Selepas kejadian yang memalukan tadi, maka disinilah Mawar, Aireena, Rykarl dan Zul sekarang berada. Di sebuah kedai makan yang menghidangkan makanan-makanan Barat. Dua orang pembantu Mawar sudah disuruh untuk menyiasat tempat itu sehingga selesai. Ditinggalkan Sara dan Daniel bersama pembantu Rykarl dan Zul.
Inilah rancangan mereka itu. Boleh pula tengah waktu bekerja diajak jumpa sebegini. Mawar dan Aireena tiada pilihan untuk menolak setelah diugut oleh Rykarl untuk membuat kecoh di lokasi tadi. Lebih baik Mawar bersetuju kerana Aireena juga bersamanya. Nasib baik dia bertegas untuk membawa Aireena petang ini. Kalau tak, mesti dia seorang sahaja yang kena menghadap Rykarl dan Zul bersama.
Sebenarnya, Sara dan Daniel amat terkejut bahawa Mawar ialah tunang kepada seorang peguam yang hebat. Tetapi apa yang mengelirukan Sara dan Daniel ialah Mawar tidak pernah pula memaklumkan yang dia sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Dan reaksi Mawar sebentar tadi juga tidak menunjukkan sebarang minat apabila bertemu dengan tunangnya.
"Kenapa buat Sara dan Daniel macam tu?" Mawar berpeluk tubuh kerana tidak berpuas hati dengan arahan Rykarl. Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain. Di hadapan Mawar adalah Rykarl. Sebelah Mawar ialah Aireena dan di hadapan Aireena ialah Zul.
"Kalau Mika tak buat macam tu, bila lagi kita boleh jumpa macam ni?" Rykarl masih bersahaja. Dia mempunyai hak ke atas Mawar. Sara dan Daniel hanyalah pekerja bukannya ahli keluarga Mawar. Zul dan Aireena sebenarnya ingin duduk berdua di meja lain tetapi atas desakan Mawar tidak mahu berduaan dengan Rykarl, maka terpaksalah mereka duduk semeja sekali.
"Kesian diorang tau nak buat kerja tu. Patutnya kita tolong la jugak. Masih boleh jumpa jugak kan," Mawar masih membela dua orang pembantunya. Aireena tidak berani masuk campur urusan mereka berdua maka dari tadi dia asyik berbalas pandangan dan senyum-senyum terhadap Zul.
"No. Biar Mika buat guna cara Mika. Balik ofis nanti Bunga boleh refer pada diorang balik," Rykarl sudah menggunakan kuasanya sebagai tunang Mawar untuk bawa Mawar keluar makan. Tiba-tiba suasana menjadi senyap dan menimbulkan sedikit kejanggalan antara mereka berempat.
"Er.. macam mana Reen bole datang sekali dengan kau ni Mawar?" Zul mula berbicara untuk menutup situasi janggal ini. Selepas Rykarl menggunakan kuasa vetonya, Mawar hanya diam membatu dan tidak mampu untuk bercakap apa-apa lagi.
"Aku memang bawa Reen kalau pergi mana-mana. Sebab nanti Reen risau kalau aku pergi sendiri," Mawar menjawab selepas dia menenangkan hatinya sedikit. Kenyataan Mawar itu membuatkan Zul tersenyum. Bagusnya sikap teman wanitanya ini.
"Terima kasih Reen," Rykarl tiba-tiba bersuara.
"Hah untuk apa?" Aireena pelik. Tiba-tiba sahaja Rykarl ni.
"Because you take very good care of my fiancee," Rykarl membalas kata-kata Aireena dan dihadiahkan senyuman manis pada Mawar. Bercakap dengan Aireena, tapi muka menghadap Mawar.
"Makanan dah sampai," Mawar mencelah untuk cepat-cepat menghentikan mulut Aireena dan Rykarl daripada terus berkata-kata. Semua terus mengambil makanan masing-masing dan membaca doa sebelum makan.
Mawar berasa tidak puas hati kerana Rykarl memesan makanan untuknya sekali, chicken chop. Bukannya dia tidak mahu makan tapi dia masih kenyang. Fikirnya dia ingin memesan burger sahaja tapi sebab keberadaan tunangnya itu yang acah-acah mengambil berat tentang dirinya. Jadi Mawar tiada selera untuk menghabiskan makanan itu.
"Bunga," Rykarl memanggil Mawar.
"Apa?"
"Makan," Pujuk Rykarl beserta dengan suaranya yang dilembutkan sedikit. Aireena yang mendengarnya tercengang. Macho habis gaya si Rykarl.

YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...