Hairiz mengurut pelipisnya berkali-kali. Sepertinya dia sedikit pelik. Segera dia mendail nombor Zul untuk masuk ke pejabatnya.
"Yes boss?" Sapaan daripada Zul apabila Zul tiba di pintu biliknya. Zul memanggil Hairiz sebagai boss kerana Hairiz merupakan penyumbang terbesar untuk mereka berempat menubuhkan firma guaman ini.
"Come. Have a seat,"
"Kenapa ni? Asal muka kau nampak letih?" Zul mula bertanya kerana Hairiz melepaskan keluhan yang sangat panjang.
"Bukan letih. Ni muka pelik bin ajaib," Hairiz mula memberikan petunjuk kepada Zul dengan memusingkan monitor menghadap ke arah Zul.
"Baca ni Zul," arah Hairiz.
Zul tanpa membuang masa mula membaca satu persatu ayat yang tertera di skrin monitor itu. Baru sahaja separuh daripada pembacaannya, dia mengangkat kepalanya menghadap Hairiz. Mukanya seolah-olah meminta penjelasan.
"Apa ni weh?" Zul bertanya kepada Hairiz dengan sedikit terkejut.
"Kau dah baca kan? Takkan tak paham?" Hairiz bertindak sarkastik.
"Takk, maksud aku macam mana dia bole teragak nak minta kerja dekat firma kita? Mak bapak dia pon ada firma jugak kan?"
"Itulah aku pon taktahu. Apa selama ni dia tak kerja ke?" Hairiz sudah pening dengan semua ini. Ingatkan setelah setahun tidak berjumpa, dia tidak perlu bersemuka lagi dengan wanita ini, namun sebaliknya yang berlaku.
"Rykarl dah tahu belom?" Zul menyoal kepada Hairiz.
"Aku tak cakap lagi dekat Rykarl. Dia kan baru je kahwin. Faris pulak ada perbicaraan hari ni,"
"Ok aku faham. Jadi, kita nak buat apa sekarang?"
"Kita tak boleh buat keputusan berdua je weh. Ni kan firma kita bersama. Kita kena bincang. Lagi-lagi perkara ni melibatkan Rykarl," cadang Hairiz.
"Tapi aku rasa aku tahu apa muslihat dia," Zul hanya meneka kerana itu sahaja yang bermain di fikirannya saat ini. Perempuan yang mereka maksudkan ialah Aishah Elmiera. Dia menghantar permohonan untuk bekerja sebagai peguam di firma mereka.
Perkara itu sangat memeranjatkan mereka kerana sudah diketahui latar belakang keluarganya yang aktif berkecimpung dalam bidang undang-undang. Jadi mengapa harus dia mencari kerja di sini? Lebih baik jika dia meneruskan legasi firma keluarganya lebih-lebih lagi Aishah merupakan anak pertama dalam keluarganya.
Perkara itu yang merunsingkan Zul dan Hairiz ketika ini. Mereka telah bercadang untuk membuat keputusan pada waktu lain untuk menjaga hati Rykarl dan Faris.
****************************
"Chak! Hai pengantin baru," tegur Aireena apabila dia masuk ke dalam pejabat Mawar. Rindunya dia pada Mawar. Seminggu tidak berjumpa membuatkan dia terlalu rindu akan sahabatnya itu.
Namun teguran Aireena tidak diendahkan oleh Mawar. Mawar sedang merenung ke mejanya seperti fokus dalam membaca kes. Tapi, mejanya kosong. Jadi dia hanya merenung meja kacanya tanpa berbuat apa-apa.
"Ya Allah Mawar? Suka betol kan kau berangan?" Aireena mengambil botol air Mawar dan menghentakkan ke atas meja Mawar. Kalut Mawar mencapai kertas-kertas kerja yang disusun di tepi mejanya untuk berpura-pura sedang sibuk.
"Kau cakap apa tadi Reen? Sori, banyak kerja ah," Mawar masih berpura-pura menyelak helaian demi helaian kertas yang berada di tangannya.
"Kau ni Mawar, dengan aku takpayah la kau nak tipu. Apa kau pikir tadi?"
"Takdelah cuma pikir orang yang langgar aku haritu je. Habis pisang goreng aku," Mawar masih cuba untuk berselindung daripada Aireena.
"Aku tahu kau tipu. Kes tu dah selesai kan. Dia hanyalah pengedar dadah yang tengah lari daripada dikejar polis dan sekarang ni dia da kena tangkap dah pun. Semuanya atas kerja keras suami kau dengan pakwe aku. Tayah nak berdalih dengan aku lah Mawar. Buang masa kau je,"
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...