"SAYANG... janganlah pergi..." rayu Syah lagi.
Aira melepaskan keluhan panjang. Cermin di hadapannya dipandang dengan rasa yang tak keruan. Mana nak tenangnya kalau sekarang ni kepala Syah dipangku pada bahu kanannya.
Badan dia? Memang dah selamat dalam pelukan hangat membara daripada Syah. Kenapa hangat membara? Sebab dia sekarang tengah demam!
Terpaling azab bila tahap manja yang berskala 10 selama ni meningkat ke seratus! Tak boleh berenggang langsung daripada semalam. Asyik nak menempel dengan Aira.
Bahu Aira tu dah macam bantal kepala dia. Batang tubuh Aira pula dah dijadikan bantal panjang yang sesuai untuk dipeluk. Memang tak ada ruang la Aira nak lari dan bersenang-lenang.
Bukannya dia tak ada cubaan untuk menolak Syah, tetapi lelaki itu pula nanti akan mula meraung dan memanggil-manggil namanya tanpa henti persis anak kecil. Ada juga dia telefon mama mereka, menyoal perihal kelakuan Syah ketika demam.
Dan ya, semestinya jawapan daripada Puan Fazida bukanlah jawapan 'positif' pada perspektif Aira. Katanya, Syah memang susah berenggang dengan orang yang dia selesa ketika demam. Mama dulu pun selalu begitu, sehinggakan terpaksa tidur dan makan bersama Syah sahaja sewaktu dia demam.
Aira lepaskan keluhan perlahan. Tak lama, dia boleh kena demam juga ni gayanya.
"Abang..."
Tangan yang melilit pada pinggangnya cuba dileraikan. Sedar dengan renggangan yang terhasil, laju Syah kemaskan pelukan. Tak mahu melepaskan Aira walaupun seinci. Kepala dibenamkan pada leher jingjang wanita itu.
"Em... tak... nak..." rengeknya manja.
Apa lagi, berputar ke atas la mata Aira dibuatnya. Rimas! Percayalah kata dia, rimas gila-gila dia rasakan sekarang ini, hanya tuhan sahajalah tahu. Sudahlah kedudukan mereka sekarang ni sangat rapat. Kalau diikutkan hati dia, nak aje disiku perut Syah. Tapi bila terkenangkan lelaki itu sekarang sakit, gaya pun macam tenat. Tahankan saja api yang membakar hati.
"Abang... Aira kena pergi sekolah. Cikgu bukan boleh cuti sembarangan macam ni aje..."
"Sehari je pun. Sayang kan ada kelonggaran cuti sampai tujuh hari. Gunalah sehari tu untuk abang."
Aira menggeleng kepala halus sebelum sekali lagi keluhan halus terpacul dari bibirnya.
"Tujuh hari cuti tu untuk setahun, bang... bukan sebulan. Aira ni cikgu, kerja bawah kerajaan, ada majikan. Bukan macam abang, memang dah majikan. Boleh masuk kedai ikut suka hati abang aje," jelas Aira.
Syah hanya diam tak berkutik. Aira juga sama. Jeda seketika sebelum akhirnya Aira menepuk perlahan tangan Syah. Menyedarkan lelaki itu bahawa sudah tiba masanya untuk dia ke sekolah.
"Sayang..."
"No, abang. Lepas!" Keras Aira memberi amaran.
Syah makin kejapkan pelukan. Kaki menghentak perlahan ke atas lantai sambil kepalanya menyondol beberapa kali leher Aira.
Bila rasa tolakan ganas Aira, makin dia kuatkan pelukan. Serentak dengan kaki menghentak lantai lagi kuat dari tadi, tak ubah macam anak kecil inginkan gula-gula.
"Tak nak... sayang..."
Tolakan Aira serta merta berhenti bila dia rasa sedkit lembap pada lehernya. Diam seketika sebelum akhirnya telinga Aira menangkap bunyi esakan halus. Aira kerutkan kening sebelum keluhan lagi sekali terlepas. Entah berapa juta kali lagi dia nak berkeluh kesah pagi itu.
Nampaknya tak ada cara lain, terpaksalah dia hantar mesej pada pengetua sekolah tentang ketidakhadirannya hari ini.
"Okey, bagi Aira call pengetua dulu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Choco
Romance"Sayang, semua kawan abang dah ambil dadah. Tinggal abang sorang je tak ambil lagi." "Dah tu, kau nak aku sumbat dadah ke dalam mulut kau?" "Tak payah tunggu sayang suap dadah pun, sebab sayang tu dah cukup mengkhayalkan abang." Mulut manis? Hah! Y...
