Bab 34

1.4K 32 3
                                    

Cuaca panas pada tengah hari itu dirasakan sangat mengganggu ketenteraman kedua keluarga itu. Perbicaraan telah pun selesai. Ini bermakna Bunga Mawardah dan Rykarl Mikael telah sah bercerai di Mahkamah Syariah, Istana Kehakiman di Putrajaya.

Kedua ibu bapa Rykarl dan Mawar hadir pada perbicaraan itu untuk menyaksikan terputusnya hubungan suami isteri itu yang hanya mampu bertahan setahun lebih.

"Terima kasih sebab lepaskan anak Abah dengan cara baik," Encik Ibrahim berjumpa seketika dengan Rykarl di luar mahkamah. Rykarl hanya tersenyum kelat.

"Rykarl minta maaf bah sebab tak dapat jadi menantu yang baik pada Mak dan Abah. Rykarl pun dah gagal nak bimbing isteri Rykarl sendiri," Rykarl berlaku jujur pada bekas bapa mertuanya. Dilihatnya Mawar di belakang Encik Ibrahim yang hanya berjalan menekur lantai dari tadi. Mawar melepasi bapanya dan Rykarl tanpa dia sedar.

"Abah, Rykarl nak minta izin jumpa Mawar sekejap,"

Selepas melihat anggukan Encik Ibrahim, Rykarl berlalu ke arah Mawar dan memanggil wanita itu.

"Hey Mawar. Kenapa sedih ni?" Rykarl bertanya setelah dia berjaya mengejar Mawar. Laju jugak dia jalan.

"Isteri mana yang tak sedih bila dia diceraikan suami sendiri?" Mawar masih tidak mahu mendongakkan mukanya. Tidak sanggup menatap wajah Rykarl. Dia sangat sedih ketika ini.

Melihatkan keadaan Mawar, Rykarl memegang kedua bahu Mawar untuk menenangkan Mawar tapi pantas ditepis oleh kedua tangan Mawar.

"Kita bukan suami isteri lagi. Jangan sentuh saya sesuka hati awak," Mawar mula menjauhkan dirinya dari Rykarl. Jika dia berterusan menghadap Rykarl, pasti mudah sahaja dia menitiskan air matanya.

"Mawar. Saya minta maaf. Saya buat semua ni pun untuk kebaikan kita berdua,"

"Kebaikan apa yang saya akan dapat lepas awak lepaskan saya? Saya nak kena berbangga ke dengan title janda muda ni?" Kali ini Mawar berani bertentang mata dengan Rykarl.

Rykarl tersentak. Pandangan itu. Pandangan itu seolah-olah sarat dengan cinta dan kesedihan. 'Tapi aku bukan suami dia lagi, dia tak boleh cintakan aku.'

"Dengar sini Mawar. Kalau kita terus bersama, awak takkan bahagia..."

"Kenapa awak yakin sangat yang saya takkan bahagia bila dengan awak?" Mawar sudah menoleh ke sisi kanannya. Dia pun tidaklah kuat sangat untuk melawan panahan mata Rykarl yang sangat memukau itu.

"Sebab saya tak pernah pun cintakan awak. Saya tak boleh. Ni soal hati dan perasaan. Awak tak boleh nak paksa saya untuk cintakan awak. Nak pupuk rasa cinta bukannya semudah ABC,"

"Kalau awak cakap macam tu, saya harap awak pun takkan paksa saya untuk berhenti cintakan awak,"

"Berhenti cintakan saya. Saya bukan suami awak lagi. Awak carilah lelaki yang boleh cintakan awak sepenuh hati dia. Saya bukan lelaki itu,"

"Saya pun nak awak cari perempuan yang cintakan awak melebihi cinta pada diri dia sendiri," selepas mengucapkan kata-kata itu, Mawar terus beredar meninggalkan Rykarl.

Rykarl di situ seolah-olah memahami yang Mawar sengaja mengenakannya dengan berkata begitu. Akhirnya dia mengeluh dan berlalu untuk bersalaman dengan Puan Zainab dan Encik Ibrahim.

"Kalau ada rezeki, nanti kita jumpa lagi ya Mak, Abah," ucap Rykarl penuh sopan terhadap keluarga mertuanya.

"Huh pandai nak bercakap pasal rezeki. Padahal rezeki dah ada depan mata, dia pergi sia-siakan," kata Puan Azizah yang terlalu marah dengan kelakuan Rykarl yang tegar menceraikan Mawar.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now