Pasangan itu sedang berjalan-jalan sekeliling mall. Apabila terjumpa sahaja kedai-kedai yang menyediakan khidmat perkahwinan, pantas sahaja kaki si perempuan melangkah masuk ke dalam butik itu. Rambang mata dibuatnya melihat pakaian yang tergantung di butik itu. Cantik!
"Kael, Icha suka warna soft pink. Boleh tak?" Pinta Aishah yang sedang membelek-belek gaun pengantin di butik itu. Namun tiada balasan daripada Rykarl.
"Kael," dipanggil lagi.
"Kael!!!" Kali ini suaranya ditinggikan sedikit. Geram dengan sikap Rykarl yang buat endah tidak endah sahaja dengan dirinya.
"Sori, Kael tak dengar. Icha cakap apa tadi?" Rykarl terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar lalu menuju ke arah Aishah.
"Takpelah Icha lapar. Takde mood nak tengok baju. Jom makan," Aishah terus berlalu meninggalkan Rykarl termangu sendirian. 'Apa yang ada dekat phone dia tu. Dari tadi tengok phone.' Bisik hati kecil Aishah.
"Kenapa Kael macam tak suka je Icha ajak keluar hari ni?" Tanya Aishah sementara mereka menunggu pesanan makanan mereka tiba.
"Icha faham kan Mawar tengah pregnant. Masuk 5 bulan dah. Kael kena fokus pada kandungan tu,"
"Ala Kael kalau dah tak sayang Icha cakap jelah. Nak cakap Mawar pulak. Ni bila pulak kita nak jumpa family Kael? Icha da cakap dekat Mama Papa Icha dah yang kita nak kahwin,"
"Icha!" Teriak Rykarl sedikit kuat.
"Kenapa?"
"Kenapa awal sangat bagitahu parents Icha pasal kita? Kael pun tak sempat nak bagitahu Umi dengan Babah dulu," Rykarl mula berang. Sudahlah hari ini Aishah memaksanya keluar walhal sudah dimaklumkan awal-awal dia perlu melawat lokasi bersama dengan Zul. Sudahnya, Zul kena pergi seorang diri ditemani isterinya sahaja.
"Salah ke apa Icha buat?" Aishah membantah semula kata-kata Rykarl. Terkejut juga dia apabila Rykarl meninggikan suara terhadapnya.
"Kael rasa Umi takkan benarkan Kael kahwin satu lagi," perlahan sahaja tutur katanya. Tidak mahu wanita di hadapannya itu cepat melenting.
"WHAT?"
"Icha nak Kael pujuk la parents Kael tu elok-elok," sedap sahaja dia mengarahkan Rykarl berbuat demikian.
"Kalau pujuk, paling tak pun mesti Umi suruh tunggu sampai Mawar bersalin. Tunggulah. Bukan lama pun lagi. 4 bulan je," Ya, itu mengikut pertimbangan yang telah Rykarl fikirkan. Tidak mungkin Uminya akan membenarkan dia berkahwin ketika Mawar sedang sarat mengandung kerana Mawar menantu kesayangannya.
"4 bulan tu rasa macam 4 tahun untuk Icha," sedih sahaja kedengaran suara Aishah. Dia sudah tidak sabar lagi untuk bernikah dengan Rykarl. Silapnya juga kerana selama ini terlalu sibuk melayan orang lain padahal Rykarl yang setia menyayangi dan menjaganya ketika dia demam dahulu.
"Ala sabarlah. Sikit je lagi tunggu Mawar bersalin,"
"Nanti kalau kita dah kahwin, Kael duduk dengan Icha eh. Yela, Kael pun bukannya cinta dekat si Mawar tu pun,"
"Tengoklah macam mana. Anak Kael nanti Mawar jaga. Mestilah Kael kena balik sana nak jenguk dia," sejujurnya, Rykarl belum berfikir lagi apa akan jadi selepas pernikahan mereka. Untuk dia meninggalkan Mawar adalah sangat mustahil kerana Mawar akan menjaga dan membesarkan anak mereka. Takkanlah Rykarl hendak lepas tangan begitu sahaja selepas dia bernikah dengan Aishah.
"Ala kalau Kael rindu, bawak je dia duduk dengan kita. Habis cerita,"
"Icha! Anak tu anak Kael dengan Mawar! Walaupun dia masih kecil, mesti dia akan lebih selesa dengan ibu kandung dia sendiri. Tolonglah faham. Dah jangan cakap pasal hal ni lagi. Kita makan je lepastu balik," terdiam Aishah buat kedua kalinya pada hari ini Rykarl telah meninggikan suara kepada Aishah.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...