Bab 15

987 26 2
                                    

Malam itu, Mawar tidak senang tidur. Sekejap badannya dipusingkan ke kanan menghadap Rykarl, sekejap dipusingkan ke kiri kerana terlalu kecewa dengan Rykarl. Dipandang jam dinding yang tergantung di dalam bilik itu. Sudah pukul 3.15 pagi. Mawar mengeluh. Dia bangkit dari katil lalu mengatur langkah memasuki bilik air.

Sewaktu memandang cermin di dalam bilik air, air mukanya kelihatan sedih. 'Apa aku ni buruk sangat ke sampaikan aku dah jadi isteri dia pun dia rasa susah nak cintakan aku?' Dibelek-belek mukanya di hadapan cermin itu. 'Bak kata Reen, aku ni dah cantik dah. Buta agaknya si Rykarl tu.' Tanpa melengahkan masa, Mawar mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat tahajud.

Dia merasakan itu yang terbaik kerana sepanjang malam itu dia tidak rasa mengantuk walhal dia sangat penat dengan majlis perkahwinannya. Mungkin kerana permintaan Rykarl membuatkan dia jadi begini.

Mawar membentang sejadah ke arah kiblat dan segera menunaikan solat sunat. Setelah selesai, dia mengangkat tangan dan berdoa kepada Tuhan agar diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia menitiskan air matanya mengenangkan dirinya tidak pernah dicintai oleh Rykarl, lelaki yang telah lama mendapat tempat di hatinya.

Daripada setitik demi setitik, kini air matanya lebat menuruni pipinya. Suaranya juga sudah tidak tertahan lalu dia menangis semahu-mahunya. Keadaan itu telah mengganggu tidur Rykarl. Lantas Rykarl mengangkat kepalanya untuk mencari arah suara itu.

Dengan langkah perlahan, Rykarl mendekati Mawar yang sedang menangis. Dia rasa bersalah dengan permintaannya terhadap Mawar tadi. Mawar yang masih menangis itu tidak menyedari perlakuannya yang telah mengejutkan Rykarl. Tiba-tiba, dirasakan tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Shh.. sayang jangan nangis macamni. Abang ada sini," pujuk Rykarl dalam pelukannya. Dia sedar Mawar sedikit terkejut dengan pelukan itu namun dibiarkan sahaja kerana saat ini dia hanya ingin menenangkan Mawar.

Walaupun Mawar ingin menolak pelukan itu, namun hatinya meronta untuk terus berada dalam pelukan suami tercinta. Lantas dia membalas erat pelukan itu.

"Takde guna saya terus bertahan dengan perkahwinan ni kalau saya akan dimadukan," Mawar meluahkan perasaannya dalam keadaan tersedu-sedan. Sungguh dia sangat kecewa dengan lelaki ini. Direhatkan kepalanya ke dada Rykarl.

"Sayanggg. Jangan macam tu please. Abang janji abang akan cuba untuk cintakan sayang juga,"

"Mampu ke abang nak bahagiakan dua wanita sekaligus?" Terkedu juga Rykarl mendengar soalan itu. Tidak pernah pula dia fikirkan perkara sebegini. Oleh itu, hanya sunyi sepi yang menjadi jawapan.

"Kenapa abang tak jawab? Abang sendiri tak yakin kan?" Mawar terus-menerus menghentam Rykarl dengan soalan cepu emas. Dilepaskan pelukan pada Rykarl dan menjauhkan dirinya. Mawar menanggalkan telekung dan melipat sejadah tanpa mengendahkan Rykarl yang masih terduduk di lantai.

"Aa..abang minta maaf sayang," itu sahaja yang mampu dituturkan untuk menyedapkan hati Mawar. Mawar terus naik ke tempat tidurnya dan berpura-pura melelapkan matanya walaupun sukar.

****************************

"Mawar, awal kamu bangun? Rykarl dah bangun?" Tegur Puan Azizah yang pada ketika itu telah memasuki ruang dapur. Sejuk hatinya melihat pagi-pagi lagi menantunya sudah berada di dapur menyediakan sarapan.

"Eh umi. Abang Rykarl dah bangun. Dia pergi jogging kejap. Balik nanti dia nak sarapan katanya,"

"Oh ha iyala. Jom kita sediakan cepat nanti senang bila semua dah turun,"

Sarapan pada pagi itu disediakan oleh Puan Azizah bersama-sama dengan Mawar iaitu nasi goreng kampung, sandwich, roti putih bersama Nutella dan air kegemaran serumah iaitu teh susu panas.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang