Lama mereka berpandangan begitu. Tidak mengendahkan langsung apa yang terjadi di sekeliling mereka. Di kesempatan ini, Rykarl menatap kedua mata milik Aishah. Sehingga dia terbuai dengan pandangan mata daripada Aishah.
Kring! Kring!
Telefon Rykarl berbunyi sekaligus menyedarkan dia. Dilihat nama si pemanggil dan dahinya berkerut.
"Kau pehal Zul tiba-tiba call aku?" Soal Rykarl secara penasaran kerana Zul telah menganggu waktunya bersama Aishah.
"Ala sori la bro. Ada client datang cari kau ni. Balik sekarang. Urgent tahu tak,"
Rykarl yang mendengar itu terus bingkas menghabiskan makanannya dan dihirup lagi sedikit jus orennya sebelum dia berangkat pergi.
"Sorry Icha, I have to go," kalut sahaja perlakuan Rykarl namun Aishah faham. Mesti melibatkan kerjanya.
"Bye. Take care my love," Aishah membalas kata-kata Rykarl dengan ucapan cinta itu setelah Rykarl menyerahkan name cardnya kepada Aishah.
Rykarl yang mendengar ucapan cinta daripada Aishah terasa ingin meletup hatinya. Sejak di kolej lagi dia menantikan kata-kata itu.
*************************
"Weh, mana orang tu?" Soal Rykarl kepada Zul dalam keadaan tercungap-cungap.
"Aku tipu," senang sahaja jawapan si Zul ni.
"You what?" Soal Rykarl tidak percaya. Si Zul ni memang nak kena ni.
"Kalau aku tak buat macam tu, kau akan lalai. Lalai dengan cinta Aishah,"
"Ohh maksud kau, kau nampak aku dengan Aishah la tadi?"
"Nope. Aku bukan nampak. Aku follow korang dua," tenang sahaja Zul menjawab. Tidak diendahkan muka Rykarl yang sudah merah menahan geram.
"Zul, seriously?"
"Aku cuma nak kau sedar yang kau dah bertunang. Tunang kau ialah Mawar. Dia masih terlantar di hospital dan tak sedarkan diri dia. Tolong rasa kesian pada Mawar," Zul memberikan pandangannya. Sudahlah Aireena dan dia berhempas pulas nak mengeratkan hubungan mereka, tiba-tiba Aishah datang merosakkan rancangannya sahaja.
"Weh.... aku... aku minta maaf. Sumpah aku memang lost giler tadi. Aishah... dia.. dia cintakan aku,"
"Ye aku dengar pengakuan dia pada kau Karl. Sebab tu aku call kau suro balik ofis cepat,"
Rykarl terduduk di kerusi yang berhadapan dengan meja Zul. Dia meraup kasar rambutnya. Menyesali akan keterlanjurannya.
"Zzzuull.."
"Aku harap lepas ni kau boleh jujur dengan hati kau sendiri. Sama ada Mawar atau Aishah. Ni masa depan kau, Karl,"
Sejurus sahaja melemparkan kata-kata itu, Zul terus keluar dari biliknya dan menuju ke pantri. Ditaip mesej kepada Aireena.
'Sayang, habis kerja nanti Bie datang hospital dengan Rykarl'
Send.
Aireena yang menerima mesej itu hanya mampu berkata 'OK' di dalam hatinya sahaja. Tiada daya untuk membalas semula. Tanpa dia sedar, tangan kirinya yang setia memegang tangan kanan Mawar bergerak-gerak.
"Mawar!Mawar!"
Aireena dapat melihat mata Mawar yang semakin lama semakin luas dibuka. Tanpa berlengah, Aireena segera mendapatkan doktor untuk menjalankan pemeriksaan terhadap Mawar.
Alhamdulillah, Mawar akan discaj daripada hospital pada hari itu kerana keadaannya sudah bertambah baik. Dia disarankan untuk banyakkan berehat di rumah sebelum dia menyambung kerjanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ONLY YOU!
AcakBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...