Lamunan Mawar terhadap Rykarl terhenti apabila Puan Zainab masuk ke dapur kerana bimbang Mawar mengambil masa yang terlalu lama untuk membasuh satu pinggan yang digunakan untuk bersarapan sebentar tadi. Hari kedua syawal kebiasaannya keluarga Mawar akan bergerak ke Banting untuk melawat bapa saudara Mawar yang sudah sakit tenat dan tidak mampu bergerak. Memang menjadi tradisi keluarganya untuk bergerak ke Banting pada hari raya kedua.
Kereta yang dipandu oleh abang ketiga Mawar iaitu Ammar amat laju membelah jalan lama dari Masjid Tanah ke Sepang. Menurut abangnya, musim perayaan sebegini, kereta-kereta akan dipenuhi di lebuh raya kerana masih ramai yang ingin pulang ke kampung.
Jadi abangnya membuat keputusan untuk memandu di jalan lama sahaja kerana tidak banyak kereta dan lebih selesa untuk dia memecut laju kenderaannya. Sudah menjadi tabiat Ammar untuk memandu kereta dengan kelajuan yang tinggi sebagai alasan untuk cepat sampai ke destinasi.
Habis sana sini dipegang oleh Mawar untuk berpaut kerana terlalu takut melihat cara pemanduan abangnya itu. Gila! Patut la tak ada awek lekat. Fikir Mawar sebegitu terhadap Ammar. Sudah 27 tahun pun masih single. Sedih juga hidup abangnya. Dikehendaki berpindah tempat bekerja ke sana ke sini sedikit menyukarkan abangnya untuk mencari teman wanita.
Tepat pukul 11 pagi, mereka sekeluarga telah tiba di rumah abang sulong kepada bapa Mawar. Beberapa kereta saudara-mara yang lain juga telah tiba terlebih dahulu sebelum mereka. Mereka bersalam-salaman dan berborak panjang kerana saat ini hanya dapat dinikmati setahun sekali. Semuanya kerana anak cucu terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk melawat antara satu sama lain.
Seperti biasa Mawar akan menyibukkan dirinya di dapur membantu apa yang patut kerana keluarga belah bapanya juga boleh tahan ramai. Jadi, tiada salahnya jika Mawar dan kakak-kakak iparnya ingin membantu sekali. Ketika Mawar sibuk mengisi lauk ke dalam mangkuk, Mawar dihampiri Ammar beserta beg tangan Mawar membuatkan dahi Mawar berkerut. Sibuk je Abang Ammar ni datang dapur. Bukan nak menolong pun! Fikir Mawar terhadap Ammar.
"Fon kau da berkali-kali ni bunyi. Aku malas nak bukak beg, tu aku angkut sekali beg kau ni. Ambillah mana tahu penting ke pasal kerja ke," mendengarkan sebarang kemungkinan daripada abangnya, dengan segera Mawar mengambil beg dan melihat paparan skrin telefonnya. Telefon itu sudah berhenti berbunyi. Dibuka 'notifications' dan alangkah terkejutnya Mawar '10 missed calls from Rykarl Mikael LW46'.
Ya, Rykarl menelefon sebanyak 10 kali. Entah sebab apa dia sendiri tidak pasti. Disebabkan Mawar masih sibuk, dia pun membuat keputusan untuk 'silent'kan fonnya supaya tiada lagi gangguan dan sudah 2 hari juga Mawar tidak membuka data internet di telefonnya kerana terlalu sibuk.
Tanpa banyak berfikir, Mawar meneruskan kerjanya dan menghidangkan makanan di meja makan yang amat besar untuk 20 orang dan menjemput keluarganya untuk menikmati hidangan.
**********************
"Beraninya Bunga tak angkat call Mika. Sibuk sangat ke dia? Aku ada hal nak bincang ni," akhirnya setelah 10 kali cubaan menelefon Mawar gagal, Rykarl memutuskan untuk menelefonnya pada waktu lain sahaja. Mungkin Mawar betul-betul sibuk. Rykarl berfikiran positif terhadap Mawar.
Tiba-tiba, satu notifikasi WhatsApp di group 'SAHABAT DUNIA AKHIRAT' berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Mesej tersebut daripada Aishah. Tersenyum Rykarl apabila membaca mesej ucapan selamat hari raya daripada Aishah. Dengan pantas Rykarl menaip untuk membalas ucapan itu.
Aishah juga telah 'seen' mesej yang dihantar oleh Rykarl dan Rykarl semakin bersemangat melihat 'Aishah is typing...' Dada Rykarl berdebar-debar menanti mesej balasan daripada Aishah dan..
'Kaelllll ada banyak salah kat ichaaa cepat pm icha minta maaf panjang2 😤😤'
Semakin lebar senyuman Rykarl membaca mesej tersebut. Dan mereka terus-terusan berbalas mesej antara satu sama lain.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
De TodoBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...