BAB 52

185 14 6
                                    

"KAU sebenarnya memang tak ada apa-apa ke dengan Ali?"

Kali ini sudah masuk kali ke enam soalan yang sama diajukan kepada Aira. Dari kelmarin lagi wanita itu tidak putus asa bertanyakan soalan yang sama walhal jawapan Aira sebenarnya sudah cukup untuk menjawab pertanyaanya. Aira isteri orang, tak akanlah dia nak ada hati kepada orang lain pula? Tak kuasalah dia.

Lagipun Ali dan dia tak akan mungkin jatuh cinta dan seangkatannya. Lelaki tu nak senyum dengan Aira pun dah susah, apatah lagi nak jatuh suka. Lambat lagilah jawabnya! Dia pun kalau boleh tak nak ada apa-apa perasaan dekat Ali sebegitulah Ali. Dia tak boleh bayangkan kalau tahu Ali suka dia. Sungguh mustahil!

"Suria sukakan Ali ke? Suria tak payah risau atau cemburu, saya memang tak ada hati dan perasaan pun dekat Ali. Kami pun bukan rapat mana, setakat bercakap soal penting-penting aje."

Suria gigit hujung bibir sambil tahan senyum. Dia ingat Aira tak nampaklah dia tengah tahan senyum sipu malu dia. Aira geleng kepala sedikit sambil menguis air sungai dengan tangan.

Lama dia tak ke sungai, rasanya ni kali pertama dia ke sungai berdekatan dengan rumah Ali. Selama ni urusan membasuh baju semuanya diserahkan kepada Halimah. Bila Aira nak tolong, wanita itu menolak. Macam-macam alasan diberinya sampailah Si Suria ni sendiri pelawa untuk bawa dia ke sungai. Kalau tak, memang tak keluar rumahlah Aira.

"Bila difikirkan balik kan, kau cakap kau dah bersuami. Suami kau tak datang ikut sini ke? Harini rasanya dah hampir seharian aku duduk dengan kau, batang hidung suami kau aku takde nampak lagi."

Aira terdiam seketika. Dia tahu, Suria mesti akan mengajukan soalan ini. Cuma dia belum bersedia untuk menceritakan keadaanya sekarang kepada Suria. Lagipun, mereka baru je berkenalan. Rasanya, tak perlu kut untuk dia buka cerita tentangnya. Lagipun, dia yakin Ali pun tak mahu Suria tahu dan ikut campur soal bagaimana dia boleh menetap di rumahnya.

"Dia kerja outstation," balas Aira bersahaja. Suria menggangguk.

"Dia kerja apa?"

"Kerja biasa je."

"Kerja biasa apa tu?"

Aira berpaling ke arah wajah Suria sambil kening kanannya dijongket. Ada apa pula dengan minah ni tak habis-habis tanya fasal suami dia. Kepoci betul perempuan bernama Suria ni. Melihat riak wajah Aira yang tak senang dengan soalan-soalannya, dia tersenyum sambil menggeleng kepalanya.

Faham pun orang tak selesa dengan soalan dia. Ingatkan nak buat-buat tak faham tadi. Monolog Aira sendiri.

"Dah lewat ni. Jomlah kita balik, nanti Ali mengamuk pula kalau aku curi kau lama-lama. Dia mana boleh kalau aku lebih sikit, mesti bising!"

Aira hanya akur. Dia bangun berdiri dan mula bergerak pulang bersama-sama Suria. Perjalanan pulang mereka hanya berteman bunyi bising cengkerik dan deruan air sungai yang sayup. Aira lebih selesa berkeadaan begitu, diam tanpa bualan kosong yang tak berfaedah.

***

"Aira..."

Langkah Aira terhenti. Dia baru saja pulang dari tempat kerjanya. Keluhan kecil terlepas dari bibir sebelum dia berpusing ke arah ruang tamu rumah banglo milik uminya.

"Ya?"

"Boleh kita bercakap sekejap?"

Aira diam seketika. Pandangannya dilorotkan ke bawah, tak mahu bertentang mata dengan lelaki yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Tanpa melengahkan masa, dia bergerak perlahan-lahan menuju ke sofa yang bertentangan dengan suaminya itu.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap dengan saya ke?"

Wajah Aira di hadapnnya direnung buat seketika. Setiap inci wajah wanita itu dipandang dan diamati dengan penuh perasaan. Tanpa dia sedar, wajahnya berubah serius seiring dengan otaknya yang ligat berfikir sesuatu.

Aira mula gelisah, lemah ditenung lama umpama dia pesalah. Pandangannya dialih ke kiri dan kanan, posisi duduk juga dibetulkan beberapa kali untuk mencari puncak keselesaan. Dia mundar-mandir, tak selesa dilihat sebegitu oleh suaminya sendiri. Namun, sesekali dia curi-curi pandang belakang Syah, kalau-kalau ada kelibat Aidan di ruang tamu itu. Hampanya, kelibat anak kecil itu tidak bersama-sama mereka pada saat itu.

Menyedari keadaan Aira umpama cacing yang kelemasan. Dia lorotkan pandangan ke bawah sebelum mendongak semula dengan senyuman lebar dan manis. Dia tahu, siapa yang Aira cari. Sudah pasti anak jagaan mereka, Aidan. Tapi kali ini Aidan tiada di rumah, saja dia hantarkan Aidan ke rumah Rizal seketika selepas balik dari pra-sekolah. Dia sudah lama mencari masa ini, iaitu ruang untuk dia berbincang berdua dengan Aira.

"Maaf kalau abang ganggu sayang, boleh ke kalau kita berbual-bual berdua sekejap?"

Aira telan air liur. Raut wajahnya cuba dikawal walhal jantungnya mula berdetak laju. Dia tidak boleh begini. Dia sepatutnya beriak biasa memandangkan di hadapannya sekarang ialah suaminya. Lambat atau cepat, dia tetap kena membiasakan diri untuk tinggal berdua sahaja dengan Syah.

Dia dan Syah sudah lama tidak tidur sekatil. Syah sering pulang lewat dan pergi ke tempat kerja awal pagi. Dan dia sendiri tak perasan pun bila Syah masuk ke bilik mereka setiap malam. Tapi, sejuajurnya dia tak kisah. Asalkan dia dapat tidur bersama-sama Aidan itu sudah cukup baginya. Fikirannya hanya dipenuhi tentang Aidan buat masa sekarang.

"Apa yang awak nak bualkan? Saya baru je balik sekolah ni. Awak tak ada kerja ke?"

Jawapan Aira berbaur dingin. Dia tahu layananya kepada Syah tidak baik. Tapi sekarang ni dia memang tak nak melayan kerenah Syah. Kalau boleh, dia nak cepat-cepat masuk ke bilik dan mencari di mana keberadaan anak kecilnya, Aidan.

"Sayang mesti penat kan?"

Aira hanya menggangguk tanpa menjawab soalan itu.

"Sebenarnya, abang ada sesuatu yang abang nak bagi dekat sayang..."

Syah mula berdiri. Satu kotak kecil yang sederhana panjang dikeluarkan saku seluarnya. Dia mula mengubah tempat dudukya dari bertentangan dengan Aira ke sebelah isterinya. Dengan senyuman lebar, dia membuka perlahan-lahan kotak itu.

Seutas rantai berloketkan berlian menyambut pandangan mereka sepasang suami isteri. Aira terpesona seketika sebelum dia perlahan-lahan cuba mengukir satu senyuman tipis.

"Boleh ke kalau abang nak pakaikan untuk sayang sekejap?" soal Syah penuh dengan kelembutan. Kening Aira berkerut. Dia sekarang ni masih bertudung.

"Sebab abang dah lambat nak ke tempat kerja. Jadi sebelum abang pergi, izinkan abang pakaikan rantai ni untuk sayang?"

Malas berdolak-dalik, Aira hanya mengganguk bersetuju. Dia meminta diri untuk menanggalkan tudung di bilik sebelum kembali ke ruang tamu itu semula. Dalam beberapa minit sahaja Aira kembali ke ruang tamu semula. Syah dihampirinya dengan senyuman tipis.

"Awak dah lambat kan? Marilah pakaikan cepat, nanti orang kat tempat kerja awak marah pula kalau ponteng lama-lama," ujar Aira. Syah ketawa kecil sebelum mengganguk dan mula berdiri di belakang Aira.

Rambut panjang ikal mayang milik Aira dikumpul dan ditolak ke sebelah kanan. Leher jinjang milik isterinya itu terdedah di hadapannya. Matanya mengimbas satu demi satu leher putih milik isterinya sambil tangannya bekerja melilit rantai berlian itu. Tiba-tiba matanya tertunak pada belakang cuping telinga kiri milik isterinya sebelum dia terdiam buat beberapa saat.

"Awak masih tak boleh pasang ke rantai tu?"

Syah umpama tersedar dari satu lamunan. Tanpa berlengah dia memasang kancing rantai tersebut sebelum rambut isterinya ditarik keluar melepasi rantai itu. Sesekali matanya menjeling pada leher wanita itu beberapa kali sebelum dia bergerak menghadap wajah isterinya. Satu senyuman cuba diukir sebelum dia dengan kelam kabut meminta diri untuk ke tempat kerja semula.

Aira tak menghalang. Makin cepat Syah pergi, makin dia suka, memandangkan keberadaan Syah itu sendiri buat dia rasa tak selesa. Tanpa berlengah, Syah mengorak langkah menuju ke luar rumah dan mula menaiki kenderaanya untuk ke destinasi seterusnya. Tetapi, destinasi yang seterusnya ini bukanlah kafenya sendiri namun rumah rakan baiknya, Rizal!

bersambung...

ada yang boleh agak ke plot ceritanya macam mana setakat sini? hehe 🫢

19 Mac 23
06:50 a.m.
Liamysrh

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now