Bab 11

966 28 0
                                    

Mawar resah. Dicubit-cubit pinggang Aireena akibat mulutnya yang terlalu celopar mengajak jejaka-jejaka itu menonton wayang bersama. Bagi Aireena, cubitan itu hanyalah ibarat cubitan malu-malu daripada Mawar. Bukan sakit pun cubit macam baby cubit kita.

Mawar dan Aireena berjalan terlalu laju meninggalkan dua jejaka tersebut di belakangnya kerana Mawar menarik tangan Aireena untuk mengelakkan mereka berempat berjalan bersama. Entah apa yang perlu dimalukan pun Aireena tidak faham.

"Kau tak rasa ke patutnya kita jalan dengan partner masing-masing?" Aireena memberikan cadangannya kepada Mawar.

"Tanak la Reen. Segan tahu tak," Mawar mencebik mulutnya. Dia terlalu segan dengan Rykarl kerana perbuatan Rykarl ketika mereka makan bersama tadi terlalu jelas bahawa Rykarl ingin mengambil hatinya. Tapi Mawar masih ragu-ragu dengan perasaan Rykarl. Apakah sudah tiada cinta dan sayang yang tinggal untuk Aishah?

Tanpa sedar mereka sudah masuk ke kawasan panggung wayang. Rykarl dan Zul pantas memilih cerita yang ingin ditonton oleh mereka.

"Elakkan cerita hantu," Rykarl berkata serius.

"Asal?"

"Nanti Mawar kejung," Rykarl hanya menjawab sedikit. Tidak mahu dijelaskan panjang-panjang. Cukuplah dia sahaja yang melihat betapa takutnya Mawar apabila dia menonton wayang cerita seram bersama ketika masih belajar di kolej dahulu.

"As you wish bro," Zul cuba untuk memahami apa disampaikan oleh Rykarl. Mungkin ada sebab Rykarl bertindak begitu.

Tidak lama kemudian, mereka membuat keputusan untuk menonton Frozen 2 sahaja kerana cerita lain tidak available. Mawar berasa amat teruja untuk melihat aksi-aksi hebat daripada Queen Elsa. Kedua tangannya diangkat dan disatukan kerana terlalu gembira untuk menonton cerita itu.

"Jom kita amik couple seat," Aireena dengan selambanya memberikan cadangan itu.

"Good idea," Jawapan itu serentak diberikan oleh Rykarl dan juga Zul beserta dengan senyuman di bibir mereka.

"Haah jom. Aku duduk dengan Reen pastu korang dua duduk sekali lah," Mawar juga tidak ketinggalan untuk memberikan cadangannya.

"What?" Aireena terkejut mendengar cadangan Mawar. Sampai begini sekali ke Mawar hendak mengelakkan dirinya daripada Rykarl?

Melihatkan situasi itu, lantas Zul mengetuai mereka dan membuat keputusan. Kalau soal tempat duduk pun nak kecah macam ni, bila nak mula tonton movie?

Selepas menitikberatkan perasaan Rykarl dan segan Mawar, Zul tidak mengambil couple seat tetapi mereka duduk sebaris beemula dari kanan adalah Zul, Aireena, Mawar dan akhir sekali Rykarl. Walaupun Mawar malu-malu dengan Rykarl, tetapi dia boleh menyembunyikan perasaan itu kepada Aireena. Bijak Zul memilih tempat duduk.

Selepas 1 jam 30 minit berlalu, mereka keluar daripada panggung sambil membetolkan segala urat saraf kerana terlalu lama duduk di dalam panggung.

"Guys, jom pergi main ice skating," Rykarl memberikan cadangan. Jujur, dia sudah lama ingin mencuba. Alang-alang sudah keluar, tidak salah dia ingin mencuba bersama rakan-rakannya.

Mawar di sebelah Rykarl terkejut. Tetapi dalam masa yang sama, hatinya meronta-ronta ingin mencuba luncur ais juga. Tanpa beefikir lebih panjang, Mawar terus memberikan persetujuannya. Persetujuan itu secara tidak langsung membuatkan hati Aireena dan Zul berasa lega.

*************************

"Bunga, mari sini Mika ajarkan," lembut sahaja Rykarl memanggil Mawar yang kelihatan terkial-kial untuk bergerak di atas ais. Aireena dan Zul sudah gembira meluncur bersama-sama di atas meninggalkan Rykarl dan Mawar yang masih tidak mahu bergerak kerana Mawar bimbang dia akan jatuh. Padahal tadi dia yang semangat nak main. 

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang