DERINGAN telefon mengganggu lena Aira. Fikirnya, jika dia tidak menjawab dua panggilan yang dibuat, pihak di sana akan berputus asa. Tetapi sangkaanya meleset sama sekali, makin rancak ditelefonnya adalah.
Jam pada dinding, Aira kerling. Pukul tujuh pagi.
"Hailah, masa cuti ni la ada orang nak kacau aku tidur. Kalau tak Syah, mesti ada je orang ganggu!" omelnya sendiri.
Panggilan diangkat dalam kantuk. Kalau diikutkan hati, nak aje dia matikan telefon.
Tapi bila ingat urusan kerja yang boleh jadi 'tiba-tiba' aje datang menyerang, dia batalkan niat tadi.
"Assalamualaikum, ni Cik Aira ke?"
"Waalaikumussalam, ya saya. Ada apa ya?"
Wanita di hujung talian itu diam. Aira menanti dengan separuh sabar.
Mana tak separuh sabar kalau ganggu masa cuti dia? Kalau tak cuti, bila lagi dia nak berehat.
"Hello?"
Aira bersuara setelah menyepi lama.
"Maaf kalau saya menggangu Cik Aira... sebenarnya niat saya telefon Cik Aira sebab... er..."
Kening Aira berkerut halus.
Apa benda minah ni nak cakap? Omelnya dalam hati.
"Kenapa cik?" soal Aira.
"Maaf Cik Aira... perkara ni sangat sulit untuk saya bagitahu melalui telefon. Boleh kita jumpa?"
Aira lepaskan keluhan kasar. Mungkin 'rehat' dan dia tiada jodoh, sebab itu setiap kali dia nak bersantai dan tenangkan diri, ada sahaja yang mengacau.
"Kenapa ni cik? Penting sangat ke apa yang cik nak cakap dengan saya sampai kena ganggu masa rehat saya?"
Aira urut pelipis perlahan. Rasa geram ditahan sehabis daya. Bila manusia didorong amarah, biasa akan gagal berbicara dengan hemah.
Aira tak mahu dia tergolong dalam golongan 'tidak berhemah'. Tapi, soal kesabaran seseorang ini sukar dikawal, semua bergantung kepada individu tersendiri.
"Maaf..."
Sayup-sayup tangis gadis itu kedengaran dari corong telefon. Aira mula dihurung rasa serba salah.
Kasar sangat ke aku cakap tadi? Soalnya sendiri.
"Er... sorry cik, saya terkasar. Sorry!"
"Tak... Cik Aira tak salah... yang salah saya. Cik Aira, saya merayu dengan Cik Aira, saya nak jumpa dengan Cik Aira," pintanya bersungguh-sungguh.
Nak atau tak, Aira terpaksa akur dengan permintaan gadis itu. Entah apa mustahaknya, dia tak pasti.
"By the way, saya Puan Aira. Bukan cik... dan boleh saya tahu, sebab apa pertemuan kita ni?"
"Sebab Aidan..."
***
JAM TANGAN DIKERLING untuk kesekian kalinya. Turun naik dada dia tahan geram. Kiri dan kanan dipandang.
Hampa, orang yang dicarinya tak kunjung tiba. Sebal, sebab masa rehatnya terganggu dan terbazir begitu sahaja.
Punyalah dia bergegas datang ke lokasi yang di SMS, tapi tuan pengantar mesejnya tiada.
Siapa tak menyirap marah?
"Hidup-hidup aku kena scam! Sia-sia masa rehat aku, punya la pagi buta call. Tiber orangnya takde."
YOU ARE READING
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...