Mak Munah bersama dengan majikannya, Puan Azliyanti sedang berada di laman depan rumahnya membelek-belek setiap pokok bunga kegemarannya. Petang-petang begini biasalah Puan Azliyanti hanya tinggal bersama anak bongsunya dan pembantu-pembantu rumah yang lain. Suaminya sibuk menghadiri meeting itu ini.
"Saya rasa nak tambah pokok bunga matahari la. Apa pendapat Kak Munah?" Puan Azliyanti menyoal kepada Mak Munah. Mesra sahaja panggilan mereka. Bukan disebabkan Mak Munah ketua kepada semua pembantu rumah, tapi Mak Munah sudah lama berkhidmat dengan keluarga ini.
"Ok je Puan. Laman ni pun banyak ruang lagi. Apa salahnya," balas Mak Munah sambil matanya melilau ke arah sekeliling laman. Puan Azliyanti mengangguk kecil mendengar cadangan Mak Munah.
"Mama, Mak Munah ni Iza ada buat kek sarang semut. Dengan teh susu. Jemput minum," Ainuriza datang ke meja batu yang disediakan di laman itu beserta sedulang kek dengan dua cawan teh susu. Dipelawa ibu angkatnya dan ketua pembantu rumah itu. Ya, Ainuriza hanyalah anak angkat dalam keluarga ini. Dia telah dijaga dan dibesarkan dengan baik sejak dia masih bayi. Dan dia sedar akan status dirinya dalam keluarga ini. Puan Azliyanti dan Tengku Adham telah menganggap dia sebagai anak kandung mereka merangkap adik bongsu kepada Zainazrol.
"Wah tiap-tiap petang Iza baking. Semalam mango cheesecake harini kek sarang semut pulak. Pandai anak Mama buat," puji Puan Azliyanti kepada anak bongsunya. Dia dan Mak Munah sudah mengambil tempat untuk merasa kek buatan Ainuriza.
"Yelah Puan. Sedap pulak tu. Tak sia-sia Iza belajar tinggi dalam bidang kulinari," Mak Munah juga tidak mahu kalah dalam memberi pujian kepada anak angkat majikannya itu.
"Yeke sedap? Terima kasih la Mak Munah. Mama pun da bagi Iza kuasa penuh untuk guna dapur tu. Apalagi Iza buat la macam-macan kan," Ainuriza tersenyum melihat dua wanita kesayangannya menikmati hidangan yang disediakannya.
"Kalau macam tu, Mama cakapkan dekat Papa suruh bukak bakery untuk Iza nak? Ada potensi ni sayang," cadang Puan Azliyanti setelah berbulan-bulan dia dapat melihat kesungguhan Ainuriza menyediakan pelbagai masakan di dapur. Dia yakin cerah masa depan anak ini dalam bidang kulinari.
"Ala Mama. Iza freshie lagilah. Iza cuma terfikir nak buat online je dulu. Kalau dapat sambutan, Iza ingat nak bukak restaurant. Okey tak?" Itulah perancangan Ainuriza buat masa ini. Setelah graduate, dia ingin membuat online business terlebih dahulu. Mula dari bawah.
Dua wanita itu hanya mengiyakan cadangan Ainuriza. Pada pandangan mereka, ada betulnya juga tu. Dan tidak lama selepas itu, Ainuriza meminta diri untuk ke dapur semula kerana dia sedang membakar cookies.
Dalam perjalanannya menuju ke dapur, telefonnya yang terletak di dalam kocek apron yang dipakainya berdering. Terus diangkat panggilan itu.
Ainuriza: Abang!
Zainazrol: Iza, tolong pass phone pada Mama. Abang call tadi tak dapat la.
Ainuriza: Lah yeke. Kejap eh. Mama kat laman tu yang tak dengar.
Pantas Ainuriza berpatah balik ke arah laman untuk menyerahkan telefon pada Mamanya.
"Mama, Abang Zack call," setelah dia menyerahkan telefon itu, segera dia ke dapur takut cookiesnya hangus!
Puan Azliyanti: Ya anak Mama, rindu ya?
Zainazrol: Ma, Zack rindu.
Puan Azliyanti: Ha tau rindu tu balikla sini cepat. Cuti lama sikit.
Zainazrol: Haah sebab tulah Zack call Mama. Weekend ni Zack balik. Next week start kursus kat Pahang. So balik ni nak prepare dulu before kursus.

ANDA SEDANG MEMBACA
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...