Bab 19

995 25 2
                                    

Bunyi deruman enjin di luar rumah membuatkan Mawar cepat-cepat menyarung tudung untuk menyambut kepulangan suami. Dia sudah berdiri di tepi kereta Rykarl.

"Abang, jalan jammed eh," sapa Mawar lalu dia menyalam tangan Rykarl dan diambil beg kerja Rykarl. Rykarl yang kelihatan letih hanya menganggukkan kepalanya.

"Sayang dah makan?" Tanya Rykarl sambil mengusap kepala Mawar. Dia berasa kasihan melihat Mawar menunggu kepulangannya. Sudah menginjak ke angka sembilan malam.

"Saya tunggu abang. Nak makan sekali," balas Mawar sambil membuat muka comelnya untuk menghiburkan Rykarl.

"I'm sorry sayang,"

"Eh takpelah abang. Ni abang pergi naik mandi solat dulu lepastu kita makan sekali eh," Mawar mengangkat kedua belah tangannya dan diletakkan ke pipi Rykarl seolah-olah dia sedang bercakap dengan budak kecil. Rykarl hanya tersenyum dan melangkah naik ke atas untuk membersihkan dirinya.

Mawar masih memerhatikan Rykarl yang telah hilang naik ke tingkat atas. Dia suka dengan layanan Rykarl terhadap dirinya bermula dari tengah hari tadi. Nampak kesungguhan Rykarl untuk belajar mencintai Mawar.

'Biarlah dalam baki dua minggu ni aku bermanja-manja dengan dia.' Desis hati kecil Mawar apabila teringatkan tempoh sebulan mereka berdua bakal hampir ke penghujungnya.

**************************

"Hey tengoklah ni cucu baru I ni comel kan. Ha baru lahir semalam tau. Anak I da hantar pics baby kat I," ujar MakCik Kiah dengan bangganya sambil menayangkan gambar-gambar cucunya di Iphone X yang dibeli oleh anaknya.

"Ehhhh betulla comelnya. U, tengok tu muka cucu U tu ada rupa dengan U sikitla," balas MakCik Senah pula yang duduk bersebelahan dengan MakCik Kiah.

"Kiah, tengok pulak yang ni cucu I dah sebulan. Dah pandai da nak menggamit kita bila dia uwek uwek tu," MakCik Bedah pula menayangkan video-video keletah cucunya yang keempat itu kepada rakan-rakan bawangnya.

"Wahhh boleh tahan comel juga ya cucu U. Cucu U yang sebelom ni pon comel-comel jugak kan," balas MakCik Senah yang bersungguh menonton video cucu MakCik Bedah.

"Ha Zah, mana pulak cucu U?" Tegur MakCik Kiah kepada Puan Azizah yang dari tadi hanya diam melihat rakan-rakannya menayangkan cucu masing-masing.

"Haahlah Zah. Anak U yang nombor tiga tu kan dah kahwin nak masuk 3 minggu dah. Dah ada tanda-tanda belom?" Balas MakCik Senah pula.

"Haa... err.. insha Allah ada rezekilah tu," kekok sahaja balasan yang diberikan oleh Puan Azizah kepada rakan-rakannya.

"Iyelah rezeki tu memanglah ada. Orang lain baru bape minggu nikah da ada isi, menantu U tu dah ke belom? Jangan U kata belom pulak. Takkanlah anak bujang U tu tak pandai buat kerja kan," usik MakCik Kiah terhadap Puan Azizah

Naik segan jadinya Puan Azizah dengan rakannya sehingga diperlekehkan pula kebolehan anak lelakinya. Dia hanya mampu tersenyum tawar mendengar yang lain sibuk mentertawakan anak dan menantunya yang masih belum ada khabar berita untuk mengandung.

*************************

"Yanggg buatkan saya nescafe. Tekak haus pula petang-petang ni," tegur Encik Salleh sebaik sahaja melihat Puan Azizah melangkah masuk ke dalam rumahnya. 'Lama betul orang perempuan ni membawang.' Desis hati kecil Encik Salleh.

Namun tiada balasan daripada Puan Azizah. Encik Salleh yang sedang membaca surat khabar menurunkan sedikit surat khabarnya yang besar dan melihat keadaan isterinya.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang