Bab 10

1.1K 36 0
                                    

"Sayang, bila korang dua free?" Soal Zul apabila dia berjumpa dengan Aireena di tempat Aireena bekerja. Pantang ada kerja di kawasan itu, pasti mereka akan berjumpa.

"Tak sure lagilah Bie. Mawar kan jenis komited dengan kerja dia. Hujung minggu pun kadang-kadang kerja," Aireena menerangkan kesibukan Mawar.

"Kalau macam tu, Bie nak minta tolong kali ni jee. Tolong pujuk Mawar weekend ni kita keluar. Boleh eh sayang? Kesian dekat Rykarl tu," Zul dan Rykarl sebenarnya sudah memilih tarikh pada minggu ini. Mereka tidak mahu menangguhkan double date ini.

"Sayang okay je kalau weekend ni. Nanti sayang try pujuk Mawar eh? Bie jangan risau tau," Aireena pula cuba meyakinkan Zul. Aireena tahu pasti sukar untuk Mawar menolak ajakan daripadanya. Dia akan usaha sehabis baik.

"By the way Bie, Rykarl tu ada perasaan pada Mawar ke? Habistu, dia dah boleh lupakan Aishah?" Aireena menanyakan soalan kepada Zul. Soal rakan baiknya haruslah dia tahu hujung pangkalnya kerana tidak mahu melihat Mawar menderita lagi.

Zul yang mendengarkan soalan itu terbungkam. Tidak tahu hendak jawab apa. Tapi Zul berfikir lebih baik dia memberikan pandangannya serba sedikit terhadap hubungan Rykarl dan Mawar.

"Bie rasa Rykarl dah mula sayang dan cinta pada Mawar. Tapi, dia belum sedar. Dia masih nafikan perasaan tu and keep saying that he will always love Aishah," Jelas Zul kepada Aireena.

"Sayang pun rasa macam tu. Maksud sayang macam.. apa yang Rykarl buat pada Mawar ni adalah sebahagian daripada usaha dia nak pikat Mawar,"

"Yupp. We're in the same boat," Zul bersetuju dengan kata-kata Aireena. Apa yang boleh mereka berdua simpulkan ialah lihat sejauh mana perhubungan cinta Mawar dan Rykarl dalam keadaan sebegini. Apapun, mereka sebagai kawan tidak akan lupa untuk sentiasa membantu antara satu sama lain.

**************************

"Mawar, weekend ni jom lepak-lepak nak?" Aireena menyoal kepada Mawar yang sedang memandu kereta pulang setelah seharian bekerja. Hari ini Mawar banyak kerja sikit jadi mereka pulang dalam jam 8 selepas solat di surau dan terus ke pusat beli-belah untuk makan di luar. Mereka berdua tidak larat untuk masak pada malam ini.

"Banyak kerj..."

"No, no, no. A big no Mawar! Aku nak kau rehat weekend ni. Rehatkan fikiran tu sikit daripada kerja," Aireena buat alasan terbaik supaya Mawar akan makan pujukannya.

Apa yang dikatakan Aireena ada betulnya juga. Tanpa banyak bantahan, Mawar perlahan-lahan mengangguk untuk menyetujui cadangan Aireena.

"Good. That's my girl,"

Mawar hanya senyum mendengar kata-kata Aireena. Hidup Aireena sentiasa gembira kerana boleh dikatakan Aireena seorang yang mudah terhibur.

**************************

Hari double date sudah tiba! Rykarl bangun awal seperti selalu dan menyiapkan dirinya. Dia melihat seketika jam di telefonnya. 10.01am. Dia akan bergerak ke rumah Zul terlebih dahulu sebelum mereka pergi ke pusat beli-belah.

Zul yang berada di rumah turut berasa gembira pada pagi itu kerana dapat meluangkan masa yang lama dengan Aireena pada hari ini. Dia menerima mesej daripada Aireena malam tadi yang mengharapkan semoga pertemuan mereka pada hari ini berjalan dengan lancar.

Manakala di rumah Mawar dan Aireena pula, Mawar telah menyediakan sedikit sarapan sebagai alas perut sementara menunggu makan tengah hari di pusat beli-belah. Walaupun dia hanya menyediakan roti dan Nutella bersama air koko, itu sudah cukup mengenyangkan mereka berdua.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now