Selesai membaca Yassiin, keenam-enam sahabat itu bergilir-gilir menyiram air di kubur arwah. Mawar yang melihat keadaan itu sungguh terharu. Tidak dia sangka rakan-rakan Rykarl juga ada di sini untuk sama-sama mendoakan yang terbaik buat arwah Meryssa.
Sesudah itu, Mawar terus menyimpan semula Yassiin ke dalam tote bag yang dibawanya. Tikar yang besar itu juga ingin segera dilipat. Semua telah bangkit untuk pulang.
"Takpe. Biar saya buat," Rykarl menghalang tangan Mawar daripada menggulung tikar itu. Matanya juga teralih pada Hairiz dan Faris untuk membantu Mawar memegang beg Yassiin dan jag air yang telah digunakan.
"Mentang-mentang kita single, kenalah tolong angkat barang," Hairiz berbisik di telinga Faris. Mereka berdua hanya tergelak kecil sebelum menurut arahan Rykarl.
"Terima kasih Rykarl sebab sudi datang kubur arwah. Hairiz dan Faris, terima kasih ya datang lawat kubur anak aku," Mawar bersuara sopan sambil mereka berenam melangkah keluar dari kawasan perkuburan.
"Erm.. kita minum-minum dulu nak?" Rykarl bersuara.
"Saya ada kerja la lepas ni," Mawar berkata. Anggukan juga diberikan oleh Aireena kerana mereka memang ada kerja lain.
"Zul? Kau pun ada kerja ke?" Rykarl bertanya. Gelengan diberikan.
"Tapi aku yang drive Mawar dengan Reen ke sini. Kesian la diorang nak balik berdua je. Bini aku pregnant woi," Zul memberi pandangan.
"Ha takpe. Kau drive Mawar dengan Reen balik. Lepastu kau follow kitorang," Hairiz memberi cadangan. Kedua wanita itu sudah pun memasuki ke dalam kereta.
Mereka berdua segan sebenarnya nak minum bersama. Sudahlah mereka berdua sahaja perempuan di situ, mesti sedikit sebanyak akan menganggu perbualan empat jejaka itu.
"Mawar, see you when I see you," terkejut Mawar apabila tingkap kereta itu diketuk Rykarl. Senyuman diukir di bibir lelaki itu bersama dengan kenyitan mata. Lagi terbeliak mata Mawar dibuatnya. Beg tangannya diambil untuk menghalang pandangan mata Rykarl itu. Seram pulak Rykarl ni.
Rykarl diluar kereta tersenyum kemenangan. Mawar malu-malu dengannya. Masih segan. Disebabkan itu, Rykarl tahu bahawa Mawar masih menyimpan perasaan padanya.
'When the time is right, I know you will accept me.' Bisik hati Rykarl.
*****
"Kau dah fikir masak-masak ke Rykarl?" Zul memulakan soalannya.
Mereka berempat hanya minum ringan-ringan sahaja di kedai mamak berhampiran.
Dilihat Rykarl mengangguk. Dia sedikit tersenyum.
"Yaaaa. Sebab tu aku lamar dia. Nak bina hidup baru dengan Mawar," teruja Rykarl menerangkan. Matanya juga bersinar seperti yakin yang Mawar akan menerima pinangan itu.
"Kau dah cakap dengan mak ayah kau belum? Dengan mak ayah Mawar sekali?" Hairiz pula bertanya.
Apabila dia melihat Rykarl bahagia ketika bersama dengan Mawar dan Melynna membuatkan dia tak sampai hati untuk menghalang hajat Rykarl.
"Belum. Aku plan lepas Mawar setuju baru nak jumpa parents kitorang,"
"Bukan main lagi kau eh ikut adat sopan betul. Padahal rujuk je pun, bukan kahwin baru," Zul menyeloroh membuatkan Hairiz dan Faris turut ketawa terkekek-kekek.
"Ala barulah Mawar nampak betapa gentlemannya aku," Rykarl membangga diri.
"So maksudnya, kau dah mula cintakan Mawar la sekarang? I mean, your efforts, actions and more obviously man like you're in love," Faris pula yang bertanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/226665834-288-k54812.jpg)
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...