Mawar mengemas meja kerjanya setelah melihat jam 12 di dinding. Hari ini dia hanya mengambil half day kerana ingin melihat rumah baharu yang dibelinya bulan lepas.
"Mawar, siap dah?" Tegur Aireena yang baru menapak masuk ke biliknya. Mawar hanya mengangguk. Mereka bersama-sama berjalan keluar menuju ke car park.
"Reen, kau sure ke kau larat ni?" Serba salah Mawar dibuatnya. Buatnya Aireena letih berjalan dengan kandungan besarnya, mesti Zul risau.
"Don't worry okay? Kalau aku tak teman, siapa yang nak teman kau nanti? Aku tanak la kau sorang-sorang nanti," Aireena berhati-hati melangkah masuk ke dalam kereta Mawar.
"Sure eh Zul okey je? Zul ada pesan apa-apa tak?"
Aireena hanya tersenyum.
"Betulla Zul okey. Kalau pesan tu, macam biasa la dia hantar aku kerja pon berbakul-bakul pesanan dia pada aku," kata Aireena sambil mengusap perutnya. Terasa pergerakan sikit.
"Okey la kalau kau cakap macam tu. Bukan apa, aku risau takut kau tak larat nak naik tingkat 10. Tinggi rumah aku tu,"
"Ala Mawar. Bukan kita naik tangga pon. Lif kan ada,"
Sedar tak sedar, mereka telah tiba di apartment yang menempatkan rumah baharu Mawar. Access card terus di scan ketika melalui kawasan pengawal.
"Satu rumah dia bagi 2 tempat parking je," Mawar memberitahu.
"Oh kalau aku datang bole la parking kan. Ada tempat,"
"Tapi nak masuk sini kena ada access card. Takpon aku turun scan card aku sini time kau datang," terang Mawar lagi.
"Lahh kalau cakap dengan guard je tak boleh ke?"
"Kau tengok entrance tadi tu mana ada guard jaga. Machine je ada,"
"Weh leceh jugak nak datang sini," Aireena mula memeluk tubuh.
"Tula aku pon baru haritu ada orang sini inform. Tapi diorang kata memang ketat sikit security sini. Kalau orang luar nak datang melawat memang susah semua tempat dia nak kita scan,"
"Uish class kau Mawar duduk rumah macam ni,"
Mawar hanya tergelak. Akhirnya dia menjumpai tempat parking untuk rumahnya lantas dia memarkirkan keretanya di situ.
"Dah jom keluar,"
"Eee tak sabarnya nak tengok rumah kau," teriak Aireena dengan penuh teruja hingga dia berjalan mendahului Mawar.
"Excited betul. Hahaha. Jalan la slow-slow. Awak tu berdua bukan sorang," mereka berdua memasuki dalam lif.
Untuk menutup lif tersebut, Mawar perlu scan access cardnya terlebih dahulu barulah dia boleh menekan aras yang hendak dituju.
"Ish kalau sampai nak guna lif pon nak kena scan, payah la macam ni,"
Mawar bersetuju. Agak payah juga kalau dia nak buat majlis atau apa-apa kenduri di rumahnya nanti.
"Takpelah. Sebab tulah aku bayar mahal untuk rumah sini. Security dia betul-betul ketat. Okey la tu kitorang pon duduk berdua kan perempuan je selamat la sikit,"
"Hmm betul jugak,"
Ting!
Sampai di aras 10, mereka berdua berjalan keluar dan melihat pemandangan dari anjung tinjau di aras 10. Dapat dilihat bangunan-bangunan tinggi di sekitar Putrajaya dan beberapa taman rekreasi. Tidak ketinggalan juga, terdapat sebuah kolam yang amat besar di kawasan rekreasi apartment ini. Aireena jatuh cinta melihat keindahannya.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...