Dengan sekali lafaz, akhirnya Rykarl Mikael dan Bunga Mawardah sudah sah menjadi suami isteri. Semua tetamu yang hadir mengucapkan rasa bersyukur atas kelancaran majlis itu. Selepas Rykarl melakukan solat sunat, dia berjalan menghampiri isterinya.
Senyuman manis terukir di bibirnya tanda dia begitu bahagia pada ketika itu. Zul yang berada di tepinya tidak henti-henti tersengih-sengih melihatkan Rykarl yang sepertinya sudah angau melihat Mawar.
Mawar yang sedang duduk bersimpuh semakin berpeluh apabila Rykarl semakin mendekati. Dengan penuh kelembutan, Rykarl mencapai tangan kanan Mawar untuk disarungkan cincin.
"Kenapa ni sayang?" Tanya Rykarl terhadap Mawar apabila tangan Mawar terlalu menggigil. Dipegang kejap tangan isterinya namun masih tidak dapat menghilangkan rasa gigil.
Mawar yang berasa gementar dengan sentuhan dan panggilan 'sayang' daripada Rykarl terus membeliakkan matanya. Namun mukanya masih tunduk kerana terlalu malu untuk menatap muka Rykarl. Rykarl hanya tersenyum melihat telatah Mawar. 'Baru panggil sayang dah takot macam ni, belum aku buat benda lain lagi.'
"Mawar, salam suami kamu tu. Jangan tengok je," usik Puan Zainab apabila dirasakan terlalu lama adegan mereka menyarungkan cincin. Mawar segera patuh dan disalam tangan Rykarl menggunakan kedua belah tangannya. Aksi itu agak lama kerana jurugambar ingin mempotretkan kenangan tersebut dalam album mereka nanti.
Rykarl juga tidak ketinggalan untuk mencium dahi isterinya. Apabila Rykarl bertindak demikian, semua tetamu mula bercakap-cakap akan keserasian mereka yang sangat sepadan. Dalam ciuman itu, Rykarl masih tidak henti-henti tersenyum.
Pada hari esoknya, majlis persandingan mereka diadakan di sebuah ballroom di hotel terkemuka di Johor Bahru. Kedua belah keluarga Rykarl dan Mawar menyewa dewan besar itu untuk memuatkan semua tetamu yang hadir daripada kedua-dua belah keluarga mereka. Hari bahagia mereka amat meriah sekali apabila Rykarl dan Mawar turut menjemput rakan sekelas mereka dari kolej untuk hadir ke majlis mereka.
Aireena dan Zul yang menjadi pengapit untuk Mawar dan Rykarl mengucapkan rasa syukur mereka ke hadap Ilahi kerana memudahkan urusan kawan baiknya. Ketika Rykarl dan Mawar telah selesai bersanding dan makan beradab, mereka berdua bersama-sama berjumpa dengan rakan sekelas mereka dahulu. Agak ramai juga yang hadir kerana tidak menyangkakan hubungan mereka berdua.
Dalam pada mereka berbual-bual, tiba-tiba mata Rykarl menangkap kelibat seseorang yang tidak disangkakan. Dia lihat Aishah sedang menjamu selera bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain. Lama matanya merenung ke arah Aishah. Sehingga Iqbal memanggil Rykarl beberapa kali barulah dia tersedar.
Mawar pada ketika itu sedang rancak membawang bersama rakan-rakannya yang lain sambil ditemani Aireena. Dia juga perasan akan kehadiran Aishah di majlis itu tapi dia berfikiran positif. Tak mungkin Rykarl masih mengharapkan cinta Aishah setelah ditolak beberapa kali. Dia yakin akan hal itu.
***************************
Malam itu, Rykarl termenung sendirian di balkoni biliknya dan Mawar. Malam ini ialah malam pertama untuk mereka berdua. Rykarl duduk bersandar di kerusi kayu yang disediakan. Mawar masih sibuk berada di dapur mengemas apa-apa yang patut sekaligus berkenalan dengan ahli keluarga Rykarl yang lain.
Rykarl mengimbau kembali pertemuan dia dan Aishah ketika di majlis persandingannya tadi.
Flashback
Ketika Rykarl dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke tandas, dia terlanggar bahu seorang perempuan. Terus dia menunduk dan memohon maaf kepada perempuan itu. Yang mengejutkannya ialah perempuan itu ialah Aishah. Aishah berdiri di hadapannya dengan wajah serius.
![](https://img.wattpad.com/cover/226665834-288-k54812.jpg)
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...