Bab 29

1K 29 3
                                    

"Reen Reen Reen Reen, Boomerang! Tet Tet Tet Tet Heyy," syok je si Mawar ni dok menyanyi lagu Boomerang tu sambil dia panggil nama Aireena. Apalagi, memang naik angin si Aireena tu. Dahlah dia tak minat Korea lepastu Mawar pergi nyanyi pulak lagu tu siap ada nama dia. Huh!

"Kau diam boleh tak Mawar. Nasib baik kau ni tengah bunting tau! Kalau tak dah lama aku bantai je kau ni," Aireena mendekat ke arah Mawar di kerusi ruang menunggu di Klinik Swasta itu. Hari ini Aireena menemani Mawar untuk melakukan check up terhadap baby. Dia tahu kalau nak tunggu Rykarl yang bawa memang sampai kucing bertanduk pun belum tentu dia nak teman Mawar. Asyik-asyik busy, ada kes la apelah itulah inilah. Entah-entah tengah sedap dating dengan Aishah.

"Ala rilek ah. Dah lama kut aku tak nyanyi Korea. Weh Reen, nak minta tolong ni. Janji au jangan bagitahu sape2,"

"Pasal apa pulak ni? Jangan nak merepek eh Mawar," Aireena telah memberikan warning awal-awal. Bukan boleh percaya si Mawar ni. Kadang buat tu ikut sedap dia je.

"Tak tak. Cuma, pasal apa yang doktor cakap tadi aku harap ni antara kita berdua je tau,"

"Apa lagi ni Mawar? Aku rasa Rykarl sebagai suami dan bapa pada anak-anak kau sepatutnya kena tahu pasal hal ni," Aireena mengeluh dan mengalihkan mukanya daripada Mawar. Besar juga rahsia tu kalau Mawar nak minta tolong dia simpankan.

"Tapi bukan berita ni. Aku cuma takut. Tak tau la kenapa. Cuma rasa tak sedap hati," jujur. Itu yang Mawar rasakan. Entah kenapa hati dia tidak sedap untuk memberitahu semua ahli keluarganya tentang berita ini. Gembira memang gembira tapi entahlah macam risau je rasanya.

"Kalau aku nak cakap kat Zul boleh tak? Bukan apa takut terlepas cakap pulak nanti," Aireena meminta izin Mawar terlebih dahulu. Lega rasanya bila Mawar memberi anggukan kecil. Dia tahu Mawar percaya pada Zul. Rahsianya dulu ketika di kolej pun masih tersimpan rapi oleh Zul sehingga sekarang. Zul memang lelaki yang berpegang pada kata-katanya.

"Okey dah jom kita jalan-jalan tengok baju baby. Tayah risau-risau dah," Aireena menukar topik perbualannya untuk menceriakan Mawar semula. Tapi Mawar blur.

"Nak pegi mana pulak ni?" Pelik Mawar jadinya. Sedap je si Aireena ni nak keluar jalan-jalan time waktu bekerja. Oh lupa! Dia pun dapat pelepasan separuh hari sebab temankan aku pergi check-up harini. Patutlah!

"Ala mall biasa la. Jomlah babe. Masuk kedai Anakku. Teringin tau. Manatau nanti aku pulak follow kau lagi 2 ke 3 minggu. Ehekehekehek," suka je si Aireena ni bab-bab barang baby. Macam dia pulak yang pregnant. Mawar ni baru nak masuk 7 bulan.

Nampaknya Mawar memang dah tiada pilihan bila Aireena laju je menarik lengannya menuju ke kereta. Haih nasiblah dapat kawan yang kaki jalan ni. Dengan segera Aireena memandu kereta Mawar menuju ke mall berdekatan. Yelah dia kan sayang dan caring pasal Mawar, satu-satunya bestfriend dunia akhirat yang dia ada.

Sampai sahaja ke kedai Anakku, wah wah wah memang betul tekaan Mawar pada Aireena. Macam dia pula yang bakal menimang cahaya mata. Mawar bukannya tidak berminat untuk membeli keperluan bayi namun dia masih menunggu masa lapang Rykarl untuk pergi bersama-sama. Sayang suamilah katakan walaupun suami dia tak sayang sangat kat dia.

"Mawar yang ni comel! Sumpah tak tipu,"

"Mawar aku rasa macam nak beli satu kedai ni lah!"

"Mawar aku rasa tak sabar pulak nak pregnant macam kau, boleh beli barang-barang ni,"

"Mawar, aku rasa...,"

"Reen!" Terkedu Aireena mendengar panggilan Mawar tu. Gulp! Macam marah je bunyinya. Matanya diredupkan seketika dan berjalan mendekati Mawar.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang