Bab 20

1K 27 3
                                    

Rykarl berasa amat kasihan apabila dia memandang wajah lesu dan pucat milik Aishah. Aishah ditahan di hospital kerana suhunya mencecah 40°C dan dia perlu menerima arahan selanjutnya daripada doktor. Dari tadi Aishah masih tidak sedarkan diri. Suhunya juga masih sama tidak turun dan tidak naik.

Malam itu dia bercadang untuk menemani Aishah kerana bimbang jika tiba-tiba Aishah terjaga pada waktu malam. Dia masih bersandar pada kerusi di sebelah katil pesakit. Dibetulkan sedikit kedudukan badannya agar lebih selesa.

Kring! Kring!

Rykarl memandang telefonnya yang berbunyi di atas meja di sebelah Aishah. Dia mengerutkan dahi kerana dia menyangkakan Mawar yang menelefonnya namun segera mengangkat panggilan itu.

Rykarl: Hello assalammualaikum umi.

Puan Azizah: Hmm waalaikumsalam Rykarl. Sihat?

Rykarl: Alhamdulillah umi, Rykarl sihat. Umi dengan babah macam mana?

Puan Azizah: Kami berdua kat sini sihat aje. Cuma...

Rykarl: Cuma apa tu umi?

Puan Azizah: Umi dah tak sanggup dah Rykarl.

Rykarl: Dah tak sanggup apa umi? Cuba cerita satu-satu pada Rykarl.

Rykarl mula bangun dan bergerak keluar dari wad Aishah kerana tidak mahu mengganggunya. Dia sandarkan badannya di dinding luar wad Aishah.

Puan Azizah: Rykarl, umi nak minta tolong sangat-sangat.

Rykarl: Minta tolong apa tu umi? Insha Allah kalau Rykarl boleh tolong, Rykarl akan tolong. Rykarl janji. Rykarl kan anak umi.

Puan Azizah: Umi nak minta Rykarl tolong bagi cucu pada umi dan babah secepat mungkin.

Rykarl: Apa umi????!!!!!! Umi!!!!!

Puan Azizah: Rykarl janganlah jerit-jerit. Babah dah nak tido tu.

Rykarl: Umi!!!!!! Umi tak rasa cepat sangat ke Rykarl ni nak ada anak?

Puan Azizah: Apa pulak cepat? Rykarl tu 25 tahun tau. Bukan 2 tahun lagi. Takkan nak tunggu dah tua bangka baru teringin nak ada anak? Umi ni dah tak sabar nak main dengan anak kamu nanti.

Rykarl: Ala umi ni. Nak main pon mainlah dengan Hadif tu. Kan baru 4 tahun. Kecik lagi. Tayah la tunggu anak Rykarl tu.

Puan Azizah: Rykarl! Hadif tu tahun depan da nak masuk tadika tau. Umi nak cucu yang masih bayi. Kamu ni pon. Nak tunggu kamu punya planning tu memang takla.

Rykarl: Ermmm maybe dalam 10 tahun lagi umi dapatlah cucu daripada Rykarl. Haa 10 tahun.

Puan Azizah: RYKARL!!!!!

Terkejut Rykarl dibuatnya apabila mendengar sergahan daripada uminya. Aduh aku ada salah cakap ke? Tergaru-garu Rykarl di kepalanya walaupun tidak gatal.

Puan Azizah: Jangan nak main-main dengan umi ye. Umur kamu tu dah sepatutnya boleh timang anak tahu tak. Umi tak kira, dalam tahun ni mesti ada khabar gembira dari kamu. Kalau tak, jangan balik rumah ni lagi! Faham tak?!!

Rykarl: Fa.. faham umi.

Perlahan sahaja jawapan daripada Rykarl. Setelah itu, uminya terus mematikan panggilan. Serba salah pula Rykarl rasakan. Adakah uminya merajuk dengan kata-katanya?

'Umi, Rykarl nak minta maaf! Rykarl masih belajar mencintai Mawar.'

Rykarl yang masih berdiri sambil badannya disandarkan di dinding, terus melorot jatuh badannya memikirkan kepalanya yang sentiasa serabut dengan pelbagai masalah.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now