Mawar memerhatikan jam dinding di ruang tamu rumah ibu bapanya. 11.45 malam. Patutlah dia mengantuk semacam. Dah lewat rupanya.
"Mawar ngantuk ke? Pergi la basuh inai tu lepastu masuk tidur. Esok nak bangun awal kan?" Tutur Puan Zainab pada anak bongsunya itu.
"Okey Mak. Mawar masuk dulu," dengan langkah longlai Mawar terus memasuki ke bilik air untuk mencuci inai.
Sesudah itu, dia terus memanjat katil dan menarik comforter untuk menyelimutkan dirinya. Melynna pula tidur bersama ibu dan ayahnya. Rindu cucu katanya.
Baru sahaja hendak terlelap, telefonnya berdering. Terpaksa Mawar mencelikkan semula matanya. Dia memandang skrin telefon.
My Hubby ❤ is calling...
Bukan dia yang save macam tu. Rykarl sendiri yang savekan. Kata Rykarl, barulah nampak sweet. Tersengih-sengih Mawar apabila melihat nama si pemanggil.
"Dear, tidur dahke?"
Mawar menjerit dalam hatinya. Lembutnya sapaan Rykarl. Daripada mengantuk terus tak jadi mengantuk bila dengar suara Rykarl yang caring itu.
"Nak tidur dahni. Kenapa?" Mawar cuba mengawal suara. Nak cover rasa malu dan segan.
"Nothing. It's just that I miss you Dear," lembut Rykarl berkata. Suaranya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu kuat. Seperti seorang lelaki yang benar-benar mencintai perempuannya.
Mawar menggigit perlahan bibirnya. 'Kenapalah dulu Rykarl tak macam ni?' Mawar sudah menggentel-gentel hujung rambutnya kerana hatinya berdebar-debar ketika bercakap dengan Rykarl.
"Mengadanya. Esok kan jumpa,"
"Bukan mengada la. Saya ni dah terlajak sayang dengan awak,"
"Er.. awak kenapa tak tidur lagi?" Mawar mengalih topik. Segan dia kalau berterusan membicarakan rindu sahaja.
"Baru siap inai. Sebab tadi Umi baru balik dari rumah Dear kan pakaikan inai,"
"Oo shiann dia," Mawar memujuk Rykarl. Dia mendengar Rykarl hanya gelak kecil.
"Anak kita macam mana?"
Mawar tersenyum. Dalam sehari, sudah berkali-kali dia bertanyakan soalan sama.
"Mel tidur dengan Mak Abah,"
"Eh awalnya dia tidur dengan Mak Abah. Kita belum nikah lagi," usik Rykarl dengan sengihan yang panjang. Dia pasti kalau Mawar di depannya sekarang, mesti merah muka wanita kesayangannya itu.
"Mengada la awak ni. Mak Abah rindu Mel la,"
"Ye la tu,"
"Eiyy dahlah. Nak tidur. Ngantuk. Bye!" Terus talian dimatikan. Risau kadang-kadang dengan Rykarl. Bila dah sweet macamtu, tiada siapa boleh tahan lagi dah takut melarat je.
Rykarl terkesima di atas katilnya.
'Lah, dah hang up? Baru nak cakap esok jangan lari time nak nikah.' Senyuman senget dia ukir. Esok hari bersejarah bakal tercipta untuknya bersama Mawar.
Hari bersejarah yang bakal menggantikan sejarah lama mereka yang pahit. Tidak henti-henti senyuman Rykarl pada hari ini. Masih tidak percaya esok adalah hari nikah mereka berdua.
Akhirnya dia dapat merasakan cinta yang sebenar. Cinta yang dibina atas sebuah perkahwinan aturan keluarga. Walaupun pelbagai dugaan, tidak pernah dia sangka seutuh ini jodoh dia dengan bunga kesayangannya, Bunga Mawardah.
Satu nama yang unik. Begitu juga dengan tuan punya badan. Seorang yang setia mencintai suami halalnya walaupun tiada ikatan lagi antara mereka.
Rykarl tidur pada malam itu dengan senyuman lebar sambil memeluk bantal panjang di katilnya seolah-olah dia memeluk isterinya.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...