Bab 23

1K 28 0
                                    

"Assalammualaikum," sekali lagi kedengaran suara orang memberi salam di luar pagar. Mahu tidak mahu, Aishah terus keluar untuk melihat gerangan yang memberi salam. Sementara Rykarl pula hanya ikut sahaja langkah Aishah menuju ke pagar rumah.

"Rykarl. Kau buat apa kat sini?" Faris yang datang memberi salam berasa terkejut melihat kehadiran Rykarl di kawasan perumahan ini.

"Faris," serentak Aishah dan Rykarl menyapa setelah lega melihat Faris.

"Aku hantar Aishah tadi dia baru discharged," pendek sahaja penjelasan Rykarl namun Faris rasa tidak berpuas hati.

"Eh Faris dengan Rykarl jomlah jemput masuk. Boleh aku hidang air," pelawa Aishah. Rykarl yang mendengarnya terus sahaja membuat muka. 'Kopi Mawar lagi sedap.' Tiba-tiba Rykarl mengeluh membuatkan Faris dan Aishah terkejut.

"Kael kenapa ni? Dah nak balik ke?" Soal Aishah melihat Rykarl seperti tidak selesa untuk berlama-lama di situ.

"Faris, kalau kau nak masuk, masuklah sorang. Aku da nak balik ni. Ada hal sikit,"

"Lah aku datang sini sebab nampak kereta kau lah tadi. Taktau pulak ni rumah Aishah,"

"Kau duduk sini?" Celah Aishah dalam perbualan Faris dan Rykarl.

"Haah selang empat rumah depan ni je. Rumah family akulah. Tadi nampak kereta Rykarl tu aku datang bagi salam. Ingatkan Rykarl pindah sini," terang dan jelas kata-kata Faris kepada Rykarl dan Aishah.

"Lah dekatlah kita. Kalau ada apa-apa, boleh aku minta tolong kau Faris?" Soal Aishah lagi.

"Er... boleh2. Insha Allah," tergagap Faris menjawab. Pelik. Aishah nak minta tolong macam mana tu?

"Kau jangan salah faham Faris. Sebenarnya hari-hari Rykarl amik dan hantar aku pergi kerja. Kesian pulak kat dia. Rumah dia kan jauh dari sini. Dia nak kena ulang-alik sebab nak amik aku. Kalau kau ada bolehlah aku tumpang kau je setiap hari, boleh tak Kael?" Kini dia ajukan soalan itu pada Rykarl.

Faris juga memandang Rykarl menunggu kata persetujuan akan hal itu.

"Ha boleh je tapi tak susahkan kau ke Faris?" Rykarl memberi kata putus dan turut memandang ke arah Faris.

"Eh takdelah susah kalau rumah dekat je. Kalau gitu, esok aku datang amik kau kat sini tau Aishah,"

"Kalau takde apa-apa, aku balik dulu lah," Rykarl meminta diri. Nanti sampai rumah lambat, kena soal pula dengan Mawar. Lebih baik dia angkat kaki dulu.

Sampai sahaja di rumahnya, Rykarl memberi salam dan menanggalkan kasutnya. Dia rasakan ada satu kelainan. Kalau sebelum ini, Mawar akan menunggunya di luar untuk menyambut kepulangannya. Tapi hari ini, dia seorang sahaja.

'Aku dah cuba nak cintakan Mawar tapi tak boleh. Ni bukan salah aku.' Fikir Rykarl.

Dia lantas masuk ke dalam dan dilihat Mawar sedang menyediakan makan malam di atas meja.

"Awak dah balik? Nak makan malam tak nanti?" Mawar bertanya setelah melihat Rykarl sampai ke rumah. Segera dihampiri Rykarl dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Beg kerja Rykarl juga pantas dicapai untuk dibawa ke bilik.

"Saya lapar. Nanti lepas mandi dengan solat, saya turun ye,"

"Oh ya. Tolong buatkan saya air kopi," tambah Rykarl lagi setelah dia teringatkan air kopi Aishah yang terlalu kelat.

Setelah melihat Mawar mengangguk patuh, segera dia menyusun langkah ke atas untuk membersihkan diri.

*****************************

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang