Bab 30

1.2K 26 0
                                    

"Cakapkan pada Umi untuk merisik Aishah untuk saya,"

Tergamam. Terkedu. Terdiam. Semua ada. Baru ingat malam ni nak bermanja-manja dengan suami, nak belai baby sama-sama tapi..

"Ke..kenapa...awak t..tak cakaaap sendiri je?" Gagap habis Mawar malam ni. Rykarl melepaskan keluhan berat.

"Please Mawar tolong saya," kali ini dia memujuk dengan menggenggam erat kedua tangan Mawar. Tiba-tiba Mawar rasa tak selesa.

"Saya tanya kenapa awak tak cakap sendiri. Awak tak faham soalan ke?" Mawar sudah berang. Keluar dah sikap tegas dia tu. Sedar yang dia tidak sepatutnya berkelakuan begitu tapi nampak gayanya Rykarl yang menjadi penyebab dia naik angin nanti.

"Sebab awak kan menantu pilihan Umi sa.."

"Balik-balik awak cakap pasal menantu pilihan. Awak ni memang takde effort langsung ke nak perbaiki hubungan kita?" Mawar sudah betul-betul marah. Hidungnya kembang kempis sebagai bukti dia tidak main-main akan hal itu.

"Tak sekarang ni yang awak nak marah-marah saya, nak tengking-tengking saya kenapa? Tak takut dosa ke Mawar? Awak tu isteri saya tau," Rykarl juga ikut berang apabila Mawar telah bersikap seolah-olah tidak menghormatinya sebagai suami. Tika ini Mawar telah berdiri sambil memeluk tubuh. Bilik yang ada air-cond pon rasa macam ada dekat padang pasir je.

"Awak tu pun tak takut dosa ke? Ke hulur ke hilir berdua je dengan Aishah. Dah lah Aishah tu menggatal pernah nak sentuh-sentuh awak. Tak padan dengan bertudung,"

Panggg!

"Berani eh kau nak kutuk dia macam tu. Eh kau jangan lupa lah kau tu pun pernah keluar jumpa lelaki lain tanpa pengetahuan aku," elok sahaja tamparan sulungnya menyinggah di pipi Mawar. Dia bukanlah seorang yang senang-senang nak menaikkan tangan pada wanita, tapi sikap Mawar malam ini membuatkannya melanggar prinsipnya itu. Tidak disangka semakin lama Mawar semakin berani melawannya. Dulu nampak manis dan bersopan.

Mawar rasakan pipinya berbirat namun dia hanya tahan. Come onlah ni Mawar. Jiwa aku kental. Tangan kanannya mengusap-ngusap kesan tamparan itu.

"Sakit kan? Padan muka kau! Lain kali jangan cabar aku Mawar," Rykarl masih tidak berpuas hati dan dia memandang sinis wajah Mawar yang beriak selamba.

"Sanggup eh tampar ISTERI sendiri disebabkan perempuan lain?" Mawar masih berbalas kata dengan Rykarl. Inilah dia perkara yang dia rasa tak sedap hati kelmarin. Kemuncak hubungannya bersama Rykarl jadi sebegini.

"Bunga Mawardah, awak dengar sini. Awak tu cuma isteri pilihan Umi dan Babah saya. Bukan pilihan hati saya sendiri. Dan Aishah tu pula, satu-satunya perempuan yang saya sanggup gadaikan nyawa dan pertaruhkan semua yang saya ada semata-mata nakkan dia sebagai kekasih hati saya. Jadi, nama awak takkan pernah terpahat dekat mana-mana ruang dalam hati Rykarl Mikael. Awak ingat sikit dalam kepala otak awak yang dah penuh dengan pelbagai case awak tu," Rykarl berkata sambil tangannya menuding-nuding ke arah Mawar. Nak ditunjal tapi dia masih waras. Mawar sedang sarat mengandung. Takkan nak lebih-lebih pula.

Rykarl pantas berlalu ingin meninggalkan bilik itu namun di saat dia berada di pintu langkahnya terhenti. Mawar masih belum habis lagi rupanya.

"Rykarl, awak tak akan cintakan saya ke? Walaupun sedikit?" Rykarl terpempan. Bukan kerana soalan yang diajukan tapi kerana Mawar sudah mengalirkan air matanya yang deras. Dia berpaling semula ke arah Mawar.

"Saya bukan tak pernah cuba, tapi saya gagal cintakan awak. Cinta saya pada Aishah lagi mendalam berbanding awak yang hanya diangkat sebagai seorang isteri olok-olok untuk saya," sesudah itu, Rykarl terus keluar dan menghempas pintu bilik mereka sehingga Mawar terkejut. Tahulah dia yang Rykarl akan mengunci pintu itu lagi.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now