Bab 2

1.5K 41 0
                                    

Setahun kemudian.

Keluarga Mawar tiba di kampung halaman mereka untuk menyambut hari raya. Perjalanan dari Johor ke Melaka membuatkan Mawar berasa sedikit lenguh kerana dia yang memandu kereta akibat terlalu kasihan pada ayahnya yang telah lanjut usia. Abangnya pula memandu keretanya sendiri kerana mereka sekeluarga mempunyai barang yang banyak dan disebabkan itu, tahun ini keluarga mereka pulang ke kampung dengan dua kereta. Sudah menjadi kebiasaan bahawa mereka sekeluarga pulang ke kampung pada setiap petang raya. Alasannya satu sahaja, jalan tak banyak kereta.

*************************

Pada syawal pertama, Mawar antara orang yang paling sibuk di dapur kerana keluarga besar belah ibunya tidak mempunyai anak saudara perempuan yang ramai. Dan Mawar ialah anak saudara perempuan yang terakhir. Nasiblah dua daripada tiga abangnya sudah mendirikan rumah tangga jadi bantuan daripada isteri-isteri mereka juga amat diperlukan. Dari pagi hingga petang, Mawar bersama kaum wanita yang lain kerap berulang-alik dari dapur ke ruang tamu dan dari dapur ke meja makan. Tetamu yang hadir ke rumah atuknya juga agak ramai kerana atuknya mempunyai dua orang isteri.

Disebabkan itulah, ramai saudara-mara yang akan bertandang ke sini untuk menziarahi atuknya. Mawar juga merupakan salah seorang cucu kesayangan atuknya kerana peribadi Mawar yang pandai menjaga hati tuanya.

Pada sebelah petang, tetamu yang hadir kelihatan semakin surut. Dapatlah Mawar merehatkan diri seketika di hadapan televisyen dengan masih berbaju raya walaupun sudah berpeluh-peluh melakukan pelbagai kerja di dapur. Tidak lama ketika Mawar merehatkan dirinya, kedengaran suara orang memberi salam.

Atuknya yang memang sudah berada di luar rumah menyambut salam itu dan menjemput tetamu itu masuk ke ruang hadapan di mana makanan dan minuman sudah disediakan.

"Datang sini cari siapa ya? Ada kenal ke dengan mana-mana anak pak cik?" Dengan sopan atuk Mawar bertanya kepada keluarga tersebut. Sudah bertahun-bertahun menyambut raya, tiada pula dia terjumpa atau terlepas pandang muka ahli keluarga tersebut.

Sebuah keluarga diketuai oleh si suami dalam lingkungan 50-an bersama isteri dan 4 orang anaknya melabuhkan punggung mereka di kerusi kayu yang disediakan. Si isteri hanya tersenyum.

"Pak cik dah tak ingat Zah ke? Anak Mak Timah kat kampung seberang dulu," wanita yang seusia dengan suaminya itu memperkenalkan diri.

"Azizah anak Seman Timah? Betul ke ni? Ya Allah dah bertahun-tahun tak jumpa kamu sejak kamu pindah dulu," atuk Mawar menepuk sedikit bahagian dahinya setelah mengingati wanita tersebut.

"Ya pak cik, saya Zah. Lama dah saya cari alamat rumah baru pak cik lepas tanah lama diambil oleh pihak kilang. Ibu dan ayah dah tak larat nak berjalan. Mereka ada di Kuala Pilah. Selepas tanah diambil, kami berpindah ke sana dan menetap terus di sana. Saya datang ni pun nak jenguk pak cik sihat ke tidak,"

"Haah yelah kiranya inilah keluarga kamu ya? Alhamdulillah Zah. Ibu bapa kamu sihat ke tidak?"

"Ibu ayah dua-dua sudah sakit tenat. Maklumlah sudah lanjut usia. Mereka terbaring sahaja pak cik. Angah dan adik-adik saya yang lain tolong jagakan. Saya di sini tolong khabarkan berita kepada pakcik," melihat atuk Mawar mengangguk-anggukkan kepalanya, Azizah meneruskan lagi bicaranya, "Kenalkan ini suami saya, Salleh dan ini anak-anak saya,"

"Ya Allah sudah besar-besar ya anak kamu Zah. Tunggu sekejap ya pak cik panggilkan cucu buatkan air. Mawar. Oh Mawar. Mari datang sini jumpa tetamu sekejap kemudian buatkan air. Air di meja ni sudah habis," Sekejap sahaja Mawar bersama-sama kedua kakak iparnya memunculkan diri untuk menguruskan apa yang patut.

Tiba sahaja di situ, gadis-gadis itu disuruh datuk mereka untuk bersalaman terlebih dahulu bersama tetamu tersebut sebelum masuk semula ke dapur. Mawar yang penuh dengan sopan santun itu menyalami tetamunya dengan kedua belah tangan dan apabila berjalan dia membongkokkan sedikit badannya bagi menghormati tetamu tersebut.

Apabila Mawar habis bersalam, barulah dia mendongakkan wajahnya untuk mengemas meja di ruang itu namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Wajah lelaki di luar itu menyerupai Rykarl. Tanpa membuang masa, lantas Mawar dan kakak-kakak iparnya kembali semula ke dapur bagi menyiapkan apa yang patut. Dia tidak mengendahkan fikirannya itu kerana tamat pelajarannya di universiti, maka tamatlah juga perkenalan dia bersama Rykarl. Pada pandangan Mawar, kalau betullah itu Rykarl, pasti Rykarl sudah menegurnya tadi.

"Yang keluar tadi tu anak dan menantu-menantu Zainab. Zah masih ingat tak pada Zainab? Kawan sama-sama pergi sekolah dulu jalan kaki,"

"Ohh ingat. Sudah bermenantu rupanya Kak Nab ya pak cik. Mana satu anak daranya?"

"Yang berkaca mata tu. Anak bongsu si Nab tu. Seorang je perempuan Zah. Ha datang pun Nab ke sini. Nab, kenalkan ini Azizah kawan kamu masa kecil-kecil dulu. Ingat lagi tak?" 

Ibu Mawar, iaitu Puan Zainab keluar apabila dia terdengar namanya disebut-sebut. Terkejut beruk dirinya apabila tetamu yang hadir itu adalah rakan karibnya dulu. Tanpa melengahkan masa, terus disalam dan dipeluk tubuh itu ke dakapannya kerana sudah lama tidak bertemu.

"Ya Allah Zah, bersyukurnya saya dapat berjumpa dengan awak semula. Hampir 30 tahun kan kita terpisah," ucap Puan Zainab dalam keadaan sebak. Ketika itu jugalah kelihatan menantu-menantu Puan Zainab keluar menghidangkan air teh dan mengisi semula bekas-bekas kuih raya beserta hidangan-hidangan lain.

"Dua orang ini menantu saya Zah. Ada seorang anak dara mana pulak perginya," terteleng kepala Puan Zainab mencari anak daranya itu.

"Tak apa. Zah dah jumpa dia dah tadi. Sopan ya dia Nab. Buat apa dia sekarang?"

Mendengarkan soalan itu, atuk Mawar terasa bersemangat ingin menjawab bagi pihak Puan Zainab. Maklumlah, cucu kesayangan katakan.

"Mawar tu sekarang jadi Pendakwa Raya kat Putrajaya. Alhamdulillah rezeki dia di sana," atuknya menerangkan dengan perasaan bangga.

"Wahh beruntungnya awak Nab ada anak yang bekerja bahagian undang-undang. Kalau ada apa-apa mesti dia boleh tolong. Ni anak bujang saya, Rykarl jadi peguam. Buka syarikat sendiri dengan kawan-kawan dia," terang Puan Azizah dengan perasaan teruja. Dalam fikirannya, dia sudah merancangkan sesuatu.

"Oh anak kamu peguam? Umur berapa ni?" Soal Puan Zainab kerana dia melihat rupa paras Rykarl sepertinya seusia dengan Mawar sahaja.

"Dah 25 tapi tengoklah ni Nab masih seorang. Abang dan kakaknya sudah. Dia belum lagi," usik Puan Azizah sambil dia menepuk paha anak bujangnya itu. Tersengih-sengih Rykarl dibuatnya.

"Belum ada jodoh mak cik," jawab Rykarl penuh sopan.

"Lahh anak saya Mawar tu pun 25. Sebaya rupanya anak kita ya Zah," Puan Zainab juga tersenyum pada Puan Azizah seperti mereka mempunyai rancangan yang sama.

**********************

"Mawar, kamu dah buat keputusan?" Soal Puan Zainab pada anak bongsunya itu. Sudah 2 jam keluarga Puan Azizah pulang dan sudah berkali-kali juga ibunya bertanyakan soalan yang sama. Mawar kelihatan sedikit runsing.

"Mak, kan Mawar sudah cakap dalam masa tiga hari Mawar akan bagi jawapan," jawab Mawar masih juga dengan jawapan yang sama kerana ibunya seolah-olah mendesaknya untuk berkahwin dengan segera.

"Ha iyalah. Jangan hampakan Mak ya Mawar. Kawan lama Mak tu. Dia berharap sangat dapat bermenantukan kamu," ya, itulah perancangan Puan Azizah dan Puan Zainab petang tadi. Mereka ingin menjodohkan Mawar dan Rykarl sekaligus dapat mengeratkan semula hubungan mereka yang telah terputus 30 tahun lalu.

"Insha Allah Mak," itu sahaja yang Mawar mampu balas. Fikirannya sekarang ini kusut dan serabut. Sudahlah kerja-kerjanya yang ditinggalkan di pejabat masih banyak dan sekarang ini datang pula masalah baru. Bukankah ini yang kau mahukan Mawar? Bersuamikan Rykarl, lelaki yang aku puja dahulu. Suara hatinya berkata.

Mawar menggeleng kepala. Dia yakin. Bukan ini yang dia mahukan setelah perkara itu terjadi. Dia berasa kecewa terhadap Rykarl. Tempoh masanya sangat pendek. Ingin meminta seminggu, tetapi dihalang oleh ibunya atas alasan supaya menghormati keluarga pihak lelaki. Rykarl juga terdiam apabila ibunya mengutarakan cadangannya itu.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang