Setelah selesai makan tengah hari, Mawar dan Aireena naik semula ke pejabat mereka. Keluar sahaja dari lif, telefon Mawar berdering. Terus dicapai telefon yang berada dalam poketnya.
"Kau tengok Reen kan betul aku cakap mamat tu akan call," ujar Mawar dengan nada sedikit bangga dan dia terus menjawab panggilan itu.
"Hello," sapa Mawar dengan riak biasa. Disembunyikan perasaan teruja agar tidak keterlaluan.
"Ha hello awak ni lupa ke saya minta kitar haid awak tu. Cepatlah bagi. Senang saya nak kira nanti," suara si pemanggil kelihatan seperti tidak sabar dan mendesak.
"Ha? Kitar haid? Sape ni?" Terkejut Mawar apabila lelaki yang dijumpanya sebentar tadi meminta kitar haidnya. Melampau mamat ni!
"Amboiiii dia boleh tanya pulak ni sape? Tak save number phone suami ke?" Rykarl tidak berpuas hati dengan balasan daripada Mawar. Apa selama ni dia memang tak save nombor aku ke?
"Aik? Suami saya?" Mawar masih buntu. Aireena di sebelahnya sudah menepuk dahi. Minah ni memang suka buat hal betul la.
"Mawar. Saya malas nak layan perangai pelik awak tu. Saya tahu awak bagi saya ASAP ye," setelah itu Rykarl terus mematikan panggilan. Apa punya pelikla perangai si Mawar ni harini. Boleh dia terkejut aku ni suami dia.
Rykarl baru sahaja pulang dari hospital melawat Aishah. Waktu rehatnya tengah hari tadi dihabiskan bersama Aishah. Aishah keseorangan di sini. Keluarganya semua berada di Perak. Takkanlah hal demam ni pun satu keluarga perlu datang untuk melawatnya. Membazir minyak sahaja.
Rykarl bersyukur apabila doktor mengesahkan pada hari esok Aishah sudah boleh discaj. Badannya memberi kerjasama positif setelah seharian mendapat rawatan. Tadi juga mereka berdua bersama-sama menikmati makan tengah hari. Satu kelegaan buat Rykarl. Risau dia memikirkan kesihatan Aishah.
Manakala Aireena sudah tergelak-gelak melihat muka cemberut Mawar apabila Rykarl mematikan panggilan begitu sahaja.
"Dia memang meminta tau dengan aku," Mawar menyatakan ketidakpuasan hatinya.
"Meminta apa hah? Meminta apa?" Aireena membalasnya dengan nada ketawa masih berbaki.
"Eeeiii kalau kuasa isteri lagi besar dari suami dah lama dia makan penampar aku," kembang kuncup hidungnya menahan marah terhadap Rykarl.
"Dah la kau aku balik bilik dulu ah. Rilek2. Jangan marah lama-lama. Kau pandang tepi meja kau ni, bertimbun tau kerja-kerja kau. Baik siapkan kerja daripada pikir pasal dia. Ok?" Pesan Aireena lantas dia mengangkat punggung untuk beredar dari bilik itu. Dia pun banyak kerja juga yang perlu disiapkan. Takkan 24 jam mahu menghadap Mawar sahaja.
Selepas Aireena menutup pintu biliknya, Mawar cuba menenangkan dirinya dan mengambil case yang tergendala tadi. Kedengaran telefonnya berdering lagi. Dengusan geram dilepaskan.
"Eh awak ni boleh sabar tak nanti saya send la kitar..."
"Wowowowow relax beauty. What's wrong huh? This is me, Zainazrol. Your car crashed into mine pagi tadi. Ingat tak?" Zainazrol memotong ayat Mawar. Mahu tergelak dibuatnya mendengar Mawar marah-marah sebegitu. Kalau dapat tengok depan-depan, mesti muka dia merah-merah. Comel!
Manakala di pihak Mawar, dia sudah menahan malu. Nasib baik tak terlepas cakap kitar haid tadi. Kalau tak mesti teruk dia akan dibahan lelaki itu. Mawar menarik nafas dalam. Ditenangkan dirinya dahulu.
"Ohh. Encik apa tadi? Zuraizam? Maaf ye encik, saya tengah busy tadi heheheh," Mawar meggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Banyak cantik muka awak nama saya Zuraizam. Tu nama perempuan lah. Saya ulang balik nama saya Z.A.I.N.A.Z.R.O.L. Nama saya punya sedap awak jangan main-main eh,"

ANDA SEDANG MEMBACA
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...