Bab 12

927 28 4
                                    

"Astaghfirullahalazim!" Pinggan yang sedang dibasuh oleh Puan Zainab terlepas daripada tangannya dan jatuh terhempas di lantai. Dia mengurut dadanya. Kenapa dia rasa tak sedap hati ni? Terus dipungut serpihan-serpihan pinggan kaca yang berterabur di lantai.

"Maknya, awak okey ke tidak?" Soal Encik Ibrahim setibanya dia di dapur. Risau dia apabila terdengar pinggan berkecai di dapur ketika dia sedang membaca al-Quran.

"Abahnya, saya risau. Rasa tak sedap hati," sambil mengutip serpihan kaca tersebut, tiba-tiba jarinya tercucuk pula pada salah satu serpihan itu. Laju sahaja darah mengalir keluar daripada jari telunjuknya.

"Allahuakhbar maknya. Tinggalkan je di situ. Biar Ammar bersihkan. Jari awak tu mari sini," lantas Encik Ibrahim mengambil first aid kit untuk merawat luka di jari Puan Zainab.

"Kenapa ni maknya? Apa yang awak fikirkan?" Sambil dia membalut plaster di jari yang luka itu, dia bertanya dengan lembut kepada isterinya.

"Bukan apa abahnya. Hati saya tiba-tiba tak sedap. Teringat pada anak bongsu awak tu,"

"Hmm kalau macam tu malam nanti kita telefon dia ya. Sekarang ni mungkin dia on the way balik dari kerja kan?" Encik Ibrahim mengusulkan cadangan itu. Mungkin isterinya terlalu rindukan anak bongsu mereka.

"Yerla abahnya. Nanti panggilkan Ammar ya suro dia bersihkan. Saya rasa nak rehat sekejap,"

"Iya. Nanti saya suro Ammar buat. Awak rehat aje ye,"

**************************

Hampir dua jam mereka bertiga menunggu di hadapan bilik yang sedang merawat Mawar, akhirnya keluar seorang doktor dari bilik tersebut.

"Yang mana satu ahli keluarga Cik Bunga Mawardah?" Doktor perempuan bertag nama Hazrina bertanyakan soalan kepada tiga manusia di hadapannya kini.

"Saya tunang dia doktor," Rykarl mara ke hadapan apabila Doktor Hazrina bertanya.

"Er.. Encik..."

"Rykarl,"

"Baiklah Encik Rykarl, alhamdulillah sekarang ni Cik Bunga telah melepasi tahap kritikal namun pesakit masih belum sedarkan diri kerana dia terlalu banyak kehilangan darah. Pesakit bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan di kepala. Jadi buat masa sekarang, pesakit perlukan rehat secukupnya. Kami akan buat check-up dari masa ke masa terhadap pesakit. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih," Doktor Hazrina mengakhiri kata-katanya dan berlalu meninggalkan mereka bertiga.

"Alhamdulillah ya Allah kau selamatkan dia," Aireena mengucapkan rasa syukur mendengarkan penjelasan itu tadi. Dia hampir menitiskan air matanya lagi kerana dia tahu Mawar seorang yang kuat.

Zul dan Rykarl juga mampu mengucapkan rasa syukur. Lega hati mereka apabila Mawar selamat dan tidak memgalami sebarang kecederaan serius.

"Rilek bro. Tunang kau selamat. Insha Allah," Zul menenangkan Rykarl dengan mengusap kedua bahunya untuk memberikan semangat.

"Fuhh gila ke tak risau. Dahla wedding kitorang lagi dua bulan je. Kalau umi aku tahu aku tak jaga Mawar, masak weh aku,"

Kring! Kring!

Aireena mengeluarkan telefon bimbit Mawar yang berdering dari dalam begnya. Skrin di telefon dipandang lama.

"Siapa call Mawar tu Reen," Rykarl bertanya kepada Aireena yang memandang skrin telefon itu tanpa ada rasa untuk menjawabnya.

"Ibu Mawar, Karl. Kaulah jawab," terus dicampakkan telefon itu ke arah Rykarl untuk dijawabnya.

"Eh kau apasal? Kau lah jawab. Kawan rapat dia kan," Rykarl menghulurkan semula telefon itu kepada Aireena.

ONLY YOU!Where stories live. Discover now