah ... Salah kau sendiri kan. Siapa suruh kau pergi kerja syif malam tanpa bagitahu Hadden. Kalau aku pun mesti marah." Kata Rizky lalu menggeleng kepala.

"Jadi Hadden ada kat mana sekarang?" Soal Rizky.

Raisha menggeleng.

"Si Bebal tu pun dua kali lima je. Kuat cemburu." Rizky mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi Hadden.

"Hadden tak sambut." Kata Rizky lalu mencuba buat kedua kalinya.

Rizky mula cemas melihat muka Raisha yang mahu menangis itu.

"Kau jangan nangis kat aku pulak dah." Rizky mengeluarkan sekeping kad.

"Nah pegi beli ice cream." Kata Rizky dengan selamba menghulurkan kad bank miliknya.

Ameera terkejut melihat Rizky yang memberikan kadnya dengan mudah kepada Raisha.

'kenapa aku rasa lain? Raisha ni isteri orang kan? Kenapa rapat sangat dengan Rizky?' getus hati Ameera.

"Kenapa awak bagi kad bank pula ni. Saya nak Hadden." Kata Raisha tidak menerima kad bank Rizky.

"Apa kata kau pergi tanya kat pejabat dia. Tanya secretary dia. Mesti dia tahu." Cadang Rizky.

Raisha berdiri.

"Thanks Rizky." Raisha berjalan pantas menuju ke pintu.

"Raisha jangan lari! Mati aku kalau apa-apa berlaku pada kau." Kata Rizky risau melihat Raisha yang memakai kasut tumit tinggi.

"Saya nak balik lah." Kata Ameera perlahan.

Rizky memandang Ameera.

"Tak jadi nak jalan-jalan?" Soal Rizky.

Ameera menggeleng.

Rizky menghela nafasnya .. perasaan Ameera terlihat jelas dari reaksi mukanya.

"Kami dah berkawan sejak dari zaman universiti lagi. And dia tu dah ada suami." Kata Rizky lembut untuk

Ameera senyum semula kerana Rizky mahu menjelaskan kepadanya.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now