"Uwekkkkk,"
"Shhh. Mummy ada sini sayang," puas Mawar memujuk Melynna untuk berhenti menangis. Dia mendukung, bermain bersama, dan memberi susu tapi Melynna masih merengek.
"Biar aku pula dukung dia," pinta Aireena. Dia mengambil Melynna dari dukungan Mawar dan bermain bersama anak itu pula.
"Mama Reen dekat sini. Kenapa menangis ni?" Aireena juga memujuk Melynna dengan menepuk perlahan punggung anak kecil itu.
"Lah. Tak habis lagi dia menangis. Budak kuat jerit," usik Ainuriza yang muncul dari dapur. Hari ini Zul tidak ikut melawat Melynna kerana Zainazrol terpaksa bekerja pada hari Sabtu. Nanti Zul segan kerana dia seorang sahaja kaum lelaki di situ.
"Cuba Iza pujuk dia," Aireena menghulurkan Melynna pada Ainuriza. Magiknya, terus Melynna terdiam apabila dia melihat wajah Ainuriza.
"Diam pula bila dekat ibu ya," usik Ainuriza dan Melynna ketawa.
"Oh. Mel da kenal orang la. Susah la macam ni. Baru seminggu tak jumpa," Mawar berkata. Dia memandang anak daranya dalam dukungan Ainuriza.
"Tulah pasal. Dah masuk 4 bulan dia da boleh kenal orang," tambah Aireena yang melihatkan keserasian Melynna ketika didukung oleh Ainuriza.
"Kak, Iza risau bila Mel da besar, dia tak boleh sesuaikan diri dia dengan akak," Ainuriza menyuarakan kebimbangannya. Mawar dan Aireena di hadapannya turut diam memerhati.
Tipulah kalau Mawar juga tidak pernah berfikir begitu. Dia ibu, manakan dia tidak risau jika apa yang diperkatakan Ainuriza menjadi kenyataan.
"Insha allah tak. Kita boleh ajar dia dari kecil untuk biasakan dengan orang keliling dia," Aireena memberi pendapat setelah terperasankan yang Mawar hanya diam. Dia boleh rasa Mawar akan berasa sedih.
"Kak Mawar okey?" Soal Ainuriza melihatkan Mawar yang lebih selesa berdiam diri. Pantas Mawar tersedar.
"Iza, akak rasa akan ada satu masa nanti akak akan ambil semula Mel dan duduk dengan akak," Mawar memberi kata putus. Ainuriza mengangguk faham.
"Betul tu kak. Mel tak boleh selamanya ada di sini. Iza tahu dia pun perlukan akak," Ainuriza masih mendukung Melynna. Nampaknya Melynna betul-betul sudah kenal orang. Bila nak dihulurkan pada Aireena dan Mawar pasti dia merengek tidak mahu. Nampaknya Mawar perlu melakukan sesuatu.
"Nanti bila keadaan dah reda, akak akan ambil Mel," Mawar meyakinkan Ainuriza. Tapi jauh di sudut hatinya dia terpikir bilakah keadaan yang dimaksudkannya akan menjadi reda. Sudahlah keluarganya langsung tidak mengetahui kewujudan Melynna. Semuanya akan menjadi serabut jika Mawar tersilap langkah untuk menyelesaikan hal ini.
"Mawar, kau kata malam ni ada hal. Dah lewat ni. Jom balik. Esok kita tengok Mel lagi," Aireena mengingatkan Mawar. Aireena tahu kerana Mawar memberitahunya bahawa Rykarl sedap-sedap sahaja berjanji dengan jiran mereka akan menghadiri kenduri bersama-sama.
Selepas meminta diri dengan Puan Azliyanti dan Ainuriza, Mawar dan Aireena terus memandu pulang. Jam kereta dikerling sekilas. 3.50 petang. Mawar hanya diam dan memandang ke luar tingkap. Jalan juga agak sesak dan kereta bergerak dengan sangat perlahan. Biasalah kalau hujung minggu semua orang keluar berjalan. Kebisuan Mawar mula merisaukan Aireena yang berada di tempat duduk penumpang.
"Mawar, are you okay?" Soal Aireena sejurus dia chat dengan suaminya di WhatsApp.
"Mawar, do you hear me?" Kali ini Aireena menggawang-gawangkan tangannya sekali di hadapan Mawar. Barulah Mawar tersedar.
"Apa dia Reen? Sori aku alpa," Mawar menggigit bibir bawah.
"What's wrong with you? Ceritalah dengan aku. Jangan pendam-pendam. Tak elok," pujuk Aireena sambil-sambil itu dia mengusap lengan kiri Mawar.
YOU ARE READING
ONLY YOU!
RandomBUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si...