Bab 7

1.1K 34 0
                                    

Habis sebotol air mineral diteguk oleh Mawar. Tidak cukup sebotol, air sirap milik Aireena juga diteguk sehingga separuh. Terpaksa Aireena menelefon Sara untuk membeli tiga botol air mineral sebelum mereka naik ke atas. Dua botol itu akan diberi kepada Mawar. Takut-takutlah Mawar ni tersedak lagi ke. Dan sebotol lagi akan diberi kepada Aireena. Sebagai ganti air sirapnya yang hanya tinggal separuh.

"Mawar kau ni gelojoh sangat la,"

"Tak masalahnya sekarang aku lapar sangat ni. Kau tak kesian kat aku ke?"

"Kau terkejut kan aku jumpa Rykarl tadi?"

"Ya lah. Kau ni pun kalau nak buka cerita pasal dia jangan lah waktu kita makan. Kan da tersedak aku,"

"Kau je yang dah makan. Aku belum,"

"Amboi sedap bercakap. Minta pelempang ke Reen? Aku tampar jugak kau ni kang,"

"Ahahahahahahahahah," sedap sahaja Aireena mentertawakan Mawar dalam keadaan sebegini. Mawar memang begitu. Cakap tak serupa bikin. Aku pijak kau kang', 'aku sepak kau kang', 'aku terajang kau kang', dan bermacam-macam lagilah cakap Mawar yang tidak serupa bikin itu. Acah-acah berani saja.

"Reen aku seriuslah!!"

"Okay fine! Jom sambung makan. Pasal Rykarl kita cakap kat rumah okey?"

"Haah itu yang betul. Sekarang tengah kerja,"

Tidak lama selepas itu, Sara dan Daniel sudah kembali ke bilik itu. Mawar dan Aireena juga sudah lama siap makan. Mereka sedang berbincang sedikit tentang kes yang diterima oleh Mawar sementara menunggu air mineral yang dipesan kepada Sara. Apabila Sara menghulurkan air tersebut kepada mereka, dengan rakus Aireena meneguk air mineral itu. Dia terlalu kehausan kerana Mawar lebih banyak meminum airnya.

"Reen aku rasa esok kita da kena belajar bawak bekal botol air la. Pakai botol besar tau," cadang Mawar bersama sedikit sengihan. Tapi dia betul-betul serius berkaitan hal ini. Orang seperti Mawar kuat minum air kosong. Dan sekerap itu jugalah dia akan ke tandas.

"Oh ya Cik Mawar. Petang ni dalam pukul 2.30 kita akan pergi ke lokasi kejadian seperti yang didakwa oleh saksi pagi tadi. Cik Mawar okey ataupun tidak?" Daniel memberitahu jadual mereka bertiga pada petang ini.

"Saya okey. Nanti kita pergi bersama Pendakwa Raya Aireena sekali satu kereta," Mawar memberi kata putus sebelum kedua-dua Sara dan Daniel mengangguk faham dan kembali ke tempat mereka untuk menyemak semula fail kes.

"Mawar, aku rasa petang ni aku tak perlu ikut kut," Aireena memujuk dengan membulatkan sedikit matanya seperti meminta simpati.

"Kenapa pulak? Tadi kata petang ni kau free. Ada hal lain ke?" Pelik Mawar dengan perangai Aireena yang tiba-tiba berubah ni. Sekejap OK sekejap KO.

"Eheheh. Zul kata petang ni dia nak drop by sekejap kat sini alang-alang dia ada kerja nak buat kat area sini," Aireena berkata dengan malu-malu.

"Kawan ke pakwe yang lebih penting?" Simple sahaja soalan Mawar. Tapi cukup untuk membuatkan Aireena berasa sentap. Sempat juga Sara dan Daniel mentertawakan Aireena.

"Kawan,"

"So?"

"Okey nanti aku inform Zul cakap aku ada hal," dengan cemberut mukanya terpaksa bersetuju untuk mengikut Mawar ke lokasi kejadian.

"Good. Ini macam baru bestfriend aku. Kiss sikit. Eheheh," Mawar sudah mula dengan perangai mengada-adanya itu.

"Tanak kiss kau. Nak kiss Zul je. Ehek,"

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang