⚜️ BAB 24

608 82 8
                                    

ORANG kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tapi situasi Aira sekarang, bukan terlajak perahu atau kata, terlajak kaki sampai ke ruang tamu. Sudahnya, semua mata memandang dia dengan tersengih-sengih.

"Aira, mari la duduk sini," pelawa Puan Fazida.

Aira berat hati hendak ke sana. Dia tahu dia akan dibom dengan soalan-soalan yang maha dasyat nanti.

"Macam mana? Syah merajuk lagi ke dengan Aira? Kenapa tak turun sama-sama?" soal Puan Fazida bertalu-talu. Dia mati kata, tak akanlah dia nak cakap yang dia baru bergaduh besar dengan Syah?

"Em, tak adalah... baik dah rasanya..." balas Aira waswas. Senyum paksa diukir buat mama dan tok nek.

"Macam ni la, hang ambik ja baju tok nek masa muda-muda dulu, gerenti melekat Danial dengan hang nanti."

Mia yang dengar terus bantai gelak. Mana tidaknya, kalau otak dia pun sama kuning je dengan tok nek. Tak padan perempuan!

"Ha! Meow!"

Dengar saja membunyikan Mia perkataan yang berunsur bahasakan onomatopoeia tu, terus melilau mata Aira ke kiri dan kanan, mencari makhluk kesayangan Rasulullah itu.

Antara ciptaan yang ditakutinya. Apa lagi kalau bukan kucing!

"Meow! Bagusnya Oyen, terus datang dekat kakak!"

Kucing berbulu lebat warna oren putih itu akhirnya berada di dalam dukungan Mia. Bertubi-tubi ciuman diberi dan setiap gerak gerinya diperhati oleh Aira. Suara mama dan tok nek yang memberi nasihat tak lagi menjadi tumpuan.

Sekarang ni dia kena susun strategi untuk cabut lari atau menjauh lima meter daripada Mia.

Kalau tidak, boleh runtuh rumah banglo dua tingkat Puan Fazida kena pinangan jeritan padu Aira.

Sontak, Mia melompat naik ke atas sofa di sebelahnya bersama Oyen di dalam dakapan. Hampir-hampir terjerit Aira dek terkejut.

Tapi dah namanya orang penakut kucing, kucing di sebelah tak akanlah duduk rilek? Kali ini, memang Aira la pula meloncat bangun dan berlari laju menjauhi Mia. Mata tak lepas dari memandang kucing dalam dukungan wanita itu.

Membulat mata Mia melihat tindakan drastik kakak iparnya. Perlahan-lahan dia mengulum senyuman, timbul idea jahat dalam benak fikiran. Nak pulak, abang dia, Syahril tu sedang turun tangga menghampiri ruang tamu. Membuak-buaklah semangat dia untuk kenakan orang.

"Kak Aira takut kucing eh?" Mia sengih penuh maksud. Dia bangun dari duduk dan berjalan menghampiri Aira yang terkulat-kulat ketakutan.

"Eh, mana ada..."

Bibir saja pandai menafi, hakikatnya kaki tu tak cukup tanah berlari menjauhi Mia. Kerusi di tengah ruang tamu itu menjadi medan pusingan mereka.

"Ya ke? Kalau tak takut, cuba dukung Oyen..."

"Akak malas la."

"Ya ke malas? Ke takut kucing?"

Sedang-sedang Mia memancing Aira, satu lagi idea jahat timbul dalam otak geliganya. Sebab Aira dan dia sekarang ni asyik berpusing mengelilingi sofa di tengah ruang tamu, apa kata kalau...

"Ya Allah Mia! Kenapa panjat sofa ni!"

Cekap dan tangkas, sedar-sedar Mia sudah berada di hadapan Aira. Terbutang mata wanita itu melihat gelagat ganas Mia.

"Kakak... nah Oyen!" Baru saja dia mengacah menghulur kucing, berdesup Aira lari.

Tetapi sayangnya nasib dia malang bila Syaqil menghalang laluannya. Sekarang ini dia dikapit oleh kedua-dua adik Syah. Nakalnya mereka sama naik dengan abang!

"Tak naklah Mia! Akak takut, akak tak nak!" rayu Aira sambil memenjamkan mata.

"Alaaaa, ambillah ni kakak!"

Aira berpusing membelakangi Mia. Kepalanya ditekup dengan tangan dan mata terpejam kemas. Sungguh dia takut!

Tapi Mia? Makin orang takut, makin seronok dia kenakan. Sebenarnya ada sebab dia buat semua tu. Saja nak tengok kut-kut ada hero malaya yang datang selamatkan sang puteri yang ketakutan?

Dan umpannya mengena bila kening Syah berkerut risau. Matanya tajam merenung Mia dan Syaqil. Makin garang Syah pandang dia, makin galak dia menyakat!

Apa takut, abang dia tu bukan makan orang pun. Lagipun tadi dah balun banyak kek Aira buat!

"Tak nak Mia! Tak nak!"

Makin nyaring jeritan Aira. Tok nek dan mama yang menghalang tidak diendahkan Mia. Dia sedang menanti targetnya masuk ke dalam gelanggang!

Dan ya, berjaya! Baru saja kaki Oyen elok landing di belakang Aira, badan wanita itu sudah menjauh dari kedudukan Mia dan Oyen.

Di mana lagi tempat isteri yang ketakutan kalau bukan dalam dakapan hangat sang suami. Aira tak melawan, malah pinggang Syah juga dipautnya kemas.

"Mia boleh tak jangan buat Kak Aira macam ni. Kak Aira takut kan? Kenapa Mia paksa-paksa ni?"

Mia saja cebikkan bibir gaya merajuk. Sebenarnya dalam hati dah nak menari zapin. Memang ini pun dinantinya, drama siaran langsung depan mata.

"Ha, kan sweet tu, suami isteri peluk-pelukan macam tu."

Tiba-tiba mata Aira terbutang, dia pun baru perasan yang sekarang ni dia tengah peluk pingangg Syah. Dah tu, kemasnya macam tak nak lepas!

Baru saja Aira berura-ura hendak lepaskan pelukan, Syah pula membalas dakapan Aira dengan sebelah tangannya. Tak tahannya, ketat sendat padat dipeluknya!

Sebab Syah tahu, kalau Mia tegur macam tu, mesti Aira akan lepaskan pelukan. Jadi, masa inilah dia gunakan kekuatan jantan dia. Baru syok peluk isteri lama-lama.

Syah tahan sengih. Saja dia tayang muka serius dua rius tiga rius, kalau bantai gelak nanti mahu kena terajang Aira sampai Jepun!

"Ha tok nek, tak dan tok nek bagi baju seksi tok nek. Ni, Mia dah tolong dah satukan diorang. Peluk kemain kemas dah tu, kalah angkasawan nak berpisah dengan isteri pergi ke bulan!"

Tok nek hanya tersenyum, Puan Azida pula ketawa kecil. Faham sangat dengan perangai ting tong Mia kalai bab mengenakan orang. Dari kecil sampai ke besar, kalau tak Syah yang buat kat orang, mesti Mia.

Bab kenakan orang, tak ada orang lain dah boleh pintas kenakalan duo ni! Syah dan Mia ranking tertinggi.

"Kesianlah isteri abang ni. Mesti dia takut... kan sayang kan?" soal Syah manja. Belakang kepala Aira dielus lembut dan penuh kasih sayang. Sesekali dia mencium ubun-ubun wanita itu.

Dengar soalan maut Syah, Aira telan air liur. Dia menjeling sekilas memandang mama dan tok nek. Mereka tersenyum, lagilah buat Aira tak sampai hati nak tolak Syah sekarang. Sudahnya?

Dia peluk dan mengangguk kepala perlahan. Kepala dibenamkan ke dada Syah, malu tak terkata dengan kedudukan mereka sekarang.

Tapi apalah boleh buat, kalau dah dapat suami mengada tambah pula adik ipar otak bergeliga. Dia juga yang kalah akhirnya.

Bersambung...

HAI! Sebab sorang je baru baca bab tu. Hehe. Ni bab sebenarnya. Saya niat nak scam orang je bab 24 tu, tapi tak jadilah sbb saya slow bab scam orang ni🤣🤣 so ni bab sebenarnya. Sorry awaknyaaa qstnaazrn

penat baru lepas kemas rumah untuk urusan pindah
4 November 2021
10:05 a.m.
Liamysrh

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now