Penjelasan Rykarl sebentar tadi masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Dia yang sedang memandu keretanya menuju ke pejabat berasa tidak senang apabila suaminya itu berlaku jujur padanya.
'Kenapa dia tak jujur je kat aku malam tadi? Dia tak nak aku sedih ke?'
'Ke dia tak ready nak share pasal relay dia dengan Aishah?'
'Agak-agak Zul tahu tak Rykarl jumpa Aishah malam tadi?'
'Aku rasa aku kena tanya Reen la nanti.'
Bermacam-macam persoalan yang timbul di benak fikirannya memikirkan suaminya dan Aishah. Disebabkan dia tidak fokus memandu, tanpa dia sedari, dia telah melanggar bahagian belakang kereta yang berada di hadapannya.
Mendengarkan bunyi dentuman itu, barulah Mawar kembali ke alam nyata. Serta-merta keretanya diberhentikan di tepi jalan dan diikuti oleh kereta yang telah dilanggarnya tadi.
Mawar yang masih berada dalam keadaan terkejut hanya mendiamkan diri dan berdoa semoga pemandu itu tidak terlalu emosional. Dia tahu kesalahan itu berpunca dari kecuaiannya sendiri. Menggigil-gigil Mawar di dalam kereta apabila melihat seorang lelaki keluar dari kereta mahal itu dan menghampiri ke arahnya.
'Ya Allah takutnya aku!!! Tengok muka dah bengis. Ya Allah kau bantulah aku Ya Allah!'
Sekejap sahaja lelaki tadi telah sampai di tingkap keretanya. Lelaki itu hanya menunjukkan tanda supaya keluar dari keretanya. Naik berpeluh Mawar dibuatnya apabila lelaki itu seolah-olah ingin menghamburkan kemarahannya.
"Encik, saya minta maaf. Sumpah saya tak sengaja encik. Saya tahu ini salah saya sebab saya lalai dan cuai ketika memandu. Ampunkanlah saya encik. Saya janji saya bayar ganti rugi berapa pun encik minta," panjang lebar kemaafan yang diberikan oleh Mawar kepada lelaki itu.
"Comel," pendek sahaja balasan yang diberikan oleh lelaki itu.
"Apa dia encik?"
"Saya cakap comel,"
Mawar termangu seketika. Lama kelamaan dia mula menguntumkan senyuman lebar.
"Eh terima kasih encik. Saya memang tahu saya..."
"Comel kereta awak ni. Kecik je,"
"Hah kereta?"
"Haahlah kereta awak ni comel. Awak ingat saya cakap apa tadi?"
"Eh mana ada. Tak pikir apa pon. Sumpah," Mawar yang sudah termalu sendiri sedaya upaya memback up semula dirinya. Bersungguh dia bersumpah sehingga tangan kanannya juga diangkat. 'Aduh Mawar perah santan betul la kau ni. Kau ingat kau tu sape orang nak cakap comel?'
"HaHa kelakar juga kan awak ni. Nasib baik awak tak langgar hati saya sekali," balas lelaki itu kali ini beserta sedikit usikan. Sebenarnya Mawarlah yang comel di pandangan matanya. Bukannya kereta Honda Jazz milik Mawar itu.
Melihat Mawar memberikan kemaafan sebentar tadi dengan mukanya yang seperti membuat lawak siap dengan tangan kiri kanannya turut beraksi telah membuatkan sudut hati lelaki itu terhibur.
"Ha tulah nasib baik kan saya tak langgar hati encik tadi. HaHa," setelah dia membalas, barulah dia tersedar. 'Eh ape benda aku cakap tadi? Sejak bila aku macam ni? Eeeeiiii Mawar memalukan betul la kau ni. Ya Allah aku nak sorok muka aku lahhhh!!!!'
"Apa awak cakap tadi?" Lelaki itu sengaja menyoal semula pada Mawar walhal dia dengar sahaja apa yang dikatakan Mawar tadi.
"Hah?" Sekali lagi Mawar terpinga-pinga.
"Tak, saya nak awak ulang semula apa yang awak cakap tadi. Saya tak berapa dengar la," sedikit senyuman menghiasi bibir lelaki itu. Sengaja ingin mengusik gadis comel di hadapannya kini.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...