"Tak sabarnya nak tengok kau kahwin!" Mawar berkata dengan nada yang sangat teruja. Hari ini merupakan hari pernikahan Zul dan Aireena. Sebulan telah berlalu daripada kejadian itu. Mawar dan Zainazrol pula masih belum menyelesaikan hal ganti rugi itu kerana Zainazrol telah kembali bertugas dan amat susah untuk dia mendapatkan cuti.
"Aku pun tak sangka weh Zul buat keputusan macam ni. Apapun, aku suka je heheheh," Aireena yang sedang didandan oleh mak andam itu ketawa dengan riang sehingga menyukarkan mak andam itu untuk menyoleknya.
"Sedapnya aku tengok lauk untuk meja pengantin tu. Nanti nak duduk ngan kau boleh tak?" Mawar tertinjau-tinjau dari tingkap bilik pengantin ke arah orang merewang yang sedang menghias meja pengantin.
"Mestilah boleh. Kau kan pengapit aku. Rykarl pulak pengapit Zul," Aireena berkata dengan nada yang sangat gembira. Tak sabar nak kahwin! Tak perlu lagi dia tinggal berseorangan di rumah sewa itu setelah mereka berkahwin kerana Zul akan pindah masuk ke rumah itu.
Melihatkan Mawar yang tiba-tiba berubah air mukanya itu membuatkan Aireena gusar. Dia ada tersalah cakap ke?
"Mawar. Kenapa ni? Janganla sedih-sedih. Kan aku nak nikah harini," Aireena menggamit Mawar supaya duduk bersebelahan dengannya. Senang untuk dia memberikan semangat.
"Aku tak cakap kat kau lagikan," Mawar mengambil nafas seketika.
"Pasal apa ni?"
"Aku datang Kluang sorang je Reen. Rykarl gerak sendiri. Kitorang asing-asing," Mawar berhenti seketika. Cuba untuk tidak terlalu lemah.
"Lah memang la kan sebab Rykarl nak gerak sama dengan Zul, Hairiz dengan Faris sekali kan," Aireena semakin pelik dengan sikap Mawar. Dia hanya cakap apa yang Zul beritahunya sahaja. Itu yang benar.
"Tak. Bukan," Mawar menidakkan.
"Habistu?"
"Rykarl datang sini dengan Aishah. Aku tak tahula apa tujuan dia bawak Aishah padahal Aishah bukan kenal kau pun. Kau je kenal dia,"
"Yeke Mawar? Asal Zul tak cakap dekat aku ek?" Aireena terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Mawar. Ada perkara yang Zul sorokkan daripada dia ke? Setahu Aireena, semua perkara Zul akan maklumkan padanya. Tiada rahsia antara mereka.
"Aku rasa Zul tak tahu tu. Haihh. Diorang sewa hotel yang sama family Zul duduk," mengingatkan akan hal itu, dia berasa sedih. Katanya nak bawak Aishah berjalan-jalan sekali, tanak terperap je dekat Putrajaya tu. Nasib baik kedua ibu bapa Mawar tidak dapat menghadiri majlis kahwin Aireena kerana ada urusan kerja. Kalau tak, mesti mak dan abah terkejut menantu lelaki dia ada perempuan lain!
"Sabar eh Mawar. Tak tahu pulak aku pasal ni. Takpelah aku kan ada untuk kau. Ni aku tengok kau ni makin tembam la. Banyak makan eh sekarang," Aireena cuba menukar topik perbualan mereka dan mengusik Mawar. Ternyata perkara itu amat melucukan buat mereka berdua. Merah pipi Mawar dibuatnya.
"Ala Reen. Janganlah tegur. Malu aku. Kat ofis pun ramai cakap camtu weh," Mawar menampar lembut lengan rakan baiknya itu. Dia perasan akan perubahan dirinya yang tiba-tiba kuat makan itu. Tengok makanan pun mudah terliur. Haih Mawar bakal jadi gemuklah jawabnya.
"Entah-entah kan, kau dah berisi Mawar. Badan kau naik mendadak ni. Kau da check belum?" Aireena memikirkan kemungkinan yang logik. Dia memandang Mawar untuk mendapatkan kepastian. Lagipun, perkahwinan Mawar dan Rykarl hampir mencecah tiga bulan jadi tidak mustahil jika Mawar sudah mengandung.
"Aku pun ada terfikir macam tu tapi selalu terlupa nak singgah farmasi beli pregnancy test," Mawar tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Setiap hari pulang dari pejabat mesti dia akan terlupa untuk berhenti di farmasi tepi jalan. Terlalu penat agaknya hingga dia sering terlupa.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...