"Bu.. chak!" Ainuriza sibuk mengagah Nurin Melynna di dukungannya. Hari ini dia dan Zainazrol melawat Mawar di rumah Zul dan Aireena setelah mendengar perkhabaran dari Zul pada minggu lepas di majlis kahwinnya.
"Wah tengok tu. Mel da dapat ibu baru la," usik Aireena pada pasangan pengantin baru itu. Ainuriza hanya tersenyum malu.
"Zack, saya minta maaf tau tak dapat datang wedding korang," luah Mawar dengan rasa bersalah.
"Eh sokay la. Zul dengan Reen datang pun da cukup. Lagipun kami faham situasi awak sekarang," Zainazrol berkata dengan rendah diri.
"Abang, nah cuba try dukung Mel. Tengok sikit dah layak jadi ayah ke belum," Ainuriza menghulurkan Melynna ke arah Zainazrol.
Habis gopoh-gapah kiri kanan tangannya tak tahu nak handle baby dengan cara betul. Semua di situ cuma mampu tergelak.
"Ish abang ni kalau pegang Mel pun tak betul, macam mana nak tolong jagakan Mel?" Ya. Zul dan Aireena telah menjumpai insan yang tepat untuk jagakan Melynna buat masa ini. Ainuriza dan Zainazrol.
"Ala sayang ni lama-lama nanti abang belajar la. Kan anak ayah?" Zainazrol hanya berani meletakkan Melynna di atas tilamnya semula. Masih kekok nak pegang.
"Haah Iza. Nanti ajar Zack pegang baby betul-betul. Ni karang bukan takat tak boleh jagakan Melynna, nak ada anak sendiri pun belum layak kalau macam ni," usik Aireena sekali lagi hingga membuatkan Zainazrol menggaru tengkuknya.
"Ala Zack kau rilek je. Kerja jaga anak ni bukan tugas kita. Apa guna ada bini kan?" Sedap sahaja Zul menuturkan ayat itu sehingga membuatkan Aireena mencubit lengannya.
"Amboi Encik Zulhilmi Zairi, sedap ya cakap macam tu. Nak kena tidur luar bilik ke malam ni?"
"Auch sayang sakit," Zul mengerang kesakitan.
"Tanak la aku dengar cakap kau. Nanti bini aku pulak cubit aku," balas Zainazrol menahan tawa melihat Zul mengerang kesakitan dengan cubitan berbisa Aireena.
"Bagus abang. Kalau abang dengar cakap Abang Zul tu, abang bukan kena tidur luar bilik, abang tidur luar rumah,"
Terkekek-kekek para isteri ketawa melihat muka Zainazrol yang hanya pasrah. Tapi dalam diam, Mawar menahan rasa sedih. Sedih kerana tiada suami di sisi.
Melihat isteri-isteri lain bahagia di samping suami membuatkan dia cemburu.
Dalam keriuhan suasana di rumah Zul dan Aireena, tiba-tiba telefon bimbit Zul berdering menghentikan gelak tawanya. Dilihat nama si pemanggil.
'Hairiz.'
Dia terus meminta diri untuk menjawab panggilan itu.
Zul: Apahal bro?
Hairiz: Weh kau datang rumah aku sekarang! Kau tengok apa kawan baik kau ni buat.
Zul: Apa yang dia buat weh?
Hairiz: Dia meroyan ni hah Aishah couple dengan Faris.
Zul: What? Aishah dengan Faris?
Hairiz: Ala kau datang je la cepat. Penat la nak nasihatkan dia.
Zul: Ha yeye. Japgi aku sampai.
Terus panggilan dimatikan. Dia berlalu ke ruang tamu dan membelai kepala Aireena.
"Maaf ye, ada hal kejap kena jumpa kawan. Sayang, Bie pergi dulu eh?" Aireena terus menyalam tangan suaminya. Zul yang ingin berlalu terhenti apabila Mawar menegur.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...