Lama Mawar merenung cincin di jari manisnya. Cepat-cepat dia tersedar sekarang ini dia telah menjadi tunangan orang. Soalan Aireena sebentar tadi masih dibiarkan sepi. Masih tiada jawapan. Mawar tidak tahu hendak memulakan cerita.
"Dok tenung-tenung cincin tu, kalau rindu pergilah call dia balik," Aireena faham apa yang sedang melanda kawan baiknya itu. Dia tidak memaksa Mawar untuk menjawab soalannya tadi. Biarlah Mawar mengambil masa sedikit untuk bertenang.
"Kalau kau dah cakap macam tu, yerlah. Aku naik dulu eh nak call Rykarl. Takut ada benda penting dia nak cakap," lepas Mawar menghabiskan butir bicaranya, pantas dia mengangkat punggung masuk ke biliknya. Aireena hanya mengangguk mendengar Mawar meminta diri. Dalam fikirannya cuma satu. Mawar masih cintakan Rykarl. Itu Aireena percaya.
Mulut sahaja kata sudah boleh move on tapi hati tidak boleh menipu. Aireena selalu ada bersama Mawar dan dia nampak betapa sedihnya Mawar apabila Rykarl menganggap mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Lama Mawar menaruh hati dan perasaan pada Rykarl. Tak mungkin tempoh setahun ini Mawar sudah boleh melupakan Rykarl. Tengok sajalah tadi, dia terlalu risau apabila tidak menjawab panggilan daripada Rykarl.
Mawar berdiri di tepi tingkap biliknya yang menghadap jalan raya dan perumahan yang lain. Dia bercadang untuk menelefon Rykarl selepas menunaikan solat isyak. Sudah pasti nanti Rykarl akan bertanya sama ada dia sudah menunaikan kewajipan itu ataupun belum. Mawar mengambil nafas yang dalam untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu dan nombor Rykarl didail.
Rykarl: Hello Bunga. Bunga sihat?
Mawar: Err haii Mika. Alhamdulillah Bunga sihat.
Rykarl: Mika minta maaf kalau Mika ganggu Bunga petang tadi. Mika tak sepatutnya kacau Bunga tengah buat kerja kan?
Mawar: Eh takpelah Mika. Bunga yang tak perasan tadi Mika ada call. Banyak sangat kerja.
Rykarl: Bunga, kita duduk dekat je. Why not kita keluar makan sama-sama?
Ajakan itu menyentakkan Mawar. Dia bukan tidak bersedia untuk berhadapan dengan Rykarl. Cumanya kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Rykarl kecuali atas urusan perkahwinan mereka. Mendengarkan ajakan Rykarl sebentar tadi, bunyinya seperti Rykarl hanya ingin meluangkan lebih banyak masa bersama memandangkan mereka sekarang telah bertunang.
Mawar: Bunga minta maaf. Sekarang ni Bunga banyak kerja. Weekend pon Bunga pergi ofis. Sori sangat-sangat.
Rykarl: Banyak betul kerja Bunga. Takkan Bunga tak ada masa yang betul-betul free?
Mawar: Mika fahamkan bidang kerja prosecutor ni macam mana. Lagi sibuk daripada attorney macam Mika. Bunga harap Mika faham.
Rykarl: Ya Mika faham. Sori kalau Mika pressure Bunga. Takpelah kalau Bunga busy.
Mawar: Mika jangan kecil hati ya. Nanti wedding preparation insha allah Bunga free.
Rykarl: Baiklah Bunga. Its okay, take your time. Mika ada hal ni. Kita cakap lain kali lagi ya? Assalammualaikum.
Mawar: Waalaikumsalam.
Talian diputuskan. Berdosakah dia kerana telah menipu Rykarl? Tapi dia hanya bercakap perkara yang betul. Dia sedang dibanjiri dengan pelbagai jenis kes. Tapi hal yang melibatkan masa, dia perlu menipu sedikit kepada Rykarl. Dia tidak mahu terlalu rapat kerana hati dia juga masih sakit. Rykarl tidak akan pernah memahami kesakitan yang ditanggung oleh Mawar. Jadi, amat sukar untuk Mawar untuk menghadapi dugaan ini.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
AcakBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...