Bab 17

949 26 1
                                    

Mawar hanya merenung ke luar tingkap. Jauh dia mengelamun sehingga tidak sedar mereka berdua telah sampai ke pejabat semula. Selepas Aireena mengajaknya untuk makan di tempat lain, dia jadi bingung.

Namun Aireena bertindak dengan pantas menarik lengan Mawar dan mereka berjalan keluar dari restoran itu. Terpaksalah mereka makan di restoran nasi arab yang jauh sedikit.

Aireena di sebelah Mawar hanya mengeluh. Dia faham perasaan Mawar. Kalau dia juga berada di tempat Mawar, dia akan merasainya juga. Melihat suami tercinta makan dengan seorang perempuan yang pernah mendiami hati suami kita. Malahan Mawar juga masih tidak tahu adakah Rykarl masih sayang Aishah?

"Mawar. Kita dah sampai ni. Jom turun," Aireena memegang lengan Mawar untuk menyedarkannya. Mawar yang sedikit terkejut hanya mengangguk.

Keluar sahaja daripada kereta, Mawar berjalan laju meninggalkan Aireena di parking kereta dan terus naik ke pejabat sendirian. Dia ingin bersendirian. Pasti Aireena faham akan keadaannya.

*****************************

Pada malam itu, Mawar sudah siap menghidangkan makan malam untuk mereka berdua. Lantas dipanggil Rykarl yang sedang membaca Al-Quran di bilik solat mereka. Rupanya, Rykarl tertidur selepas dia membaca Al-Quran. Dia terlalu letih hari ini.

"Abang, jom makan. Saya dah siapkan makanan. Ke abang nak makan nanti?" Perlahan sahaja suara Mawar mengejutkan sang suami. Ditepuk-tepuk lembut lengan suaminya. Mujurlah Rykarl jenis yang senang bangun.

"Eh sayang. Sori abang tertido. Abang penat,"

"Habistu abang nak makan tak ni?"

Mawar mendengar Rykarl melepaskan keluhan yang berat. Dia mengambil tangan kanan Mawar dan mengucup-ngucup keseluruhan tangan itu. Mawar hanya diam merelakan perbuatan Rykarl terhadapnya.

"Baring dengan abang kejap. Abang nak sayang teman abang lelap mata kejap. 10 minit je sayang. Please," rayu Rykarl. Mawar sebagai isteri yang mithali hanya patuh kepada arahan suaminya.

Mawar mengambil tempat untuk baring di sebelah Rykarl. Dia baring terlentang menghadap siling. Sekejap sahaja tubuhnya telah ditarik oleh Rykarl untuk menghadapnya. Mawar sedikit terkejut. Tidak pernah Rykarl berkelakuan sebegini.

Rykarl juga terus mendakap tubuh Mawar di dalam pelukannya. Terasa hangat pelukan itu. Mawar juga meletakkan kepalanya di dada Rykarl. Dia sangat tenang dengan pelukan Rykarl. Mungkin ini yang diharapkan sepanjang perkahwinan mereka.

Rykarl mengusap perlahan rambut Mawar. Adakalanya dia juga mencium rambut Mawar kerana wangiannya sangat disukai oleh Rykarl. Bau yang menyenangkan.

"Sekejap je ye sayang. Abang nak tido kejap," tanpa menunggu balasan daripada Mawar, Rykarl sudah pun terlelap. Mawar hanya memandang muka suaminya dengan penuh rasa cinta.

Sebenarnya dia ingin menanyakan kepada suaminya tentang rakan baik yang dijumpai tengah hari tadi di restoran. Namun, melihatkan Rykarl yang terlalu letih, dia membatalkan niat itu. Mungkin lain kali sahajalah dia bertanya. Sebelum turut sama terlelap, Mawar juga membalas erat pelukan Rykarl.

Sehingga kini, Mawar masih sangsi perasaan Rykarl pada dirinya. Adakah Rykarl cuba untuk cintakannya dengan memanggilnya sayang? Mawar akui dia sangat terharu Rykarl menggelarkannya sayang di hadapan orang lain. Tapi, mengapa perlu dia madukan Mawar? Apa rancangannya sebenarnya? Panggilan abang-sayang juga adalah permintaan daripada Rykarl sendiri.

Perkara-perkara sebegini sering memeningkan Mawar.

******************************

"Aku rasa kita tak sepatutnya campur adukkan personal matters kita dengan kerja. Be professional guys. Dia datang sini nak cari sesuap nasi. We should welcome her," Rykarl meluahkan pandangannya di hadapan rakan-rakan kongsinya. Dia hanya mengatakan perkara yang betul. Aishah juga telah memberitahu perkara itu apabila mereka berjumpa 2 hari lepas.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang