Uwargh!
Sudah kali ke berapa Rykarl menutup mulutnya kerana rasa mengantuk. Dah tengah hari pun rasa kantuk itu masih menguasai.
"Kau ni kemain eh Karl dah tengah hari pun bantai je manguap. Aku tahulah kau monday blues hahaha," Faris mengusik Rykarl dengan suka. Tawanya juga disertakan. Mereka berempat sedang menikmati lunch time bersama di restoran berdekatan.
"Dia tak tidur malam tadi!" Hairiz menjawab bagi pihak Rykarl. Rykarl masih diam sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya.
"Kau asal tak tidur? Banyak sangat kerja ke?" Zul menyoal. Risau juga dia rasakan kerana Rykarl jarang begitu. Lagi bertambah bahaya bila Rykarl tidak cukup tidur dekat-dekat dengan tarikh trialnya.
"Hmm. Rykarl baru tahu. Dia ada anak rupanya dengan Mawar," Hairiz memulakan cerita. Tolong cover untuk Rykarl. Hairiz merupakan tempat Rykarl meluah pada hari semalam selepas dia pulang berjumpa dengan Mawar dan Melynna.
"Kau biar betul?" Terkejut Faris menyoal.
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Zul mula tersedak dengan nasi putih berlauk asam pedas ikan itu. Gelabah mereka bertiga melihatkan Zul sebegitu. Dicapai segelas jus tembikai untuk Zul.
"Rupanya selama ni Mawar sorokkan anak diorang sebab terlalu kecewa dengan Rykarl. Kan Rykarl buat hal dulu sibuk nak kahwin dengan si bedebah tu!" Hairiz menerangkan lagi. Faris di situ mula mencebik bila dia mula faham siapa bedebah yang Hairiz maksudkan. Zul masih menelan liur. Takut untuk bersuara.
"Aduh! Besar sangat ke silap aku pada dia sampai sanggup sorokkan anak aku? Huhuhu," Rykarl mula meroyan. Kepalanya dihantukkan berkali-kali pada meja makan itu. Nasib baik meja plastik, kalau meja kaca bersepailah kepala Rykarl.
"Amboi kau! Dah buat hal kenalah tanggung. Tu nasib baik Mawar masih berhati perut nak jujur pasal anak kau tu. Kalau tak, agaknya sampai anak kau dah besar pun dia tak dapat kenal siapa ayah dia," Hairiz membebel lagi.
"Daddy la. Bukan ayah," Rykarl membetulkannya.
"Kisah pulak aku!" Rykarl terus muncung mendengar balasan Hairiz. Murung dia macam ni. Seharian ini dia rasakan dia murung sahaja.
"Sebenarnya, aku tahu pasal anak tu," Zul mula mencelah.
"Hah?"
"Serius ar?"
"What?" Rykarl blur.
Zul mengangguk perlahan.
"Kau tahukan, wife aku bestfriend Mawar," Zul mula bercerita. Ketiga-tiga mereka mengangguk kepala mendengar intro Zul.
"Waktu Rykarl keluar daripada rumah tu, dia ada minta tolong pada aku dengan Reen suruh sorokkan hal ni daripada semua orang. Dia pergi scan baby pun dengan Reen and dari situlah Mawar tahu dia pregnant twins. And yes, dari mula sampai sekarang, aku dengan Reen banyak bantu Mawar untuk sorokkan hal ni termasuklah kitorang carikan penjaga untuk jaga Mel,"
"Penjaga tu yang Tengku ape Zai tu eh yang jaga?" Rykarl bertanya. Semalam pun Mawar ada menyebut nama pelik dengan dia. Berbelit dia nak menyebutnya.
"Haah Tengku Zainazrol dengan wife dia, Ainuriza tolong jagakan Mel for 4 months," ketiga-ketiga rakannya itu masih setia mengangguk daripada tadi.
"Lama jugak Tengku tu tolong jagakan. Asal tiba-tiba Mawar amik balik?" Faris menyoal. Dia dapat rasakan mesti sukar buat isteri Tengku tersebut untuk melepaskan Melynna.
"Sebab Tengku tu askar. Berpindah-randah kan base dia. Dia kena transfer kat Penang baru-baru ni," Rykarl yang menjawab. Sebab Mawar ada menceritakannya semalam.
![](https://img.wattpad.com/cover/226665834-288-k54812.jpg)
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...