Bab 35

2.6K 71 30
                                    

Rykarl hanya mengeluh dalam keretanya. Jammed teruk bila peak hour macam ni. Semua orang keluar nak pergi lunch. Tapi dia ada meeting dengan client.

'Cepatlah sikit aku dah lapar nak makan ni.' Keluh Rykarl apabila melihat ada sebuah kereta memandu dengan kelajuan sederhana di atas jalan raya. Nasib baik meeting itu berjalan sekejap sahaja. Dapatlah dia makan tepat waktu tengah hari.

Sampai sahaja di restoran kebiasaannya, dia bersiap-siap untuk keluar dari kereta tapi matanya cekap menangkap sesuatu. Tanpa sedar dia menghentak stereng keretanya dengan kuat.

Dia terlihat kelibat Aishah dan Faris begitu mesra sekali melangkah masuk ke restoran yang ingin ditujunya. Habis terbantut selera makannya melihat adegan itu.

Kereta dipandu pulang semula ke pejabatnya. Makan dekat pantri jelah jawabnya. Dia menekan butang lif yang menempatkan pejabatnya. Keluar sahaja dari lif, seorang pekerja di kaunter hadapan memanggilnya.

"Encik Rykarl. Sekejap!" Terhenti langkah Rykarl dan menoleh ke arah gadis itu.

"Encik Rykarl ada tetamu. Saya dah suruh dia tunggu dalam bilik Encik Rykarl,"

"Kenapa dia datang waktu lunch?"

"Katanya urgent. Saya baru nak call Encik Rykarl tadi, nasib baik Encik Rykarl dah balik ofis,"

Rykarl hanya mengangguk. Dia berlalu ke biliknya segera sambil ligat kepalanya memikirkan siapakah tetamunya itu.

Bukak sahaja pintu biliknya, kelihatan seorang perempuan berdiri dan menyambut kehadirannya di situ. Rykarl mengeluh dalam hatinya.

"Kenapa tiba-tiba datang ofis saya. Call jelah," ucap Rykarl dan mengambil tempat di hadapan perempuan tersebut.

"Saya minta maaf Rykarl. Ni saja masa yang saya free,"

"Nak apa? Saya belum lunch lagi ni. Cepat sikit,"

Mawar terdiam. 'Aku pun belum makan. And maybe aku tak sempat makan kut harini.'

"Er.. saya minta maaf. Tapi saya nak bayar sewa rumah bulan ni pada awak. Harini hujung bulan kan," Mawar menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat ke arah Rykarl.

"Ya Allah dah 2 bulan ni biasanya awak bank in je. Dah kenapa pulak ni?" Rykarl menepuk dahinya. Sebab tu je ke dia datang ofis aku. Allah betul-betul buang masa.

"Jangan salah faham. Online banking takleh bukak. Server down kut. Tu yg saya bagi by hand je. Saya kan memang bayar on time,"

Rykarl hanya mengeluh. Mengeluh lagi dia harini. Sudah berapa kali dia mengeluh pun tak tahulah. Dia hanya diam dan menyandarkan kepalanya di sofa empuk di biliknya. Nak rehat sekejap.

Melihatkan situasi janggal antara mereka berdua, Mawar jadi tidak senang duduk.

"Itu sahaja urusan saya harini. Saya minta diri dulu ya," terus dia bangkit dan berjalan ke pintu bilik untuk segera keluar.

"Awak dah makan?" Tanya Rykarl apabila Mawar hampir-hampir ingin keluar dari biliknya. Mawar menoleh semula ke arahnya. Rykarl masih seperti tadi. Memejamkan matanya dan merehatkan dirinya di sofa empuk itu.

"Dah," tipu Mawar.

"Teman saya makan hari ni," Rykarl membuka semula matanya dan bangkit untuk menyaingi langkah Mawar.

"Saya sibuk harini,"

"Kan tengah lunch hour. Sekejap jelah saya makan. Jom,"

Terpaksa Mawar mengangguk. Dia membuntuti langkah Rykarl menaiki kereta lelaki itu. Dia hanya meninggalkan keretanya di situ kerana Rykarl akan menghantarnya semula ke sini.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now