Bab 24

1K 32 0
                                    

Zul yang sedang bersiap-siap di biliknya menilik telefonnya seketika. Dia baru lepas menghantar mesej kepada Aireena mengatakan yang dia akan keluar bersama-sama Faris dan Hairiz. Selepas dia menyembur beberapa kali minyak wangi di tubuhnya, dia mengambil telefonnya dan duduk di tepi katil. Dibuka mesejnya bersama Aireena.

'Single tick? Dia off data ke?' Zul pelik. Biasanya jika dia menghantar mesej kepada Aireena pantas sahaja wanita itu akan membalasnya semula. 'Takpelah dia nak rehat kut weekend ni.'

"Dah siap pun. Jomlah apa lagi. Nanti lambat jammed pula," Hairiz yang muncul di muka pintu bilik duduk bersandar seketika memandang tingkah Zul. Cepat-cepat Zul tersedar dan melangkah keluar dari biliknya.

Tiba di mall, mereka bertiga masih berjalan bersama kerana itulah tujuan mereka keluar. Untuk melepak bersama. Nak ajak Rykarl, tapi faham-fahamlah kalau orang sudah berkahwin. Mesti nak habiskan masa dengan isteri sahaja.

Tiba di hadapan Watson, Faris meminta diri untuk membeli barangan keperluannya dan diarahkan Hairiz dan Zul untuk meninggalkannya sahaja. Hairiz pula apabila tiba di hadapan kedai jam tangan Swatch, turut terhenti. Dia tertarik dengan keluaran terbaharu jam tangan itu. Zul mengikut langkahnya memasuki kedai itu.

"Weh da nak lunch ni. Apa kata kau pergi cari tempat makan pastu nanti kitorang datang sana? Takut ramai pulak nanti," Hairiz memberi cadangan kerana dilihatnya Zul seperti tidak berminat untuk melihat jam-jam tangan di kedai itu. Dengan segera Zul mengangguk dan beredar dari situ.

Sambil berjalan Zul tetap memikirkan apa yang ingin dimakan olehnya pada hari ini. Kadang-kadang dia masih meninjau semula di kedai-kedai yang Faris dan Hairiz berada kerana bimbang jika mereka siap terlebih dahulu.

Tiba-tiba kakinya terhenti di hadapan sebuah kedai makanan. Dia mengukir senyuman. 'Sedap jugak kalau pekena masakan kampung harini. Dah lama tak rasa.' Dia berura-ura ingin masuk ke dalam kedai itu tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Dua gerangan sedang enak menikmati hidangan. Lelaki itu kelihatan sangat gembira dapat makan bersama-sama dengan perempuan itu.

'Bukan tu Reen ke? Siapa pulak lelaki dengan dia tu?'

Zul tidak sangka bahawa perempuan itu ialah buah hatinya sendiri. Dipandang sekali lagi wajah lelaki itu. 'Hensem! Tapi siapa lelaki tu? Aku tak pernah kenal pun. Mustahil tu abang atau adik dia.'

Pada mulanya Zul rasa sangat kecewa adakah itu penyebab Aireena tidak membalasnya tadi. Dia perlu kuat. Dengan pantas dia melangkah masuk ke dalam kedai itu dan ingin menuju ke meja yang diduduki oleh Aireena.

Setelah tiba di situ, Zul terkejut. 'Mana Reen pergi? Aku yakin aku nampak dia kat sini tadi.' Melihatkan pinggan yang berada di tempat dia melihat Aireena tadi meyakinkan dia bahawa Aireena memang berada di situ.

Lantas Zul merengus dan mengambil tempat di sebelah lelaki yang tidak dikenalinya itu. Terkejut habis Zainazrol apabila dia sedang menikmati makanan kegemarannya itu namun diganggu pula oleh seorang malaun. Dia menoleh ke arah lelaki pelik itu.

"Hye bro! Sedap makan?" Zul memulakan teguran. Zainazrol mengangkat keningnya.

"Kita kenal ke?" Polos sahaja soalan yang dikeluarkan oleh Zainazrol. Dipandang dengan fokus wajah lelaki di hadapannya kini mungkin mereka pernah kenal. Namun dia tidak dapat mengingati lelaki ini.

"Kita tak kenal pun," Zul membalas. Jawapan itu lebih menambahkan perasaan janggal antara mereka berdua.

"So, kau nak apa kat sini?" Zainazrol telah bertukar ke mod serious. Mungkin lelaki ini adalah salah seorang orang suruhan atasannya untuk berjumpa secara rahsia dengannya. Sudu dan garfu di tangannya diletakkan di tepi pinggan. Dilap mulutnya dengan tisu yang tersedia dan dia memberi sepenuh perhatian teehadap lelaki itu.

ONLY YOU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang