Sehari sudah berlalu. Ini bermakna Mawar masih mempunyai dua hari lagi untuk memberikan jawapannya. Mawar juga sudah melakukan solat sunat istikharah untuk mendapatkan petunjuk bagi situasi yang melanda dirinya ini. Sungguh, Mawar berasa sedikit tenang selepas dia meluahkan segala perasaannya di dalam doanya semalam. Tidak sangka sambutan rayanya pada tahun ini akan diakhiri dengan perkara sebegini.
Pertemuan empat mata bersama dengan Rykarl semalam diimbas semula. Kenapa Rykarl tetap dengan keputusannya itu?
Flashback
Ketika Puan Azizah dan Puan Zainab ingin menyuarakan cadangan mereka, Mawar dan bapanya telah dipanggil untuk bersama-sama menyertai perbincangan tersebut. Setelah kedua-dua ibu bapa mereka bersetuju dengan cadangan itu, Rykarl dengan penuh sopan meminta ruang untuk berbicara bersama Mawar tentang cadangan ini. Mawar tanpa banyak kata, hanya turutkan permintaan lelaki itu dan mereka berdua bergerak ke pangkin atuk Mawar, sedikit jauh daripada keluarga mereka.
"Apa keputusan Bunga?" Rykarl memulakan bicara.
"Apa keputusan Mika?" Tu dia. Rykarl berikannya soalan dan dia pon membalas soalan yang sama. Ingin dilihat sejauh mana Rykarl mampu bertahan dengan perangainya hari ini.
"Mika sayangkan umi. Mika ikutkan saja keputusan babah dan umi. Kenapa Bunga tanya? Bunga tak setuju ke?"
"Bunga tahu Mika sudah ada pilihan hati sendiri. Tapi kenapa Mika tidak kenalkan dia pada keluarga? Mika belum bersedia? Atau umi tidak boleh menerima dia? Jawab Mika bila Bunga tanya," Mawar bersuara sedikit tegas di hujung ayatnya. Sikap sebenar Mawar adalah dia seorang yang sangat tegas tambah-tambah lagi kerjayanya juga memerlukan ciri-ciri seperti itu. Jadi perkataan tegas sudah sebati dengan dirinya. Dengan keluarganya sendiri juga kadang kala dia bersikap tegas. Inikan pula dengan Rykarl.
"Yang itu nanti-nanti Mika boleh fikirkan,"
"Nak fikirkan apa lagi Mika? Kalau Bunga setuju, lepas itu Mika kembali pada pilihan hati Mika, apa yang akan jadi pada Bunga? Perkara ini bukan main-main Mika. Hidup Mawar ibarat dipertaruhkan. Perasaan Mawar seperti dibuat main oleh Mika sedangkan Mika sangat mencintai perempuan lain," panjang lebar Mawar melepaskan sedikit perasaan marah.
"Macam mana Bunga tahu Mika sudah ada pilihan hati?" Soal Rykarl penuh tanda tanya. Seolah-olah daripada awal lagi Mawar sudah mengetahui segalanya. Setahu Rykarl, dia hanya berkongsi pada kawan-kawan rapatnya sahaja hal berkaitan dengan Aishah, pilihan hatinya. Tetapi bagaimana pula Mawar boleh mengetahui tentang Aishah? Ada seseorang daripada rakannya telah memecahkan rahsianya ke?
"Itu tak penting untuk Mika tahu. Apa yang Bunga nak tahu, kenapa Mika tidak bawa dia berjumpa dengan umi dan babah?" Soal Mawar lagi dengan soalannya yang sama. Membuatkan Rykarl terdiam seketika. Lama dia memikirkan jawapan untuk soalan Mawar. Melihatkan Rykarl yang hanya diam membisu, Mawar memulakan bicara.
"Okay takpe, biar Bunga tolong cakapkan pada umi dan babah Mika yang sebenarnya Mika sudah ada calon sendiri," selepas menuturkan kata-kata itu, lantas Mawar pergi meninggalkan Rykarl dan berhajat untuk menamatkan rancangan gila ini. Duduk berduaan dengan Rykarl di pangkin ini mungkin akan menimbulkan fitnah pada orang kampung. Lebih baik Mawar beredar terlebih dahulu.
"Ha Mawar, sudah ada keputusan?" Soalan yang diajukan oleh Puan Azizah diangguk laju oleh Mawar. Mawar sedikit tersenyum. Senyuman yang diberikan Mawar sesikit sebanyak menenangkan hati kedua-dua belah keluarga itu. Dengan penuh sopan, Mawar memulakan bicaranya.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...