Bab 9

985 31 0
                                    

Sudah dua hari berlalu selepas mereka berempat makan bersama. Dan sejak itulah Mawar dan Rykarl juga tiada berbalas mesej ataupun menelefon. Kejadian tempoh hari telah mengejutkan Rykarl bahawa kes yang akan diuruskan oleh Zul pada minggu hadapan ialah kes yang sama Mawar ditugaskan. Jadinya, Zul dan Mawar akan berjumpa di mahkamah untuk perbicaraan ini. Mawar akan mendakwa anak guam Zul. Zul pula akan berusaha untuk menangkis segala dakwaan yang bakal dijatuhkan oleh Mawar.

Jika Rykarl berharap agar Mawar menang dalam perbicaraan itu, maka Zul dan syarikatnya akan mengalami kerugian. Jika dia berharap Zul menang perbicaraan kali ini, sudah pasti Mawar akan berasa lebih stres kerana tidak dapat menyiasat kes ini dengan lebih terperinci. Jika benar anak guam Zul tidak bersalah dan Mawar juga mengetahuinya, bolehlah Mawar tutup kes ini tanpa sebarang kesulitan.

Antara Mawar dan Zul. Yang mana akan menjadi keutamaan bagi Rykarl. Dua-dua orang yang dia sangat kenal dan rapat. Rykarl cuma mampu berharap agar perbicaraan mereka berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang ketidakfahaman antara dua pihak. Keselamatan Mawar dan Zul adalah lebih utama.

Dalam pada Rykarl memikirkan tentang Mawar dan Zul, pintu biliknya diketuk. Segera dia memberi keizinan untuk masuk ke dalam.

"Oh kau Zul. Kenapa? Dah takde kerja nak buat ke?" Entah kenapa tiba-tiba Zul datang ke biliknya tengah-tengah waktu bekerja ni. Jaranglah mereka menganggu antara satu sama lain. Ni mesti ada benda ni.

"Amboi Karl. Perli ke?"

"Takdelah tapi sumpah curious gila ni kau datang bilik aku. Apehal?"

"Haritu masa kita tumpangkan wanita-wanita kesayangan kita tu, ada brooch tertinggal kat seat belakang. Aku rasa Mawar punya ni. Sebab huruf M. Makwe aku mana ada M," Zul menjelaskan keadaan sebenar.

"And.. kau nak aku buat apa?" Dengan blurnya Rykarl bertanya kepada Zul.

"Allahu Rykarl. Jangan nampak sangat kau ni slow. Aduh. Member da bukak jalan pon still tak boleh catch up susah ah," Zul menepuk dahinya dan meninggalkan brooch berhuruf M itu di atas mejanya sebelum dia keluar dari bilik Rykarl dan menyambung kerjanya.

"Dia nak suro aku pulangkan pada Mawar ke?" Rykarl menyoal sendiri. Ditilik brooch itu seketika. Cantik. Sesuai dengan Mawar. Jadinya, Zul sudah memberi Rykarl peluang yang amat besar untuk berjumpa dengan Mawar? Wah, hebat sungguh permainan Zul. Sayang kawan punya pasallah ni. Hahaha.

"Baiklah Zul. Aku takkan sia-siakan peluang ni. Thanks bro!" Rykarl tersenyum sendirian. Dalam fikirannya sudah dirangka masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Mawar.

Rykarl berlari ke arah bilik Zul dan terus diterjah ke dalam tanpa beri salam ataupun ketuk. Terkejut habis Zul yang berada di dalam. Sudahlah kerjanya masih banyak, lepastu entah siapa-siapa pula main terjah biliknya. Menyirap dibuatnya.

"Zul, aku dah faham," Rykarl berkata dengan tercungap-cungap. Berlari punya pasal memang penatlah jadinya.

"Ok jom," Zul juga laju memberikan persetujuannya.

"Hah? Jom apa pulak ni?" Rykarl makin pelik. Dia ni nak hantar aku pergi jumpa Mawar ke?

"Lah kata dah faham. Jomlah. Kita double date. Bila-bila pun okey," Zul menerangkan dalam keadaan tersengih-sengih.

"Ah takde ah. Aku nak berdua je dengan Mawar," Rykarl membantah perancangan Zul. Memandai je nak ikut orang lain date. Siap dijelirkan lagi lidahnya ke arah Zul. Zul hanya tenang melihat perangai budak-budak Rykarl.

"Kau lupa yang Mawar takkan keluar berdua dengan kau. Ha kalau nak sangat berdua ha pergilah. Roger aku eh kalau Mawar setuju keluar berdua dengan kau," Zul tersenyum kemenangan. Dia kembali menyiapkan tugasannya. Hendak diuji sejauh mana Rykarl mampu bertahan. Tak lama tu tengoklah eheheh.

"Er..ehh.. Zul aku main-main je tadi. Ala orang kata apa gurau manja dengan kawan-kawan ha," Rykarl yang baru sedar kesilapannya itu pantas membetulkannya semula. Dia berharap Zul masih ingin melaksanakan double date ini.

"Tahu kau takut,"

"So, bila weh?" Rykarl meminta pendapat Zul.

Rykarl dan Zul berpandangan. Tiba-tiba Zul tersenyum. Rykarl yang melihat senyuman itu turut tersenyum. Bagus ada member macam ni. Otak geliga. Mesti banyak rancangan di kepala Zul. Tak sia-sia jadi peguam.

****************************

"Cik Mawar, tunang Cik Mawar ada di lobi," Daniel memaklumkan kepada Mawar setelah dia dan Sara selesai makan tengah hari di cafe dan pulang semula ke ofis mereka. Mereka terserempak dengan Rykarl apabila dia melihat Rykarl mundar-mandir di lobi.

"Dia ada cakap apa-apa lagi?" Mawar bertanya untuk kepastian. Tiba-tiba sahaja datang. Nak buat kejutan ke? Apabila dia melihat Daniel hanya menggeleng dia terus meminta diri untuk keluar. Keluar untuk berjumpa dengan Aireena.

"Reen, jom teman jap," Mawar terus meluru masuk ke bilik Aireena. Ketika itu Aireena juga sedang menyiapkan kerja. Hari ini mereka berdua berpuasa sebab itulah mereka tidak makan tengah hari bersama-sama.

"Nak pergi mana?"

"Rykarl tunggu dekat lobi,"

"Aik? Tiba-tiba je datang. Agak-agak Zul ada sekali tak?" Halah si Aireena ni sibuk sahaja dengan pakwe dia tu.

"Ala dahla jom. Kejap je,"

"Ha okey-okey," Aireena melihat dirinya di cermin seketika takut-takut Zul ada sekali bersama mereka.

"Aku rasa dia rindu..."

"Ahh tayah merepek," pantas Mawar memotong kata-kata Aireena semasa mereka menunggu lif. Tidak mahu perkataan rindu itu menjadi pengganggu untuk Mawar bekerja.

Keluar sahaja dari lif, kelibat Rykarl ada dihadapan mata mereka. Aireena sedikit kecewa kerana Rykarl hanya datang seorang.

"Tunang saya apa khabar? Sihat?" Rykarl memulakan bicara. Nak harapkan Mawar memang jauh panggang dari api.

"Why?" Singkat sahaja soalan yang ditujukan oleh Mawar.

"Jom kita makan sekali," pelawa Rykarl dengan harapan Mawar akan bersetuju.

Mawar dapat melihat mata Rykarl yang seolah-olah mengharapkan persetujuaanya. Tapi malang kerana Mawar berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

"Sorry I can't. Gotta go. I got lots of work to do," Mawar menamatkan perbualan mereka. Lagipun waktu rehat dah nak habis.

"Tapi kenapa?" Rykarl bertanya kerana tidak berpuas hati Mawar menolak ajakannya.

"Bye," Mawar melambaikan tangannya dan terus berlalu ke arah lif.

"Kitorang puasa la harini Karl. Lepasni bagitahu dulu kalau nak datang. Aku gerak dulu eh," Aireena juga pergi ke arah Mawar selepas memberi penjelasan kepada Rykarl. Ditinggalkan Rykarl keseorangan di situ.

Rykarl sudah ada Plan B. Didail nombor Zul.

Tutt..tutt..

Zul: So how?

Rykarl: Plan B ah apalagi. Dia reject tadi.

Zul: Ok cun. Dah agak da kena reject. Hahahaha

Rykarl: Kau tayah nak gelak sangat eh. Mawar dengan Reen puasa do hari ni. Kita yang lelaki ni pun tak macam tu.

Zul: Bertuahnya kita weh dapat bakal isteri yang macam tu.

Rykarl: Tiberr

Zul: Ha dahla balik cepat. Plan B kita buat nanti. Aku minta tolong princess Aireena aku tu dulu. Chaw!

Apa punya kawan terus hang up macam ni. Nasib baik otak geliga. Lantas Rykarl kembali ke keretanya untuk pulang ke pejabatnya semula. Dipakai kaca mata hitam kerana cuaca terlalu panas dan dibelek mukanya seketika di cermin.

"Fuhh kalau Bunga nampak Mika hensem macam ni, confirm Bunga takkan lepaskan Mika ni," Rykarl memuji-muji kekacakan yang dimilikinya. Perasan saja lebih. Dengan Aishah kena reject jugak! Mengingatkan hal itu, Rykarl sedikit murung. Dipandu keretanya dengan perasaan sedih. Sedih dirasakan apabila cintanya tidak dibalas.

Argh!


ONLY YOU!Where stories live. Discover now