Bab 38

820 50 6
                                    

"Lama kita tak keluar makan macam ni kan," Rykarl berkata setelah dia menyudahkan suapan terakhir.

Mawar hanya mengangguk. Awkward. Dan dalam masa yang sama masih terfikir-fikir ayat yang sesuai untuk menjelaskan situasi ini.

"Tu anak siapa? Comel saya tengok," Rykarl menyoal lagi. Ingin menghidupkan sedikit suasana. Takkanlah sepanjang makan nak senyap kan. Baik tak payah jumpa.

Mawar terkedu. Dia menunduk lagi. Menguis-nguis baki nasi yang belum dijamah lagi.

"Nama dia Nurin Melynna," tenang Mawar berkata. Namun hakikatnya dia masih menunduk. Tidak mahu melihat reaksi Rykarl.

"What a nice name," tersenyum lebar Rykarl berkata. Dia memandang Melynna di dalam stroller yang ligat bermain dengan permainannya.

"Oh ya. Ada hal apa-apa ke awak nak jumpa saya ni? Nak bayar duit sewa?" Rykarl berbalik kepada tujuan asal mereka berjumpa. Dalam telefon pun Mawar tiada memberitahu tujuan mereka untuk berjumpa. Mawar cuma kata ada perkara yang hendak dikhabarkan.

"Eh tak bukan sewa rumah. Pasal baby Melynna ni," Mawar mula bertentangan mata dengan Rykarl.

"Okay. Kenapa dengan baby ni?"

"Melynna duduk dengan saya," itu sahaja jawapan Mawar.

"Awak babysit baby ni ke? Income awak as a prosecutor tak cukup?" Rykarl pelik. Banyak pula masa Mawar untuk mengasuh anak orang.

"Bukan macam tu. Melynna ni.. sebenarnya.. anak..,"

"Awak amik anak angkat ke Mawar?" Rykarl menyoal lagi. Risau dia tiba-tiba sahaja Mawar menjadi gagap dan percakapannya juga terhenti.

Rykarl melihat Mawar hanya menunduk ke bawah. Terus Rykarl dihurung rasa bersalah. 'Aku salah cakap ke tadi?' Perlahan Rykarl menyusun kata-katanya semula.

"Mawar. Kenapa ni? Are you okay?" Lembut sahaja kata-katanya. Membuatkan jantung Mawar berdebar-debar. 'Masa kahwin dulu takde pulak lembut macam ni suara dia!' Mawar menggigit bibir.

"Rykarl," Mawar memandangnya semula.

"Iya. Kenapa Mawar?"

"Melynna ni anak awak. Anak kita Rykarl," laju sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya. Membuatkan Rykarl terpana. Mawar lihat Rykarl hanya diam. Mungkin mencerna kata-kata Mawar sebelum satu ledakan ketawa yang dibalas Rykarl.

"Awak tengah melawak dengan saya ke ni Mawar? Kelakar la awak ni," tawa Rykarl masih bersisa. Terhibur dia dengan sikap Mawar malam ini. Boleh kurangkan stres dia ketika bekerja.

"Mana ada saya main-main. Saya cakap benda betul la," Mawar rasa macam nak merajuk. Penat dia kumpul kekuatan macam ni, tiba-tiba Rykarl kata dia melawak.

"Mana buktinya Melynna ni anak saya? Setahu saya anak saya sorang je nama dia Meryssa," Rykarl masih dalam mode riangnya. Langsung tak percaya dengan kata-kata Mawar.

Mawar menggigit bibir. 'Nak bukti pulak! Aku mana bawak surat beranak Mel sekarang ni.' Keluh hati Mawar.

"Betul Meryssa tu anak awak. Tapi itu anak kedua. Anak pertama awak yang ni Rykarl, Nurin Melynna," Mawar berusaha lagi menerangkan situasi sebenar. Payah juga rupanya nak berterus terang ya.

Mendengar penjelasan itu. Sekali lagi Rykarl terdiam. Dia merenung ke dalam anak mata Mawar. Mencari kejujuran dan keabsahan kata-kata Mawar. Sampailah satu perkara terlintas di fikirannya.

"Awak mengandung anak kembar ke Mawar?" Suara Rykarl sedikit serius. Tajam pandangan matanya melihat pergerakan Mawar. Terlepas keluhan yang sangat besar daripada Rykarl setelah melihat anggukan kecil daripada Mawar.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now