"Apa kamu cakap?" Terkejut beruk Puan Azizah apabila mendengarkan penjelasan Rykarl sebentar tadi.
"Shhh. Umi pelan la sikit. Nanti Aishah tu dengar," Rykarl menunjukkan jarinya ke mulut untuk mengingatkan Puan Azizah.
"Kamu ni dah gila ke Rykarl? Mawar tu macam mana? Dia tengah mengandungkan anak kamu tau!" Puan Azizah sudah tidak kisah jika Aishah yang berada di ruang tamu itu mendengar. Biar dia tahu aku dah ada menantu kesayangan aku sendiri.
"Ala Umi laki ni boleh kahwin empat kot. Kasi la chance sikit,"
"Umi nak tanya ni, Mawar tu setuju ke kamu kahwin lain," saja nak lambat-lambatkan pertemuannya dengan perempuan pilihan Rykarl.
Rykarl hanya tersenyum.
"So, Umi terima lah ni?"
"Apa maksud kamu ni?" Naik pelik Puan Azizah melihat tingkah Rykarl pada petang itu.
"Mawar memang setuju Umi, so maksudnya Umi dengan Babah pun setuju la kan?" Rykarl sudah menayangkan senyuman gembira tika ini.
"Ya Allah Rykarl. Benda gila apa yang kamu dah buat ni? Macam mana pulak Mawar boleh setuju,"
"Ala Umi tu kita bincang nanti jelah,"
"No! A big no Rykarl Mikael!" Puan Azizah siap menyilangkan kedua tangannya menandakan dia benar-benar tidak bersetuju.
"Umi please..,"
"Sampai bila nak biarkan tetamu sorang2 dekat depan tu? Pergi la Yang layankan dulu perangai anak kebanggaan awak tu," Encik Salleh yang dari tadi hanya mendengar mula melepaskan keluhan dan berlalu ke ruang tamu untuk kenal-kenal dengan Aishah.
"Jadi kamu dah kenal Rykarl lama lah ni?" Puan Azizah dengan muka terpaksanya menanyakan soalan begitu.
"Ya makcik. Dari zaman kolej lagi. Rasanya dari umur kami 18 lagi. Kan Kael?" Aishah yang duduk bersebelahan Rykarl menyenggol lengannya untuk mendapatkan sedikit riak.
"Haah Umi. Rykarl memang dah lama suka pada Aishah ni. Tapi final year baru Rykarl berani nak confess pada Aishah," terang Rykarl sambil dihadiahkan senyuman manis kepada Umi dan Babahnya.
"Oh kamu dah confess? Habistu waktu Umi nak jodohkan kamu dengan Mawar, kamu cakap kamu takde calon. Kamu reject anak makcik ke Aishah?" Terkelu Aishah apabila ditanya begitu. Tidak disangka Puan Azizah akan membangkitkan nama Mawar dan menyoalnya begitu.
"Bukan macam tu makcik cuma waktu tu kami kan masih belajar, saya tak ready nak berkahwin,"
"Jadi, sekarang ni kamu dah ready la ye nak berkahwin?"
Laju Aishah mengangguk. Dia yakin dia ada harapan.
"Macam nilah Aishah. Setelah kamu dah berkahwin dengan Rykarl nanti, apa perasaan kamu kalau sebenarnya Rykarl tak cintakan kamu dan dia berhasrat untuk madukan kamu dengan seseorang yang kamu sangat kenal. Boleh kamu terima hakikat yang kamu akan berkongsi kasih dengan perempuan lain yang Rykarl cintai?"
Laju Aishah menggeleng.
"Umi, please," Rykarl merayu supaya Uminya berhenti bersikap tegas sebegitu terhadap Aishah.
"Kamu diam Rykarl. Umi cuma nak kamu sedar macam tu jugalah apa yang Mawar rasa bila suami dia buat macam tu pada dia. Ya Allah dahla tengah sarat mengandung. Diperlakukan macam ni dengan suami dia sendiri. Astaghfirullah insaflah Rykarl. Umi.. Umi kecewa dengan sikap kamu. Kalau awal-awal kamu dah ada calon, kenapa tak bagitahu? Kenapa kamu setuju je bila kami satukan kamu?" Sebak sahaja suara Puan Azizah tika ini. Dipautkan lengannya bersama lengan suaminya kerana bimbang tekanan darahnya naik.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...