"Mak, kita kan nak bergerak balik Johor ni," Mawar perlahan menutur bicara.
"Ya. Habis tu kenapa?" Pelik Puan Zainab melihat tingkah Mawar kala ini. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
"Er.. Mawar kan belum bagi jawapan pada Mak Cik Azizah, so..."
"Ohh tu tak apa. Dekat Johor nanti pun kita boleh jumpa lagi," Puan Zainab membalas beserta dengan senyuman di hujung ayatnya. Mawar yang mendengarnya terkaku seketika.
'Allah aku lupa dia pun duduk Johor. Patutlah Mak sengeh-sengeh je. Habiss la aku kalau di Johor pun mereka ingin berjumpa lagi' Mawar menepuk-nepuk dahinya setelah mengingati bahawa keluarga Rykarl juga tinggal di Johor.
Dengan langkah yang lemah longlai, Mawar mengemas bilik dan memasukkan barang-barang di dalam but kereta. Pergerakannya dipandang oleh atuknya lalu dia mendekati Mawar.
"Mawar. Kenapa macam murung ni?" Atuknya bertanya sambil meletakkan tangan kanannya dia atas bahu cucu kesayangannya itu. Keluhan Mawar jelas kedengaran.
"Atukkk. Mawar sedih la. Sekejap sangat balik kampung. Sekejap sangat jumpa atuk. Lepas ni belum tentu Mawar ada cuti lagi sebab kerja tengah banyak," rengek Mawar bersama dengan matanya yang hampir berair.
"Ala Mawar ni. Itupun nak nangis. Tiap-tiap tahun Mawar sedih macam ni. Naik bosan atuk tengok," atuk Mawar sempat pula melawak di saat Mawar sedih begini. Apalah atuk ni.
"Oh ya Mawar. Atuk lupa nak cakap. Kalau boleh, atuk harapkan Mawar bersetuju dengan perkahwinan ni," pesan atuk Mawar. Mawar kelihatan sedikit bingung. Namun, Mawar bijak mengawal ekspresi mukanya dan dia berlagak biasa sahaja.
"Kalau Mawar tak nak?" Mawar berkata dalam nada yang amat serius.
"Eleh Mawar mulut kata lain hati kata lain. Ingat atuk tak tahu ke? Bercakap di telefon pukul 3 pagi dengan Rykarl tu," selamba sahaja atuknya menyerang Mawar begitu. Perkara itu tidak memeranjatkan Mawar. Tiada apa yang perlu Mawar takut.
"Ala atuk lepas ni kalau nak skodeng cucu pastikan atuk hebat. Kalau setakat menyorok belakang peti ais kecil tu buat apa. Ahahahahahaha," semakin galak Mawar mengenakan atuknya. Dia hanya buat-buat tidak nampak keberadaan atuknya di situ untuk meminum air ketika Rykarl menelefonnya.
"Ish Mawar ni. Iya lah lepas ni atuk angkat satu peti ais yang besar sikit. Boleh la atuk masuk dalam tu sekali," atuknya memberi cadangan dengan sedikit sengihan. Mawar hanya tergelak. Tidak pernah disangka atuknya ada idea seperti itu.
Puan Zainab yang melihat adegan atuk bersamanya cucunya itu sedikit terkejut. Rasanya tadi Mawar kelihatan murung sahaja. Tapi bila bersama atuknya, ibarat dunia ini dia yang punya. Haih la Mawar.
Encik Ibrahim yang ingin berangkat segera untuk mengelakkan jammed di jalan raya mula menghidupkan enjin kereta. Mereka bersalaman buat kali terakhir dan melambaikan tangan masing-masing apabila kereta hendak bergerak. Atuk Mawar hanya memandang ke arahnya seperti berkata sesuatu tetapi Mawar tidak dapat mengerti pandangan itu.
************************
"Apa?? Kau nak kahwin??" Serentak ketiga-tiga kawan Rykarl menuturkan ayat itu beserta bebola mata mereka dibesarkan kerana terlalu terkejut. Mereka berempat termasuk Rykarl masing-masing sudah seminggu kembali bekerja dan Rykarl merasakan inilah masa sesuai untuk dia memaklumkan perkara ini kepada rakan kongsi syarikatnya. Waktu makan tengah hari mereka semua telah dikejutkan dengan berita perkahwinan Rykarl.
Apa yang lebih memeranjatkan mereka ialah Rykarl akan berkahwin dengan Mawar, bukannya bersama Aishah cinta mati si Rykarl itu. Rakan-rakan Rykarl masih tidak mempercayai dengan berita ini. Memang sewaktu mereka di kolej dahulu, kelihatannya Mawar dan Rykarl juga amat rapat tapi mereka tidak tahu pula mereka berdua rapat sehingga ingin melangsungkan perkahwinan. Untuk menghilangkan kekusutan itu, mereka ingin menyiasat si Rykarl ini.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...