Bab 18

916 23 1
                                    

Hari ini masuk hari keempat Mawar menumpang di rumah sewa Aireena merangkap rumah lama mereka dahulu. Tiga hari lepas, Rykarl telah datang merayu kepadanya untuk pulang semula ke rumah mereka. Namun, Mawar tidak munculkan dirinya. Dibiarkan sahaja Rykarl memanggil-manggil namanya di luar rumah.

Mesej dan panggilan daripada Rykarl juga tidak dilayan. Mawar betul-betul geram dengan sikap Rykarl. Biar Rykarl sedar akan kesilapannya.

Namun apa yang membingungkan Rykarl ialah mengapa Mawar marah sebegini? Sewaktu dia menyatakan hasratnya untuk kahwin satu lagi tiada pula Mawar marah-marah sampai macam ni. Mawar ada sembunyikan apa-apa ke daripada aku? Bingung Rykarl memikirkannya. Empat hari dirinya hidup seperti seorang bujang.

Tiada isteri yang masakkan untuknya, gosok baju sendiri, basuh baju sendiri, tengok tv sendirian. Dia rasa sunyi. Lantas Rykarl meraup mukanya memikirkan di mana silapnya hingga Mawar jadi begini.

'Macam mana nak pujuk kalau aku call pon dia tak angkat, datang rumah tanak jumpa aku.' Fikir Rykarl sambil mengetuk pennya di atas meja.

Lama-kelamaan, dia terfikirkan satu idea. Dilihat jam tangannya baru pukul 11 pagi. Sekejap lagi dia ada urusan penting. Rykarl mengukir senyuman.

"Kaellll tolong ajarkan Icha kejap," tanpa ketukan terus sahaja Aishah masuk ke bilik Rykarl yang bersebelahan dengannya untuk meminta bantuan.

Rykarl yang sedang mengelamun berasa terkejut dengan kehadiran Aishah yang tiba-tiba itu. Terus dia berlagak normal.

"Kael nanti kita lunch sama-sama tau. Icha rasa nak makan Western la," Aishah berkata setelah Rykarl siap menolongnya untuk membaca case.

"Kael ada urgent meeting la Icha lunch nanti. Sorry," Rykarl terpaksa menolak pelawaan buah hatinya kerana dia perlu menjalankan misi penting.

"Ala Kael ni. Esok kita lunch sesama tau. Jangan busy esok," Aishah membalas dengan nada yang merajuk. Sejak dia bekerja di sini, setiap hari dia akan lunch bersama Rykarl. Rykarl juga tidak menolak, dia turutkan sahaja permintaan buah hati kesayangannya itu.

"Ye sayang, Kael janji. Takmo majok-majok eh," pujuk Rykarl. Apabila bersama dengan Aishah, tenang sahaja jiwanya. Sejuk mata memandang. Tetapi bila pasal Mawar, dia mesti serabut. Mawar ni selalu menimbulkan masalah padanya. Selalu memeningkan kepalanya.

"Awhhhh thank you sayang," makin lebar senyuman Aishah mendengarkan panggilan 'sayang' daripada Rykarl. Hal perkahwinan mereka juga akan mula diuruskan dalam masa dua minggu lagi. Ini membuatkan Aishah semakin sayang dan ingin bermanja dengan Rykarl.

****************************

Hari ini Mawar perlu lunch sendirian kerana Aireena ada kerja penting di luar dan pulang agak lewat. Distart enjin keretanya terlebih dahulu sambil-sambil dia memikirkan di mana dia hendak makan.

Setelah lima minit enjin kereta dipanaskan dia membelok keluar dari kotak parking dan membuka button radio. Tanpa disedari Mawar, hampir-hampir sahaja dia melanggar seorang lelaki di hadapan keretanya. Lelaki itu menahan keretanya daripada terus bergerak.

Mawar pelik. Tapi langkah kakinya bergerak keluar dari kereta dan menuju ke arah lelaki itu.

"Sayang, abang rindu," Rykarl berkata setelah melihat Mawar menuju ke arahnya.

"Abang buat apa kat sini? Sibuklah!" Mawar berdiri dengan jarak dua meter dari Rykarl. Tidak ingin lah dia nak dekat-dekat dengan lelaki itu.

"Abang nak jumpa sayanglah. Penat abang tunggu dekat lobi rupanya sayang da nak keluar," adu Rykarl dengan suara yang sedikit dimanjakan. Nasib baik dia berjumpa dengan dua pembantu Mawar di lif tadi. Itu yang tak cukup kaki dia berlari ke sini.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now