Bab 37

880 55 16
                                    

Dum!

Bunyi hentakan pintu bilik yang terlalu kuat memeranjatkan Rykarl yang sedang melakukan kerjanya. Kepalanya menoleh melihat gerangan yang menuju masuk ke biliknya. Zul datang.

"Siapa tadi tu?" Terus Rykarl menyoal. Yelah bunyi hentakan pintu tu pon bukannya perlahan. Satu ofis terkejut tadi.

"Faris," sepatah Zul menjawab. Terus dia mengambil tempat di hadapan Rykarl. Relaks sekejap, awal pagi lagi belum ada mood nak baca case hehe.

"Aik? Jarang dia nak mengamuk. Client buat hal ke apa tu?" Rykarl terus menyoal sambil tangannya ligat menyelak helaian demi helaian yang berada di atas meja.

Kedengaran Zul mengeluh. Membuatkan Rykarl bertambah pelik. Dahinya berkerut sedikit memikirkan Faris. Faris bukan seorang yang cepat melenting. Dia boleh dikatakan lelaki yang mempunyai kesabaran paling tinggi.

"Pasal si Aishah tu la. Pasal apa lagi," Zul membuat muka menyampah ketika menyebut nama Aishah. Lagilah Rykarl bertambah pelik.

"Aku tak paham? Faris tu merajuk dengan Aishah ke?" Rykarl hanya menggelengkan sahaja kepalanya. Dulu dia dengan Aishah pon takdelah merajuk sampai macam tu.

"Bukan merajuk bro! Aishah bedebah tu mintak break dengan Faris. Dia kata dia dah ada lelaki lain," Nada Zul sudah sedikit tinggi. Bengang dengan wanita bernama Aishah tu. Perangainya tak seindah namanya. Huh!

"What? Dia ada jantan lain?" Ternganga Rykarl dibuatnya. Taktik ni jugak dia guna time dia nak break dengan aku dulu. Allahu Aishah. Rykarl mengurut dadanya. Terimbau kembali yang dia juga pernah berada di tempat Faris. Kasihan rakannya itu. Sudahlah tidak pernah bercinta sebelum ni.

"Yee. Kau tahu tak? Dia siap flex lagi pakwe baru dia tu datang dari golongan kaya-kaya. Mampu bagi apa dia nak. Apa nama dia eh Tengku apa entah laki tu," panjang Zul menerangkan. Rykarl hanya membuat muka selamba. Tidak sangka selain daripada tagihkan perhatian lelaki, Aishah juga seorang yang mata duitan.

"Tiba-tiba bersyukur aku tak jadik kahwin dengan dia," Rykarl membalas.

"Tahu pun kau. Baru kau nampak belang perempuan tu macam mana. Bukan main lagi lepas sekor-sekor jantan dia buat main. That's the real definition of playgirl," Kemarahan Zul semakin meningkat.

"Kau betul ni dah takde perasaan pada si bedebah tu?" Zul menyoal Rykarl. Matanya tepat memandang anak mata lelaki itu.

Rykarl sekadar buat tak endah. Dia sendiri tiada jawapan. Dia tak pasti lagi dengan perasaannya. Bahunya diangkat sebagai jawapan kepada soalan Zul.

"Ke cinta dah berputik semula pada bekas isteri kau?" Zul dengan berani menyoal lagi. Kali ini dia perasan bebola mata Rykarl sedikit membulat ketika dia menyebut bekas isteri. Senyuman disembunyikan dalam diam.

"Mawar? Nonsense? Aku tak pernah suka dia," laju Rykarl membalas lalu kepalanya digeleng bekali-kali. Membuatkan Zul rasa lain macam.

'Apa dah jadik antara kau dengan Mawar huh? Malu-malu macam ni. Tch!' Bisik hati Zul.

"Eh dahlah. Nanti lunchtime kita sama-sama tenangkan Faris. Bagitahu pada Hairiz sekali. Bunga bukan sekuntum," Rykarl menyudahkan perbualan mereka dan cepat-cepat menghalau Zul keluar daripada biliknya. Dah 9.30 pagi pun melanguk dekat bilik orang! Macam takde kerja.

*****

Nombor Aireena ditelefon berkali-kali. Naik penat jari Mawar menelefon rakan baiknya itu. Haritu beria cakap nak gerak sekali dengannya ke rumah Zainazrol untuk mengambil Melynna. Sekarang Aireena dah lambat 10 minit! Janji Melayu betol kawannya itu.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now