Aireena masih tertunduk walaupun telah lama Mawar pulang. Zul di hadapannya kini sedang enak menikmati spaghetty carbonara beserta air jus oren. Bukan dia tidak mahu makan, sekarang ni dia nak balik. Tanak makan tanak cakap dengan Zul. Zul hanya membiarkannya sahaja. Sudah diberi peluang untuk makan tapi ditolak mentah-mentah.
Faris dan Hairiz pula setelah menikmati hidangan, mereka meminta diri untuk pulang dahulu untuk memberi laluan kepada pasangan itu.
"N...nak...ba..balik," gagap-gagap Aireena mula bersuara. Ini bukan cubaan pertama dia mengatakan yang dia ingin pulang. Dan untuk kesekian kalinya juga, Zul mengeluh.
"Pergilah," Zul memberi keizinan.
Segera Aireena mengambil begnya dan disangkut pada bahu. Dia sudah bersiap untuk pulang. Namun kata-kata Zul menghentikan pergerakannya.
"Pandai ke nak balik sendiri?" Sinis sahaja bunyinya. Bukan dia tidak tahu yang Aireena sangat takut untuk menaiki pengangkutan awam.
"Takde pilihan kan selain kena tunggu Bie? Duduk balik," dengan megah Zul berkata sambil menghabiskan suapan terakhirnya. Diteguk rakus jus oren sambil memerhatikan Aireena mengambil tempatnya semula.
"Nak minta maaf," Aireena mencuba lagi untuk memohon kemaafan daripada Zul. Kali ini dia tidak menunduk. Matanya memandang tepat ke arah Zul menandakan dia benar-benar ikhlas memohon maaf.
"Boleh tapi dengan syarat," Zul berkata serius.
"Apa tu?" Aireena pelik. Tiba-tiba nak bersyarat.
"Bie nak percepatkan tarikh nikah kita," setelah habis jus oren diteguknya, dia memulakan bicara.
"Kenapa tiba-tiba?" Aireena bertanya seolah-olah tidak berpuas hati. Iyalah, kedua-dua belah keluarga telah bersetuju dengan tarikh yang telah ditetapkan tapi tiba-tiba nak ubah pulak.
"Supaya ke mana sahaja sayang pergi lepasni sayang kena minta izin daripada Bie. Dengan cara tu je kan boleh buat sayang dengar cakap Bie. Kalau tak, asyik senyap je," Zul memeluk tubuhnya sambil matanya dihadapkan ke dalam anak mata Aireena. Dilihatnya Aireena sangat terkejut.
"Syarat lain tak boleh ke?" Aireena mencuba nasib. Dikelipkan-kelipkan matanya beberapa kali untuk memujuk Zul.
"Sayang ni macam tak serius dengan hubungan kita je. Benda baik kan," Zul mengeluh. Takkan nak cepatkan tarikh nikah pun dia tak suka? Kenapa dia tanak?
"Bukan tak suka tapi tak rasa leceh ke sebab kita kan da pilih tarikh tetap lepastu da set date dengan wedding planner sekali. Taknak la susahkan diorang," Aireena melahirkan rasa jujur dari hatinya. Bukan dia tidak mahu tapi takut keluarga mereka tergesa-gesa dengan segala persiapan nanti.
"Oh tu takpelah. Nanti Bie tolong settlekan. Bie sekarang ni fikir nak halalkan kita dengan cepat. Itu je. Oh ya, kita tayah tunang. Nikah je terus," sekali lagi Zul menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang lelaki. Tidak diendahkan Aireena yang telah tercongong-congong mendengar cadangannya. Ops, bukan cadangan tapi keputusannya.
"Bieeee,"
"Baik sayang setuju je eh. Marah Bie pada sayang pasal hal tadi belum reda lagi tau," Zul kembali mengekalkan muka tegangnya. Biar Aireena yang melihatnya berasa kecut.
"Ok," Aireena menjawab sambil mengangkat jarinya menunjukkan 'OK' kepada Zul. Malas dah nak bertekak lagi.
"Goodgirl. Ok now, Bie nak tahu sape laki tu tadi. Kenapa Mawar nak jumpa dia tanpa dia inform pada Rykarl?" Zul memulakan sesi soal siasat kepada Aireena. Serius dia pun ragu-ragu melihat lelaki tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
ONLY YOU!
AcakBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...